Media Kelantan

November 5, 2008

Tiga Yang Unik

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 4:46 am

Ada tiga umat manusia dengan tiga perbuatan yang unik..sedar atau tidak..secara kebetulan dikesan oleh kalangan rakan media di sini..

Yang sorang ni, cukup gila nak makan Kenny Roger’s Roaster..sejak Tecso dibuka, asyik bertanya bila restoran makanan segera ini akan dibuka setelah melihat bunting dan banner terpapang di situ..selang hari, selang minggu dan bulan, pertanyaan yang sama akan ditanya oleh umat yang unik ini kepada rakan-rakan media yang lain jika bertandang ke Tesco..bila restoran ini dibuka, disangka umat ini akan menyerbu seperti orang mengandung mengidam tetapi hanya datang untuk membeli dan ‘take away’..itupun hanya seketul ayam saja…unik betul peel ye..

Yang kedua, taraf umat ini jika bekerja gomen boleh disamakan dengan pangkat Pengarah..tinggi ni..dia pun cukup terkenal sebagai idealist dan cukup ‘gifted’ dalam membuat berita..ditambah dengan perangai yang cukup menggila selain sifat murah hati yang disenangi oleh anak buah dan ‘gu’..abang administrator pun cukup kagum (pandangan peribadi)..dalam hebat-hebat, dia rupanya cukup menyukai menyimpan koleksi permainan patung..Superman, Batman, Spiderman, Kluangman, Cicakman, Ultraman….unik orang ni..

Yang terakhir pula, rakan kita ini cukup terkenal dengan mulut yang ‘besar’..pandai bercakap, tak kurang handsome, kereta pun cantik..kalau naik, confirm panas tak rasa..kebetulan diperhatikan, hampir setiap pagi, dia akan membaca sebuah akhbar sambil bercakap dengan seseorang..sambil menyebut headline beberapa berita di akhbar itu..ada kala bunyi seperti menegur, ada bunyi seperti bertanya, ada bunyi seperti terkejut, yang banyak pula, tergelak tersengih bersama orang yang bercakap dengannya itu..alahai, unik la..

October 24, 2008

Pagi Bersama Khairul Anuar Abdul Samad

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 6:25 am

– Khairul (dua dari kiri), seorang wartawan yang agak pendiam (yang administrator kenal la) tapi kalau PC, dia suka tanya dulu

Selepas 3 hari isu BH dilarang daripada membuat liputan Sidang DUN Kelantan, administrator berkesempatan menemui wartawan yang menjadi mangsa keadaan itu, Khairul secara eksklusif di satu tempat yang dirahsiakan (hahahahahahahaa)

Nak dijadikan cerita, Khairul ketika hari kejadian itu, rupa-rupanya baru kembali daripada percutian selama 10 hari..meskipun mengikuti perkembangan semasa dengan rajin datang ke pejabatnya untuk mengambil surat khabar namun tak terjangka olehnya akan berlaku pengalaman yang agak dasyhat dalam kariernya sebagai seorang wartawan..

Pada hari berlakunya kejadian di mana Khairul diarahkan keluar daripada dewan dan kawasan SUK, dia ketika itu duduk mendengar sidang dewan di dewan utama, bukan di bilik media seperti mana yang biasa dibuat..apabila Speaker Dewan mula berucap mengenai perkara ‘larangan’ itu, terkejut juga dia..dalam keadaan terkulat-kulat terpaksa melangkah keluar dari dewan sambil diperhatiakn VIP-VIP yang lain..

Simpati administrator ketika Khairul diarahkan berbuat demikian kerana ketiadaan rakan-rakan media yang lain untuk menemankannya..kebetulan, rakan-rakan yang lain pula belum sampai di SUK pada tepat masanya, masing-masing agak terlewat..maklumla hujan, tidur boleh terlajak masa-masa ni lah..cuma kelibat Azran Fitri (seperti tertera di gambar di atas) yang bertindak macam YB tolong anak buah..siapa entah Azran call tuh..

Yang agak bagusnya, Khairul masih lagi hadir ke dewan untuk membuat liputan pada hari kedua kejadian tetapi ada pula pak guard yang mengenali dia..lebih mengejutkan, kelibat pak guard di bilik media seperti mengawal dan memerhatikan keadaan adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah ( kalau tak silap la)…kempunan lagi la Khairul nak buat cerita dewan tahun ni walaupun semangatnya berkobar-kobar..

Apa-apa pun yang jadi, Khairul masih menulis..masih bekerja..syukur..

October 22, 2008

Satu hari di ladang getah

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 5:26 am

” Kau nak g asigment ke, nak buat catwalk,” ..antara ayat pedas telinga yang didengari oleh seorang rakan kita apabila dihubungi oleh bos KL ketika membuat liputan kes ini…

Simpati dengan geng-geng kita masa buat kerja ni..kena naik bukit tegak..Tengok jela gambar ni..malas nak kata apa-apa..

October 21, 2008

Sekitar Sidang DUN Kelantan – Kontroversi

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 9:13 am
segak masing-masing

segak masing-masing

Maisng-masing boleh jadi Tok Wakil tak lama lagi ni

Maisng-masing boleh jadi Tok Wakil tak lama lagi ni

berusaha menghantar berita secepat mungkin

berusaha menghantar berita secepat mungkin

cantik cover laptop Shiau Wei ni..Isma posing pulak..

cantik cover laptop Shiau Wei ni..Isma posing pulak..

Bermula hari ini sehingga minggu depan, media, masing-masing sibuk membuat liputan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan..punca berita penting sepanjang minggu..boleh katakan, confirm pakai untuk paper..

Permulaan sidang dewan dibuka dengan titah ucapan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang tidak berpuas hati dengan kelembapan pelaksanaan pelbagai projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Laporan sebuah akhbar dengan head line ‘Sultan murka ………’ menimbulkan rasa tidak senang hati oleh sidang DUN yang dianggap salah dan mengelirukan..ada ahli dewan yang mempertikaikan laporan akhbar terbabit..Oleh hal yang demikian, ada ahli dewan yang meminta supaya peraturan 14 dalam buku peraturan dewan digunakan yang membolehkan pihak media dilarang membuat liputan dewan jika akhbar terbabit tidak memohon maaf atas kesilapan itu…

Jika mengikut berita yang diterbitkan akhbar itu, isi-isinya disampaikan hampir sama dengan akhbar-akhbar utama yang lain dan tidak tertera perkataan ‘murka’..perkataan ini hanya terbit pada ‘head line’ saja yang mana ia diluar kawalan si penulis..

Setiap pengamal media masing-masing terikat dengan etika kerja..berita yang ditulis mahupun dilaporkan dalam sesuatu liputan harus sahih seperti yang dikatakan oleh si penyampai berita @ VIP @ orang-oran itu…tanpa boleh menukar fakta..ini etika yang menjadi pegangan setiap pengamal media..jika berlakunya selebihnya atau sebaliknya, adalah diluar kawalan masing-masing..sebarang kekhilafan yang berlaku, mungkin tidak melibatkan si penulis..tetapi jika ia benar-benar dibuktikan bahawa penulis bersalah, maka si penulis bersedia menghadapi sebarang tindakan susulan..

Apa-apa pun, tanggungjawab media tetap berjalan seperti biasa..seperti yang diamanahkan..liputan sidang DUN tetap dibuat..kita tunggu babak yang seterusnya..

October 15, 2008

Crime Scene Investigation (CSI) Gang

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 3:20 am
Memerhati kawasan jenayah berlaku

Memerhati kawasan jenayah berlaku

Setiap kali jadi kes jenayah di negeri ini, pasti team CSI akan turun..tapi nak tunggu gang ni turun, boleh tahan juga berpeluh badan menunggu..sampai menurut kata satu sumber, pernah juga ketua paling besar mereka (KP) naik marah dengan gang ni..

Sebagai galang ganti, diwujudkan satu gang CSI yang baru..surat penyerahan jawatan baru saja diserahkan semalam dan gang ini terus bertugas..

October 11, 2008

Kisah Umi Azlim

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 4:50 am
Mohamad Lazim (kana) bersama-sama sudara pada majlis doa selamat untuk Umi Azlim di rumahnya

Mohamad Lazim (kana) bersama-sama sudara-mara pada majlis doa selamat untuk Umi Azlim di rumahnya

Apabila bercerita mengenai Umi Azlim yang malang ini, pasti dikalangan rakan-rakan media yang terlibat itu akan terkenang pada suatu masa yang cukup tragis tatkala cerita di ‘break’ kan..

Kisah pelajar Universiti Malaysia Sabah ini yang dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guanghzhao pada 15 Mei tahun lalu atas kesalahan menyeludup masuk heroin seberat 2,983 gram ini punya sejarah yang tersendiri..

Baru-baru ini, hukuman mati Umi Azlim diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup hasil rayuan yang dibuat daripada panel peguam yang dilantik..dan berkemungkinan besar hukuman itu akan dikurangkan lagi..bergantung kepada proses rayuan seterusnya..

Tiada yang lebih gembira bagi Mohammad Lazim Jusoh, bapa kepada anak ini apabila mendengar berita gembira tersebut meskipun ia tidak dapat dikongsi bersama dengan arwah isterinya, Umi Slaia Ibrahim yang pulang ke rahmatullah kerana mengidap penyakit kanser..

Rasa seronok juga ingin bercerita mengenai sejarah cerita besar ini..maklumlah peristiwa ini cukup menggegarkan arena kewartawanan Kelantan..malah kisah pelajar malang ini juga menjadi salah satu berita wajib yang perlu diperolehi oleh setiap petugas media di bumi Cik Siti Wang Kembang ini selepas ia di ‘break’ kan..pasti ada rakan-rakan yang tersenyum apabila mengenang kembali peristiwa tersebut..

Mau tidaknya, ada rakan wartawan yang terpaksa kembali ke pejabat semula walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam..hingar-bingar bunyi telefon bimbit berdering bertanya soalan yang sama..”Kau ada dapat story tu”..ada juga yang mahu ke rumah mangsa untuk mendapatkan story pada malam itu juga..tak kurang juga da yang tersenyum bangga taktala stori itu menjadi hidangan muka depan setiap akhbar..

Apa-apa pun, tanpa sedar, sumbangan media di sini dalam membuat liputan nasib yang menimpa Umi Azlim ini sedikit sebanyak membantu perjuangan Mohammad Lazim bagi mendapatkan pengadilan yang sewajarnnya untuk anaknya itu..Bapa ini percaya anaknya itu menjadi mangsa dalam sindiket yang menggunakan anaknya sebagai alat perantaraan..

Biasa lah, asam garam dunia wartawan..ada masa turun, ada masa naik..ada masa bertuah, ada masa sebaliknya..Bak kata seorang rakan wartawan ketika itu ” Udah la tu Yeob, renti-rentikanlah”..maka kisah ‘sejarah itu tidak perlulah dibincang dengan lebih panjang..takut ia akan membuka ‘luka’ yang lama..biar lah ia menjadi satu memori indah dalam setiap petugas media di sini..

October 8, 2008

Tugasan selepas Hari Raya dan Agenda Tersembunyi

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 7:44 am
Sedang menunggu Orang Kena Tahan (OKT)

Sedang menunggu Orang Kena Tahan (OKT)

Selepas memperlahan enjin masing-masing ketika bulan Ramadan, masing-masing media Kelantan sibuk untuk mencari bahan berita santapan pembaca dan penonton..

Ada pula liputan kes mahkamah pertama selepas bulan puasa ni..kes bunuh dan kes 39A…kes yang menarik..boleh lah nak nak keluar paper..keluar TV..

Tugasan di mahkamah ni memang seronok..sebab semua geng media pasti berkumpul..yang kurangnya, nak kena menunggu…satu penyeksaan…alahai..bak kata seorang rakan reporter tu, Hakim (Kosmo!), boleh habis rokok Dunhill kotak 14…yang tetap steady, Isma yang kerap datang bila kes nak mula sebut…

Punyalah excited masing-masing menunggu OKT untuk muncul, sampai Bidi (Bernama) dan Napi (Bernama TV) nak bertumbuk..hairan juga tak tahu sebab musabab ye..hanya lensa Zulhanifa (Utusan) sempat merakam aksi tersebut..

Sampai nak bertumbuk dua umat ni..apa kes pun tak tau

Di sebalik semua di atas, ada pula agenda tersembunyi yang berjaya dihidu ketika tugasan ini berlangsung..ada la dua orang rakan reporter di sini yang sedang hangat digosipkan dikatakan merancang bercuti bersama-sama..terkejut juga kawan-kawan media yang lain apabila dapat tahu perkara ini..secara kebetulan kedua-duanya mengambil cuti pada tarikh yang sama..sampai ‘suspek’ itu cuba untuk meminta ‘suspek’ yang seorang lagi menukarkan tarikh cutinya..

Tidak mengapalah..kita tengok saja nanti apa yang nak jadi..

September 8, 2008

Idola Klate

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 7:26 am
Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Ambo baik sajo (itu agak ye Tok Guru cakap)

Ambo baik sajo (itu agak ye Tok Guru cakap)

Gambar ihsan – Hafiz Johari (Photographer Utusan/Kosmo!)

September 3, 2008

Mercun Kastam dan Skandal

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 4:55 am
Khusyuk masing-masing dengar cerita Tuan Azis

Khusyuk masing-masing dengar cerita Tuan Azis

Nasib la ada Kastam yang rajin nak buat PC pasal mercun biarpun sikit saja jumlah rampasannya..ada juga story nak buat untuk isi page..Terima kasih la kepada Pengarahnya, Aziz Yacob…bersemangat betul nak bagi PC..meskipun ada berbunyi di kalangan pegawainya..Sikit saja jumlah rampasan, pengarah nak jugak buat PC..

Berkejar la masing-masing ke Pejabat KDRM di Lubuk Bongor..mujur dekat..bila sampai je tadi, masing-masing muka ceria saja..macam tak puasa pulak..hehehe..bukan apa..dah masuk hari ke-3 Ramadhan, takkan letih lagi

PC punya PC…jumlah rampasan RM5,360..maklumat lain..bla..bla..bla..Tuan Azis memang banyak bercakap seperti biasa..budak-budak reporter lak memang suka layan dia bercakap..sampai pulak geng RTM..terlambat sikit..katanya ada meeting..dia orang nipun datang buat coverage bagi ucapan Salam Aidilfitri untuk kakitangan awam..Kak Num ni tak offer ke media pulak buat ucapan Selamat Hari Raya…ahahahaha..

Dah habis tugasan, masing-masing tak nak balik lagi..pelik la..apa yang ditunggu lagi..nak mercun agaknya..ikutla..si Pokne dengan Zul mula angkat kaki..Secara tidak semena-mena, datang seorang pegawai Kastam..perempuan tu beb..comel la pulak..tegur Pok Ne..borak punya la rancak macam dah lama kenal…rupa-rupanya, si Pokne ada ‘mata air’ budak Kastam..hhhaaa..kene scoop la korang..si Zul pun naik hairan…bila pulak dia orang berdua ni kenal..mungkin Pok Ne rajin cover Kastam sebab tula boleh kenal..biarla..kita doa mereka berdua bahagia..

Lensa Zul berjaya merakam detik manis ini

Lensa Zul berjaya merakam detik manis ini

September 2, 2008

Asignment di Bulan Ramadhan

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 4:46 am

Bila tiba bulan puasa, asignment pun macam ‘berpuasa’ gak..dalam diari tugasan tu pun, macam ade takde je ke mana nak pergi untuk hari-hari yang mendatang dalam bulan Ramadhan..paling busuk pun..majlis berbuka puasa..balik-balik, program ni la tiap-tiap..ada sampai langsung takde program atau aktiviti apa-ape pun..teruk juga gang media Kelantan nak cari story bagi mengisi page Local masing-masing..

Hari kedua berpuasa (hari nila), ade satu je asignment..kebetulan melibatkan Tok Guru Menteri Besar Kelantan..jadinya, semua reporter menyerbu ke sana..sambil masing-masing terpinga-pinga nak buat stori ape..tajuk asignment ye..SEMINAR Integriti..alahai..jemu orang nak bace bende ni..

Dengan masing-masing muka letih, duduk lah bersila kat luar Dewan Teratai tadi..Si Ishak, Nik Zaidi, Cik Pah, Mek Miza, Shiau Wei, Lin dan Kak Mah..tengah duk fikir apa soalan nak tanya pada Tok Guru..masing-masing dh keletihan macam tak berbuka semalam (kecuali Shiau Wei dan Lin)..si Khairul saja yang setia duduk dalam dewan mendengar ucapan Tok Guru yang panjang lebar..yang si Azran pulak..siap boleh datang lambat..baru hantar orang rumah kot…terlepas langsung program ini..nasib la kawan-kawan ada..hehehehee..

Bulan puasa ini menuntut para media menjadi lebih kreatif dan bijak untuk mencari story sendiri yang bercorak human interest..tapi nak buat benda ni pun bukan senang..kena lak berpuasa..letih wwooo..yang lebih bijak..kalau masing-masing berkongsi story..lagi best..all for one..one for all…hehehehhee..

ala..bulan puasa ni tak payah nak scoop..bak kata zabidi dalam dialek Perak..renti-rentikan la yeop..rentikan la..

Blog at WordPress.com.