Media Kelantan

August 29, 2008

Futsal MKFC

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 5:07 am
Tags:
Geng-geng Futsal

Geng-geng Futsal

Bosan asyik menulis saja, geng-geng media perlu juga keluarkan peluh untuk bersukan..sihat sikit badan masing-masing yang rata-ratanya sudah obes…

Setiap malam Isnin..jam 9.00 malam..bertempat di Futsal Arena Pengkalan Chepa, turun la geng-geng media untuk beradu kekuatan kaki, siapa yang lebih hebat menggelecek, siapa yang banyak score gol..tak kurang juga ada yang dok kira berapa goalkeeper lepaskan gol..

Aktiviti mingguan ini sudah berlangsung hampir setahun dan banyak juga pemain-pemain yang berpotensi dilahirkan..sehingga tertubuhnya Media Kelantan Football Club (MKFC) untuk pergi lebih jauh dalam arena sukan popular ini..Kosmo! dan Sianr Harian adalah akhbar rasmi bagi MKFC..banyak juga siri-siri friendly dianjur bersama pesaing luar untuk beradu kekuatan…apa-apa pun keputusannya, prestasi MKFC boleh dibanggakan dengan banyak kemenangan dicapai..

Aktiviti mingguan ini akan diberhentikan seketika bagi memberi laluan kepada bulan Ramadhan untuk memberi peluang kepada semua pemain menumpukan ibadah Terawih..lebih tepat lagi masing-masing tak sanggup nak turun main bulan ini..sebagai penghormatan, penampilan julung-julung kalinya AJK Biro Agama, Tarmizi Abdul Rahim (Utusan) datang menjengah gelanggang futsal..

detik-detik perlawanan persahabatan

detik-detik perlawanan persahabatan

Perlawanan terakhir malam tersebut antara pasukan yang diketuai oleh Bob (Kosmo!) menentang pasukan yang diketuai Wan Faizal (BH) berakhir dengan keputusan seri..untuk rekod, perlawanan sebelum ini kebanyakan berpihak kepada pasukan Bob..

Jumpa lagi entry mengenai futsal selepas bulan Ramadhan nanti..

Advertisements

August 28, 2008

Jom Gege Kawan

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 8:33 am
Tags:
Anggota media Kelantan yang tersohor

Anggota media Kelantan yang tersohor

Baru-baru ini, buat acap kalinya semua media di negeri Cik Siti Wan Kembang ini berkumpul dan diraikan dalam program Hari Keluarga Media Kelantan..dengan tagline ‘Jom Gege Kawan’, program yang berlangsung di Perdana Beach Resort berjalan dengan penuh meriah..

Siapa yang tak seronok, semua datang tidak pulang dengan tangan kosong..pelbagai hadiah disediakan oleh pihak penganjur hasil sumbangan yang dikumpul daripada pihak penaja..Lebih gempak lagi, Penolong Ketua Biro Kosmo!, Zaki Salleh yang tidak pernah bertuah sepanjang hidupnya dalam Cabutan Bertuah, tiba-tiba bertuah mendapat hadiah paling masyuk sekali, televisyen..

Bagaimanapun, sekalung penghargaan wajar diberikan kepada penganjur yang dikepalai oleh Pengarah Program, Azran Fitri Abdul Rahim dan rakan-rakan yang lain atas usaha keras merealisasikan program tersebut..(kepada yang tak disebut nama, jangan marah, pasti ada ruang lagi)

Sambutan Merdeka Media Kelantan

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 7:25 am
Tags:
Dengan seronok mengibarkan Jalur Gemilang

Dengan seronok mengibarkan Jalur Gemilang

BERSEMANGAT PATRIOTIK. Melupakan sejenak tugas  hakiki masing-masing, seramai kira-kira 30 pengamal media di sini  berkumpul untuk memeriahkan sambutan Bulan Kemerde kaan. Dengan mengedar dan memasang Jalur Gemilang di ken deraan masing-masing, program anjuran Kelab Wartawan Ke lantan (Kawan) bersama Hotel Grand Riverview ini terus  menghangatkan lagi bahang sambutan bulan bersejarah ini. Upacara itu disempurnakan oleh Presiden Kawan, Wan Zulkifli Wan Yaacob dan Pengurus Besar Hotel Grand Riverview, Pa trick Cheng.

Official Blog

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 6:16 am
Tags:

Secara rasminya Media Kelantan yang ditunjangi oleh media cetak dan elektronik terjun ke dunia BLOG sebagai satu medium perantaraan sesama sendiri. Meskipun sudah lama bertapak sebagai pengamal media di negeri namun benih-benih kerjasama dan persefahaman baru saja tersemai dan diperkukuhkan.

Melalui BLOG ini, segala idea dan pandangan dapat dikongsikan bersama demi kelangsungan dan kesinambungan peranan media di negeri ini.

Kepada sesiapa yang melayari blog sendiri, sudi-sudikan jari-jemari anda untuk meninggalkan sebarang komen yang bernas bagi memantapkan operasi blog ini. Sebarang kelemahan dan kekurangan didahulukan dengan ribuan ampun maaf

Terima kasih dari saya, Abang Administrator

Blog at WordPress.com.