Media Kelantan

December 21, 2008

Sebaran Untuk Semua

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 7:48 am

Kepada Semua Rakan-rakan media..di sini apa berita yang ingin di sampaikan. Kawan akan mengadakan majlis jamuan perpisahan untuk rakan-rakan yang bakal meninggalkan bumi Cik Siti Wan Kembang dan berpindah ke destinasi lain bagi meneruskan perjuangan pena masing-masing. Dengan ini saya nyatakan dengan terperinci majlis yang akan diadakan.

Tarikh: 23 Disember 08

Tempat: Nasi Ulam Cikgu, Kg. Kraf, Kota Bharu

Pukul: 1.00 tengahari

Kepada semua diharap dapat menghadirkan diri tanpa perlu membawa dompet sekalipun sebab tak perlu keluarkan duit sesen pun. Pengangkutan juga tidak disediakan. Baju bebas (waktu kerja, jadi pakai saja baju kerja)..

Amukan Kijang

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 6:59 am

klt000017212

Amukan Kijang benar-benar menjadi.

Menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri, trofi Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja pulang ke negeri bertuah ini apabila pasukan kendalian Anizan Daud berjaya menundukkan Pulau Pinang 4-0 pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Mohamed IV di sini, malam semalam.
Kemenangan itu membolehkan Kelantan yang bakal menyertai saingan Liga Super pada Januari depan meraih RM30,000 sementara Pulau Pinang menerima RM15,000 selaku naib juara.
Sejak tahun 2004 Kelantan tidak pernah tercicir daripada menyertai perlawanan akhir pertandingan tersebut malah muncul juara sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2004 dan 2006 selain memegang rekod memenangi trofi ini sebanyak 12 kali dan 20 kali melangkah ke perlawanan akhir.
Pada perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja tahun lalu Kelantan tewas kepada Johor.
Pada perlawanan malam semalam, penyerang Liga Malaysia Kelantan, Khairul Zal Azmi Zahinuddin menjadi stadium keramat ini dengan gegak gempita dengan gol pembukaan pada minit ke-36.
Lima minit selepas itu, pemain tengah Kelantan yang juga pemain Liga Malaysia, Mohd. Badhri Mohd. Radzi yang terkenal dengan jolokan ‘kereta kebal‘ di kalangan penyokong tuan rumah menambah derita pasukan pelawat apabila menewaskan penjaga gol,Mohd. Faizal Mohd. Yusof dengan jaringan cantik pada minit ke-41.
Sebaik wisel separuh masa kedua bermula, anak buah Anizan terus memulakan serangan bertali arus ke gawang Pulau Pinang sebelum menambah gol ketiga pada minit ke-61 yang disempurnakan oleh Abdul Latiff Jusoh.
Abdul Latiff mengulangi kecemerlangannya apabila menjaringkan gol keempat Kelantan pada minit ke-82 hasil sepakan percuma oleh Mohd. Badhri .

December 20, 2008

Demi Tugas

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 10:44 am
Lakonan semula

Lakonan semula

Bahaya tugas sebagai wartawan..kadang kala kita terpaksa bergadai nyawa untuk mendapat bahan meskipun ada suara sumbang mengatakan ia tidak berbaloi..

Semalam, rakan media kelantan seramai 3 orang diserang manusia yang tidak bertanggungjawab ketika membuat satu liputan di sebuah kampung..

Nak buat cerita pasal pengebumian banduan ‘hot’ ini, tak pasal-pasal diserang sekumpulan lelaki yang menumbuk dan menendang mereka..kena juga lempar dengan kerusi…

Tak cukup lagi,  kereta juga jadi mangsa apabila ‘kemek’ dibelakang, dipercayai ditendang oleh seorang daripada mereka..

Simpati melihat mereka yang terkena ni..mahu trauma sekejap..

Kawan simpati dengan kejadian ini dan berharap ia tidak mematahkan semangat pengamal media untuk menjalankan tugas..yang baik atau jahat, tetap juga jadi sasaran unthk berita..

Majulah Media Untuk Berita Terkini..

Malam Penentuan

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 6:36 am
Barisan kemungkinan Kelantan - Mungkinkah ??

Barisan kemungkinan Kelantan - Mungkinkah ??

Malam ini, di Stadium Sultan Muhammad ke-4 Kota Bharu akan gegak gempita setelah sekian lama sunyi apabila pasukan Kelantan bertemu Pulau Pinang pada perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja..

Kelantan yang cukup sinonim dengan piala ini pasti akan berkerah keringat untuk memastikan piala ini pulang semula ke sini selepas kempunan tahun lalu di tangan Johor..

Seronok nak buat liputan bola sepak ni..ramai gang media turun..mungkin yang tak penah turun pun tiba-tiba tunjuk muka..sambil makan kacang, kerepok lekor, minum air tebu diselang seli melakukan aktviti merosakkan jantung, perlawanan bola sepak di sini tidak pernah bosan..

Apa-apa pun, kita tunggu keputusannya malam ini..

December 16, 2008

MFKC – Kuning Terus Gah

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 8:18 am

img_0253

img_0341

img_0301

img_0307

img_0315

img_0246

img_0233

Hari ini biar gambar ceritakan segalanya..abang administrator malas nak tulis apa-apa..hehehehe

Mohon Maaf

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 8:08 am

Kepada semua pengunjung setia laman blog media kelantan, mohon ampun maaf sebab abang administrator dah lama tak ‘update’ blog..agak kekeringan idea selain tak menang tangan nak hadap benda lain..

Apa-apa pun, amanah untuk menjaga blog ini tetap dipegang..saya akan memastikan blog sentiasa dikemas kini dengan pelbagai entry yang menarik..

Jangan marah yee..

Create a free website or blog at WordPress.com.