Media Kelantan

October 21, 2008

Sekitar Sidang DUN Kelantan – Kontroversi

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 9:13 am
segak masing-masing

segak masing-masing

Maisng-masing boleh jadi Tok Wakil tak lama lagi ni

Maisng-masing boleh jadi Tok Wakil tak lama lagi ni

berusaha menghantar berita secepat mungkin

berusaha menghantar berita secepat mungkin

cantik cover laptop Shiau Wei ni..Isma posing pulak..

cantik cover laptop Shiau Wei ni..Isma posing pulak..

Bermula hari ini sehingga minggu depan, media, masing-masing sibuk membuat liputan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan..punca berita penting sepanjang minggu..boleh katakan, confirm pakai untuk paper..

Permulaan sidang dewan dibuka dengan titah ucapan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang tidak berpuas hati dengan kelembapan pelaksanaan pelbagai projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Laporan sebuah akhbar dengan head line ‘Sultan murka ………’ menimbulkan rasa tidak senang hati oleh sidang DUN yang dianggap salah dan mengelirukan..ada ahli dewan yang mempertikaikan laporan akhbar terbabit..Oleh hal yang demikian, ada ahli dewan yang meminta supaya peraturan 14 dalam buku peraturan dewan digunakan yang membolehkan pihak media dilarang membuat liputan dewan jika akhbar terbabit tidak memohon maaf atas kesilapan itu…

Jika mengikut berita yang diterbitkan akhbar itu, isi-isinya disampaikan hampir sama dengan akhbar-akhbar utama yang lain dan tidak tertera perkataan ‘murka’..perkataan ini hanya terbit pada ‘head line’ saja yang mana ia diluar kawalan si penulis..

Setiap pengamal media masing-masing terikat dengan etika kerja..berita yang ditulis mahupun dilaporkan dalam sesuatu liputan harus sahih seperti yang dikatakan oleh si penyampai berita @ VIP @ orang-oran itu…tanpa boleh menukar fakta..ini etika yang menjadi pegangan setiap pengamal media..jika berlakunya selebihnya atau sebaliknya, adalah diluar kawalan masing-masing..sebarang kekhilafan yang berlaku, mungkin tidak melibatkan si penulis..tetapi jika ia benar-benar dibuktikan bahawa penulis bersalah, maka si penulis bersedia menghadapi sebarang tindakan susulan..

Apa-apa pun, tanggungjawab media tetap berjalan seperti biasa..seperti yang diamanahkan..liputan sidang DUN tetap dibuat..kita tunggu babak yang seterusnya..

13 Comments »

  1. gambar yang bawah sekali tu kann…si puteri dan putera mcm tgok gambar atau benda2 yang menarik je…sebabnya aku tgok si isma tu senyum simpul dan matanya sting………bahaya!!!!!!!!!!

    Comment by tapaiBLUES — October 21, 2008 @ 9:56 am

  2. kalau akak ade di persidangan dewan pada hari pertama… taklah akak dapat tagline yang pedas lagi cilake dr bos akak… tapi nak buat camner.. kenapalah akak tak due2 lagi nie… rase dah terlebih bulan n jangkaan….kalau tak akak dh dapat cuti 90 hari… sonoknyer…….

    Comment by k@k beLL@ — October 21, 2008 @ 10:10 am

  3. wartawan tak beretika, takde maruah kewartawanan… itu antara kata2 yg dilemparkan kepada wartawan Berita Harian… sungguh enak kata2 yg keluar dari mulut Adun Limbongan tu… inilah nasib wartawan yg selalu dihina dan dikeji dengan tak semena-mena walaupun salah orang lain… bukan setakat ahli politik, PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM pun tak memahami kerja wartawan…

    Comment by wanfai — October 21, 2008 @ 10:28 am

  4. alaaa relex a BH. Glamor la arini dia….hik hik

    Comment by mcsue — October 21, 2008 @ 10:34 am

  5. rilek go shoping komplek

    Comment by wanfai — October 21, 2008 @ 10:36 am

  6. dari seawal gambar pertama hingga yang akhir, takde se pong hok aku kenang, bukang setakak tuang badang dalam gambor tu kurang manco, bahkang care dio orang posing pong macang budok tadika, kerah kong. Tu, hok gambor last sekali, ade ke senyumnya (Isma ke namadia ni?) macang ade tangang dok berlegor kat bowoh? jurukamera dengang si mamat yang senyum tu patut dikenekang tindakan KFC kepade semue pembace lamang ni.
    Bab ni, aku caye, Bidi, Pok Nang, Fizi, Bei mesti sokong giler…….(setidaknya Pizza Hut pun ok gak.)

    Comment by Mat Fang — October 21, 2008 @ 12:38 pm

  7. kepada wanfai…semua yang terjadi ada sangkut paut dengan terkena badi pinjam songkok org dan kepada mat fang ngan tapai blues pula jgn suka sebarkan fitnah nanti kena badi mcm wanfai

    Comment by dewa07 — October 21, 2008 @ 5:17 pm

  8. hebat sekali … tapi si sulaiman jaafar tu boleh jadi calon Pas ganti berahim ali. Janggut nampak makin lebat semacam. tapi kalau dia jadi YB kena duduk kerusi belakang sebab kang susah nak pusing .. hahahaha .. gurau je. jangan marah (UP: Wak Leman ialah bekas bos aku di bernama Trg dulu)

    Comment by kelab wartawan terengganu — October 22, 2008 @ 3:09 am

  9. woit tapai sedap je ko komen orang… semua benda ko komen… ko sedar tak ko dah jadi tapai masam… muahahahaha….

    Comment by dewa24 — October 22, 2008 @ 3:55 am

  10. ramai sgt pulak encik dewa dlm nih..tukarla weh. dlm bab nih aku rasa sub yg bangang patut disalahkan..sb bodoh n xsensitif dgn isu kt manae state..

    Comment by dewa 20 — October 22, 2008 @ 5:08 am

  11. sedap je cakap aku tapai masam …kau tau tak… masam2 pun ramai orang makan tauu sejak kebelakangan ne di rumah terbuka aidilfitri…. neee ape ke hal byk sgt dewa…kenapa tak buat dewa 1 hingga 14 ratus ….pastu igt nama dewa ade kuasa ke….kalau dewa kepondem maram kerepok tak yah leee…hampeh!!!!

    Comment by tapaiBLUES — October 22, 2008 @ 5:17 am

  12. aku tengok la..kat cni byk je gambar wanfai..3 keping..napela mamat ni nk bsg2 lagi..hairan aku

    Comment by alfred — October 23, 2008 @ 5:17 am

  13. mana dia gambar ana nawi? Tak adil betul lah!

    Comment by peminat ana nawi — October 23, 2008 @ 2:00 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: