Media Kelantan

October 29, 2008

Menjelang Jamuan Raya Kawan

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 4:56 am
Mesyuarat terakhir

Mesyuarat terakhir

Seperti yang diarah oleh saudara Naib Presiden 1, Isma, administrator perlu mengemas kini blog ini memaklumkan kepada semua rakan-rakan media mengenai majlis jamuan raya Kumpulan Wartawan Kelantan (KAWAN) yang akan berlangsung Jumaat ini, 31 Julai 2008 pukul 8 malam bertempat di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan.

Segala persiapan berjalan lancar dengan sokongan semua pihak AJK yang diketuai oleh Pengarah Program, Zabidi Ishar. Pelbagai pengisian malam itu nanti turut dirancang..cuma, nantikan ketibaan ye nanti..

Di sini ada beberapa maklumat yang perlu disampaikan kepada semua untuk pengetahuan bersama.

– Semua pengamal media (Melayu, Cina, India, Bumiputera sarawak dan Sabah, Serani, Peranakan, Mixed Blood) datang saja, berlenggang, tanpa perlu bayaran sesen pun.

– Semua media di sini, dijemput datang bersama keluarga (Suami, isteri dan anak-anak).

– Diwajibkan memakai baju Melayu lengkap bagi lelaki dan baju kurung atau yang sama dengan waktu bagi wanita.

– Ada hadiah misteri menanti rakan-rakan media yang hadir (rugi kalau tak datang)

October 28, 2008

Futsal MKFC – Pasukan Kuning Lakar Sejarah Selepas 10 Perlawanan

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 1:16 pm
Members of MKFC

Members of MKFC

Kemenangan kedua berturut-turut berjaya dilakar oleh pasukan Kuning yang diketuai oleh Azran (Azran tak muncul semalam, kata kawan sepasukan sebab tu boleh menang) menewaskan pasukan Merah yan dikemudi oleh Bob dalam sesi perlawanan latihan mingguan MKFC malam semalam. Pasukan Kuning merekodkan gol 8 berbalas 6. Tahniah untuk pasukan ini yang terus menerus mempamerkan permainan yang memberansangkan.

Kesilapan pasukan Merah yang tidak menurunkan pemain-pemain utamanya terlebih dahulu menyaksikan pasukan Kuning mendominasi permainan dan terus memburu gol sebanyak mungkin untuk memberi kelebihan kepada mereka. Pada 30 minit pertama, pasukan Kuning mendahului 5 gol dengan rangkaian tiga rangkaian penyerang Wanfai, Isma dan Mie dibantu oleh Zulhanifa mengasak bertubi-tubi kelemahan pasukan Merah.

Kemenangan pasukan Kuning ini turut dibantu oleh persembahan terbaik oleh Lee yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Ketangkasan Lee menjaga gawang dengan tenang banyak membantutkan percubaan merbahaya pihak lawan. Sepakan deras dan tendangan padu dengan mudah ditampan. Apabila ditanya apa rahsianya, dengan slumber berkata “Kawe biaso kijo punggah beras”.. Lee sememangnya layak diberi pengiktirafan Tangan Ajaib.

 

Tangan Ajaib

Tangan Ajaib

 

Untuk rekod, penjaring gol terbanyak berjaya dirangkul oleh Isma disamping pemain paling konon-kononnya bernilai disandang oleh Wanfai. Perlawanan latihan semalam juga turut dihadiri oleh PRO 8 Briged yang tak kurang macho ye, Nazri.

MKFC masih lagi menunggu mana-mana pemain wanita yang sudi untuk turun berlatih bersama-sama (tapi lain court la main) sebagai persiapan membentuk satu pasukan yang mantap..Sekali lagi diulang, kedatangan anda amat dialu-alukan.

October 26, 2008

Jamuan Raya Kumpulan Wartawan Kelantan (KAWAN)

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 7:19 am
Contoh pakaian untuk majlis Raya Kawan nanti

Contoh pakaian untuk majlis Raya Kawan nanti (Gambar Hiasan)

Adalah dengan ini, dengan senang hati..berbesar hati..mengumumkan..Kumpulan Wartawan Kelantan (KAWAN) akan mengadakan jamun raya untuk semua rakan media di negeri ini.

Tarikh: 31 Oktober 2008

Tempat: Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan (sila rujuk peta negeri bagi siapa yang tak tahu)

Pukul: 8.00 – 10.00 malam

Kedatangan: Dialu-alukan dan diwajibkan kepada semua pengamal media

Pakaian: Baju Melayu bagi kaum lelaki dan Baju kurung (tak kira apa jenis) untuk kaum wanita.

Minta kerjasama semua rakan rakan-rakan media bersama keluarga supaya berpakaian seperti yang dituntut bagi memeriahkan suasana pada malam itu nanti

sekian maklum

October 24, 2008

Pagi Bersama Khairul Anuar Abdul Samad

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 6:25 am

– Khairul (dua dari kiri), seorang wartawan yang agak pendiam (yang administrator kenal la) tapi kalau PC, dia suka tanya dulu

Selepas 3 hari isu BH dilarang daripada membuat liputan Sidang DUN Kelantan, administrator berkesempatan menemui wartawan yang menjadi mangsa keadaan itu, Khairul secara eksklusif di satu tempat yang dirahsiakan (hahahahahahahaa)

Nak dijadikan cerita, Khairul ketika hari kejadian itu, rupa-rupanya baru kembali daripada percutian selama 10 hari..meskipun mengikuti perkembangan semasa dengan rajin datang ke pejabatnya untuk mengambil surat khabar namun tak terjangka olehnya akan berlaku pengalaman yang agak dasyhat dalam kariernya sebagai seorang wartawan..

Pada hari berlakunya kejadian di mana Khairul diarahkan keluar daripada dewan dan kawasan SUK, dia ketika itu duduk mendengar sidang dewan di dewan utama, bukan di bilik media seperti mana yang biasa dibuat..apabila Speaker Dewan mula berucap mengenai perkara ‘larangan’ itu, terkejut juga dia..dalam keadaan terkulat-kulat terpaksa melangkah keluar dari dewan sambil diperhatiakn VIP-VIP yang lain..

Simpati administrator ketika Khairul diarahkan berbuat demikian kerana ketiadaan rakan-rakan media yang lain untuk menemankannya..kebetulan, rakan-rakan yang lain pula belum sampai di SUK pada tepat masanya, masing-masing agak terlewat..maklumla hujan, tidur boleh terlajak masa-masa ni lah..cuma kelibat Azran Fitri (seperti tertera di gambar di atas) yang bertindak macam YB tolong anak buah..siapa entah Azran call tuh..

Yang agak bagusnya, Khairul masih lagi hadir ke dewan untuk membuat liputan pada hari kedua kejadian tetapi ada pula pak guard yang mengenali dia..lebih mengejutkan, kelibat pak guard di bilik media seperti mengawal dan memerhatikan keadaan adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah ( kalau tak silap la)…kempunan lagi la Khairul nak buat cerita dewan tahun ni walaupun semangatnya berkobar-kobar..

Apa-apa pun yang jadi, Khairul masih menulis..masih bekerja..syukur..

October 22, 2008

Sidang DUN Kelantan – Kontroversi III

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 6:34 am

KOTA BAHARU, 22 Okt (Bernama) — Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak membenarkan wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan hari ini selepas mendapati akhbar itu yang tidak menyiarkan sebarang ralat terhadap apa yang didakwanya sebagai laporan tidak tepat berhubung titah ucapan Sultan Kelantan yang disiarkan pada Selasa.

Speaker Dewan Mohd Nassuruddin Daud berkata beliau sudah membaca akhbar Berita Harian hari ini, dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung laporan akhbar itu semalam yang bertajuk Sultan Murka Kerajaan Pas Gagal Tadbir Kelantan.

“Mengikut Perkara 14 Peraturan Dewan saya mengambil keputusan agar wartawan daripada akhbar itu tidak dibenarkan membuat liputan sepanjang dewan bersidang,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri yang ketiga (Belanjawan) di sini, Rabu.

Semalam Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) mendesak supaya akhbar Berita Harian memohon maaf dan wartawannya ditegah daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri ekoran tajuk muka depan akhbar itu yang dianggapnya mencemarkan imej kerajaan dan Sultan Kelantan.

Syor Zainuddin itu disokong beberapa anggota PAS yang lain, sehingga memaksa Mohd Nassuruddin menenangkan keadaan dan memberi tempoh kepada akhbar itu untuk meminta maaf dalam siarannya esok, atau tindakan sewajarnya akan diambil.

Ekoran kenyataan Mohd Nassuruddin hari ini, wartawan Berita Harian Khairul Anuar Abdul Samad diarahkan oleh pihak keselamatan pejabat kerajaan negeri agar meninggalkan kawasan bangunan itu.

Ketika ditemui Bernama di luar sidang dewan, Khairul berkata beliau menerima keputusan itu namun tidak berpuas hati dengan keputusan melarang wartawan akhbar berkenaan membuat liputan sepanjang dewan bersidang.

“Selama ini kami membuat liputan mengenai perkara yang perlu dihebahkan oleh kerajaan negeri, dan kami juga melaporkan maklumat yang ingin disampaikan kepada rakyat. Keputusan ini (larangan membuat liputan persidangan) sebenarnya merugikan kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Katanya beliau tiba untuk membuat liputan sidang dewan pada 9 pagi dan pihak keselamatan meminta beliau agar tidak berada di dalam bangunan kerajaan negeri mengikut arahan Speaker Dewan.

— BERNAMA

Sidang DUN Kelantan – Kontroversi II

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 6:31 am

KOTA BAHARU, 22 Okt (Bernama) — Kelab Wartawan Kelantan (KAWAN) akan mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berhubung larangan wartawan akhbar Berita Harian membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung.

Presidennya Wan Zulkifli Wan Yaakob berkata badan itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Speaker namun berharap larangan itu dipertimbangkan untuk ditarik balik.

“Kita tidak mahu perkara ini dikeruhkan lagi. Kita akan mengadakan pertemuan untuk menerangkan perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau mengulas keputusan Speaker hari ini yang tidak membenarkan wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan Dewan selepas mendapati akhbar itu tidak menyiarkan “ralat” terhadap apa yang didakwanya sebagai laporan tidak tepat berhubung titah ucapan Sultan Kelantan pada perasmian persidangan Dewan yang disiarkan akhbar itu semalam.

Mohd Nassuruddin berkata beliau sudah membaca akhbar Berita Harian hari ini, dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung laporan akhbar itu semalam yang bertajuk Sultan Murka Kerajaan PAS Gagal Tadbir Kelantan seperti diminta.

Semalam Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) mendesak supaya akhbar Berita Harian memohon maaf dan wartawannya ditegah daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri ekoran tajuk muka depan akhbar itu yang dianggapnya mencemarkan imej kerajaan dan Sultan Kelantan.

Syor Zainuddin itu disokong beberapa anggota PAS yang lain, sehingga memaksa Mohd Nassuruddin menenangkan keadaan dan memberi tempoh kepada akhbar itu untuk meminta maaf dalam siarannya esok (hari ini), atau tindakan sewajarnya akan diambil.

Wan Zulkifli berharap pertimbangan dapat diberikan kepada akhbar Berita Harian yang selama ini memberikan liputan yang adil mengenai kerajaan negeri.

“Kita berharap perkara ini dapat diredakan dengan segera. Tindakan (larangan) itu dapat ditimbang semula oleh Dewan,” katanya.

— BERNAMA

Satu hari di ladang getah

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 5:26 am

” Kau nak g asigment ke, nak buat catwalk,” ..antara ayat pedas telinga yang didengari oleh seorang rakan kita apabila dihubungi oleh bos KL ketika membuat liputan kes ini…

Simpati dengan geng-geng kita masa buat kerja ni..kena naik bukit tegak..Tengok jela gambar ni..malas nak kata apa-apa..

Mugshot

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 5:08 am

Mohon bantuan kepada semua pengamal media di sini…dengan bantuan photographer anda, guna masa yang tak sampai lima minit, posing tegak..dapat tangkap gambar mugshot..TERBARU..mohon dihantar gambar mugshot setiap petugas..hantar ke mediakelantan@yahoo.com

Pertolongan ini diharap dapat disempurnakan dengan baik..Kerjasama anda semua amat dihargai..terima kasih

October 21, 2008

Sekitar Sidang DUN Kelantan – Kontroversi

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 9:13 am
segak masing-masing

segak masing-masing

Maisng-masing boleh jadi Tok Wakil tak lama lagi ni

Maisng-masing boleh jadi Tok Wakil tak lama lagi ni

berusaha menghantar berita secepat mungkin

berusaha menghantar berita secepat mungkin

cantik cover laptop Shiau Wei ni..Isma posing pulak..

cantik cover laptop Shiau Wei ni..Isma posing pulak..

Bermula hari ini sehingga minggu depan, media, masing-masing sibuk membuat liputan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan..punca berita penting sepanjang minggu..boleh katakan, confirm pakai untuk paper..

Permulaan sidang dewan dibuka dengan titah ucapan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang tidak berpuas hati dengan kelembapan pelaksanaan pelbagai projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Laporan sebuah akhbar dengan head line ‘Sultan murka ………’ menimbulkan rasa tidak senang hati oleh sidang DUN yang dianggap salah dan mengelirukan..ada ahli dewan yang mempertikaikan laporan akhbar terbabit..Oleh hal yang demikian, ada ahli dewan yang meminta supaya peraturan 14 dalam buku peraturan dewan digunakan yang membolehkan pihak media dilarang membuat liputan dewan jika akhbar terbabit tidak memohon maaf atas kesilapan itu…

Jika mengikut berita yang diterbitkan akhbar itu, isi-isinya disampaikan hampir sama dengan akhbar-akhbar utama yang lain dan tidak tertera perkataan ‘murka’..perkataan ini hanya terbit pada ‘head line’ saja yang mana ia diluar kawalan si penulis..

Setiap pengamal media masing-masing terikat dengan etika kerja..berita yang ditulis mahupun dilaporkan dalam sesuatu liputan harus sahih seperti yang dikatakan oleh si penyampai berita @ VIP @ orang-oran itu…tanpa boleh menukar fakta..ini etika yang menjadi pegangan setiap pengamal media..jika berlakunya selebihnya atau sebaliknya, adalah diluar kawalan masing-masing..sebarang kekhilafan yang berlaku, mungkin tidak melibatkan si penulis..tetapi jika ia benar-benar dibuktikan bahawa penulis bersalah, maka si penulis bersedia menghadapi sebarang tindakan susulan..

Apa-apa pun, tanggungjawab media tetap berjalan seperti biasa..seperti yang diamanahkan..liputan sidang DUN tetap dibuat..kita tunggu babak yang seterusnya..

Latihan MKFC – Kelincahan Mijie

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 8:24 am
Main betul-betul, Mijie tengok tuh..

Main betul-betul, Mijie tengok tuh..

Dalam latihan mingguan pasukan Media Kelantan Footbal Club (MKFC), beberapa perubahan berlaku dalam posisi pemain bagi meningkatkan kemantapan kemahiran corak permainan masing-masing

Ada pemain yang sebelum ini bermain di posisi pertahanan, penyerang dan tengah bertukar peranan masing-masing untuk mencuba takti baru yang diperkenalkan..hasilnya, tampak memberansangkan apabila pemain berjaya menguasai ‘mood’ posisi baru tersebut dan dilihat mampu menjadikan diri masing-masing sebagai pemain profilik..

Perlawanan pemanas badan semalam nyata dikuasai oleh pasukan jersi kuning diketuai oleh Azran yang mendominasikan kawasan tengah..Kekemasan permainan yang ditunjukkan mengatasi pasukan jersi Merah yang dikepalai oleh Ishak ekoran ketiadaan Bob..penampilan semula Wan Fai juga ada faedahnnya apabila berjaya menyumbat beberapa gol menewaskan penjaga gol pasukan lawan..menang la pasukannya dengan sedkit perbezaan gol, 9 gol berbalas 7..

Apa-apa pun, penampilan istimewa daripada Pengurus Pasukan MKFC, Mijie bersama pasukan jersi kuning buat julung-julung kalinya berjaya memukau pandangan mata..gerak lenggok kakinya menggelecek bola berjaya mengelirukan pemain lawan..bagai ombak besar meliuk pantai..siapa berani datang, bola singgah badan..satu gerakan cantik mijie yang disusuli dengan tendangan deras hampir-hampir menghasilkan gol, cuma dihalang oleh kecekapan penjaga gol lawan..

Jangan main-main..lincah ni..kenapa..tak percaya ?? (ini bukan teknik super-impose)

Jangan main-main..lincah ni..kenapa..tak percaya ?? (ini bukan teknik super-impose)

Kepada wanita-wanita, puteri media Kelantan yang berminat untuk turut sama dalam latihan, anda semua dijemput hadir..

Next Page »

Create a free website or blog at WordPress.com.