Media Kelantan

December 3, 2009

MB selar media aibkan diri, keluarganya

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 8:24 am
Tags: , , , ,

KOTA BHARU  – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahkan media yang didakwa telah mengadu domba melalui pelbagai laporan dengan niat hendak mengaibkan diri dan keluarganya.

Beliau menyifatkan tindakan media itu seperti golongan ‘namimah’ iaitu orang yang suka melaga-lagakan orang lain dan sukar untuk dimaafkan.

Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai cerita mengenai dirinya dan keluarganya dipaparkan di media kebelakangan ini.

“Surat khabar menimbulkan Nik Aziz (buat) begitu, menantunya begini, bini dia, menantu dia nak ambil harta Kelantan. Mereka ini puak ‘namimah’, namimah ini bukan saja berdosa dengan Tuhan tapi juga dengan orang.

“Kalau kita berdosa dengan Tuhan kita minta ampun dengan Allah saja, tapi berdosa dengan orang kita bukan saja kena minta ampun dengan Allah tapi juga dengan orang dan jelaskan apa yang dibuat,” katanya.

Berucap pada majlis pertemuan dengan Dewan Pemuda Pas Kelantan di sini petang ini, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak mungkin memaafkan pihak media yang disifatkan suka mengadu domba.

“Sekarang kalau datang dan beritahu saya minta maaflah tok guru, kalau saya beri bolehlah. Kalau tidak (cari) maaf sendirilah.

“Kuasa Allah beri kepada manusia untuk jaga lima perkara antaranya air muka dan harta. Bukan kuasa Magna Carta, bukan kuasa PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),” katanya.

Beliau menarik perhatian laporan mengenai doanya terhadap Perdana Menteri misalnya difokuskan kepada bala sahaja dan tidak kepada perkara baik yang disebutnya.

“Mereka tumpu pasal bala, mereka tak sebut saya minta Allah perbetulkan fikiran Najib tentang pemberian royalti,” katanya.

rentetan daripada isu-isu sebelum ini…sumber: Utusan

4 Comments »

  1. rupenya hanya orang kalangan bukan Pas boleh diaibkan, tetapi kalau tok guru dan keluarganya itu `naminah’ namanya.

    Comment by koperal mat — December 4, 2009 @ 9:27 pm

  2. patutnye tguru tanyo sdri menantu dia tuh..btul ke ado buat xmolek..mana tau dpn ore berlagak baik tp blake supo sete perangai..kalu2 jah, kalu ok xpolah.

    Comment by razakabas — December 5, 2009 @ 2:13 am

  3. Mengaku sahaja kita buat kesilapan…Nabi teragung pun akan minta maaf kalu buat salah. TG lebih hebat dari Nabi Muhammad tak pernah buat salah dan yang peliknya pengikut taksub diam mcm tunggul tak berani menegur TG

    Comment by albaiths — December 6, 2009 @ 3:33 am

  4. bukan naminah.. tetapi namimah. Golongan quraish mana ni tak faham arab

    Comment by mat blog — December 6, 2009 @ 10:22 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: