Media Kelantan

December 3, 2009

MB selar media aibkan diri, keluarganya

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 8:24 am
Tags: , , , ,

KOTA BHARU  – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahkan media yang didakwa telah mengadu domba melalui pelbagai laporan dengan niat hendak mengaibkan diri dan keluarganya.

Beliau menyifatkan tindakan media itu seperti golongan ‘namimah’ iaitu orang yang suka melaga-lagakan orang lain dan sukar untuk dimaafkan.

Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai cerita mengenai dirinya dan keluarganya dipaparkan di media kebelakangan ini.

“Surat khabar menimbulkan Nik Aziz (buat) begitu, menantunya begini, bini dia, menantu dia nak ambil harta Kelantan. Mereka ini puak ‘namimah’, namimah ini bukan saja berdosa dengan Tuhan tapi juga dengan orang.

“Kalau kita berdosa dengan Tuhan kita minta ampun dengan Allah saja, tapi berdosa dengan orang kita bukan saja kena minta ampun dengan Allah tapi juga dengan orang dan jelaskan apa yang dibuat,” katanya.

Berucap pada majlis pertemuan dengan Dewan Pemuda Pas Kelantan di sini petang ini, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak mungkin memaafkan pihak media yang disifatkan suka mengadu domba.

“Sekarang kalau datang dan beritahu saya minta maaflah tok guru, kalau saya beri bolehlah. Kalau tidak (cari) maaf sendirilah.

“Kuasa Allah beri kepada manusia untuk jaga lima perkara antaranya air muka dan harta. Bukan kuasa Magna Carta, bukan kuasa PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),” katanya.

Beliau menarik perhatian laporan mengenai doanya terhadap Perdana Menteri misalnya difokuskan kepada bala sahaja dan tidak kepada perkara baik yang disebutnya.

“Mereka tumpu pasal bala, mereka tak sebut saya minta Allah perbetulkan fikiran Najib tentang pemberian royalti,” katanya.

rentetan daripada isu-isu sebelum ini…sumber: Utusan

November 30, 2009

MB lashes out at media

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 5:33 am
Tags: , ,

Nik Aziz says he’ll never forgive reporters who pit him against others

KOTA BARU: Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said he will never forgive journalists who pit him against others saying that those involved would never go to heaven.

The PAS spiritual adviser, who sounded sore over the barrage of newspaper reports on his botched Haj pilgrimage trip, his deposed son-in-law Abdul Ariffahmi Abdul Rahman and the purported resignation of his protege Datuk Husam Musa, added that such journalists were only interested to run down his honour and dignity.

“Journalists can write anything they like but if they were to ask for my forgiveness it is okay if I forgive them but if I refuse to accept their apology they will suffer in their graves,” he told reporters after attending a marriage ceremony in Panchor here yesterday.

Nik Abdul Aziz also defended his action to ask the people of Kelantan to pray for the demise of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak if he had bad intentions to deny the people of the oil royalty.

“I cannot see anything wrong with my actions if Datuk (Seri) Najib Tun Razak has bad intention to deny the people of Kelantan what is rightfully theirs.

“I had asked the people to pray to remove such bad intentions from the Prime Minister and there is absolutely nothing wrong with that,” he added.

He also said that he was willing to confront any Ulama who had criticized him for his remarks on Najib.

Nik Abdul Aziz said it was perfectly all right to ask God to defend oneself from cruel people adding that even Prophet Mohamad had prayed to God to defend himself from tyranny.

“When I do something I have my arguments and I don’t do anything without any foundation,” he added.

sumber: Star

abang administrator: dibuka untuk diskusi bersama..

March 19, 2009

Nik Nur Madihah

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 3:51 am
Tags: , , ,

kkb000012611

(Gambar by Zulhanifa Sidek – Photographer Utusan)

Agak terlewat sebenarnya abang admin update blog ni..lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan tajuk entry di atas..ampun maaf la yek..

apa-apa pun mengenai fenomena Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal ini masih lagi terasa..tak kan habis cerita dia..

beberapa blog dari rakan media kita ada menceritakan mengenai adik Nik Nur Madihah nih..antaranya:

Wanfai

Tukang Canang

Cabuk

klt000018411

(Gambar by Hafiz Johari – Photographer Utusan)

Gadis berasal dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan yang entah sape-sape tiba-tiba jadi popular..nak sama macam seorang selebriti..terkejut juga adik Madihah, tak sangka boleh jadi ‘hebat’ sebegini..

di dada akhbar juga terpampang mengenai cerita adik Madihah ini yang rata-rata menceritakan kehebatan dan rahsianya sebalik kejayaan yang dikecapi.

Utusan Malaysia

Berita Harian

Harian Metro

Sinar Harian

klt000018405

(Gambar by Hafiz Johari – Photographer Utusan)

gadis ini menjadi kebanggaan keluarganya..juga secara tak langsung menjadi kebanggaan rakyat Kelantan..permata ini terbit dari negeri Pantai Timur..

Kami..pengamal media juga bangga dengan pencapaian Nik Nur Madihah..dengan latar belakang hidupnya itu yang tidak pernah dijadikan alasan, gadis ini mampu pergi lebih jauh..

Harap-harap ‘lime light’ yang dikecapi Nik Nur Madihah ketika ini tidak menenggelamkan anda..syabas..

February 23, 2009

Blog Indonesia Maki Malaysia

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 8:36 am

blog

Mari ramai-ramai kawan-kawan media, kita jengah sebentar ke blog ini, lihat apa isinya, sama-sama renungkan..

http://id-top.blogspot.com

secara kebetulan, link blog ini abang admin dapati melalui capaian di salah seorang rakan wartawan juga, brother mazidul akmal sidek..http://mazidulakmal.blogspot.com

isi di blog ini lebih banyak menceritakan perihal di negara kita..corak tulisan ke arah mencaci, menghina dan memaki apa yang berlaku di negara kita..

blog1

abang admin tak mahu letak komen sendiri..sama-sama kita komen mengenai apa yang tertera dalam blog ini..

December 20, 2008

Demi Tugas

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 10:44 am
Lakonan semula

Lakonan semula

Bahaya tugas sebagai wartawan..kadang kala kita terpaksa bergadai nyawa untuk mendapat bahan meskipun ada suara sumbang mengatakan ia tidak berbaloi..

Semalam, rakan media kelantan seramai 3 orang diserang manusia yang tidak bertanggungjawab ketika membuat satu liputan di sebuah kampung..

Nak buat cerita pasal pengebumian banduan ‘hot’ ini, tak pasal-pasal diserang sekumpulan lelaki yang menumbuk dan menendang mereka..kena juga lempar dengan kerusi…

Tak cukup lagi,  kereta juga jadi mangsa apabila ‘kemek’ dibelakang, dipercayai ditendang oleh seorang daripada mereka..

Simpati melihat mereka yang terkena ni..mahu trauma sekejap..

Kawan simpati dengan kejadian ini dan berharap ia tidak mematahkan semangat pengamal media untuk menjalankan tugas..yang baik atau jahat, tetap juga jadi sasaran unthk berita..

Majulah Media Untuk Berita Terkini..

November 18, 2008

Sembang Kedai Kopi

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 10:59 am

Satu pagi yang penuh dingin itu, tiga rakan media baru saja tiba di Mahkamah Kota Bharu untuk membuat satu liputan kes berprofil tinggi..seperti biasa, sebelum memulakan tugas masing-masing, perut perlu diisi bagi menjana tenaga..kalau tidak pasti berkerut dahi sepanjang prosiding mahkamah dek menahan lapar yang tertamat sangat dalam bilik berhawa dingin..

Jadinya, bergerak tiga sekawan ini ke kantin mahkamah seperti biasa untuk melampiaskan nafsu pagi hari itu..yang sorang order, tea o ais limau, orang yang kedua order teh tarik dan yang ketiga pula order milo..makanan juga diambil untuk mengisi perut..

Satu lagi peel petugas media adalah perlu menambah menu sarapan dengan ‘membaca’ surat khabar..wajib ni, kalau tidak makanan yang dijamah depan mata pasti tidak merasa kenyang..nah, minyak turun lagi, tajuk utama rata-rata akhbar pada hari itu..bersembang lah tiga sekawan ini membicarakan topik ini denagn panjang lebar..

Sembang kedai kopi itu berpanjangan sampai menyentuh kemudahan jalan raya di negeri ini..yang semua sedia maklum, agak kurang memuaskan..ada lubang sana, ada lopak situ, ada yang sempat di jajahan itu, bermacam-macam la..

Secara tiba-tiba, ada seorng hamba Allah ini yang tidak tahu mana datangnya (walhal duduk dibelakang) menyampuk dan membantah apa yang diperkatakan oleh 3 sekawan ini..katnya dulu lain sekarnag lain..dah masuk bab politik pula..seperti mahu ajak berdebat isu yang diutarakan..mahu atau tidak, seorang daripada rakan media ini yang cukup terkenal dengan kelantangannya turut membalas apa yang diperkatakan oleh hamba Allah ini dengan panjang lebar..

Terjadila perang mulut antara 2 orang ini untuk menegak pendirian masing-masing yang dikira mungkin berlatarbelakang politik yang berlainan..dia betul, dia salah..dia bagus, dia tak elok..dia hebat, dia pandai cakap saja..macam-macam la isi-isi yang dibahaskan samapi tidak mampu ditulis disini..

Bagaimanapun, perang mulut ini berjaya diberhetikan oleh 2 rakan media yang lain dari[pada berlarutan menjadi lebih parah..takut ada kes baru pula di mahkamah nanti…kedua-duanya profesional, memendam isi hati masing-masing..dan sempat juga bersalaman di hujung sembang kedai kopi itu sambil diperhati sendiri oleh abang admin..

Seronok juga mengenang peristiwa ini..ada sampai kawan yang lain juga nak tergelak mendengar berita ini..tapi bahaya juga rupanya sembang kedai kopi ni, boleh bawak bergaduh kalau silap haribulan..

Respons Dari Entry

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 10:35 am

Administrator menerima satu respons/komen daripada seorang pembaca Blog ini berkaitan dengan entry Pegawai Perhubungan Awam..mungkin ada yang membaca atau sebaliknya..

Di sini abang admin lampirkan komen tersebut sebagai tatapan..

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Wartawan ada etika, begitu juga dengan PR. Kerana kesalahan kecil segelintir PR yang mgkin tdak thu atau menganggap PR sebagai profession yang mudah, PR yang lain dipersalahkan. Common la….bukak sikit mata. – zaraGOODpr

kepada yang sesiapan ingin memberi komen balas, dipersilakan..

November 13, 2008

Teka Teki

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 9:55 am

question_mark3

SOALAN 1

Ketika di udara, yang mana lebih berat antara pesawat Air Asia AK952 dari Kuala Lumpur ke Jakarta atau pesawat Air Asia QZ7602 dari Jakarta ke Kuala Lumpur?

SOALAN 2

Pak Mat Ibrahim Saufi sedang nazak. Dia mempunyai tiga anak – Ahmad Sapuan, Mohd Ariffin dan Radzi Nahar. Satu hari, Pak Mat Ibrahim Saufi memanggil tiga anaknya itu satu persatu untuk membuat permintaan sebelum dia meninggal dunia.

Kepada Ahmad Sapuan, Pak Mat Ibrahim Saufi memberitahu jika dia mati, maka kebumikanlah dia di dalam hutan.

Kepada Mohd Ariffin, Pak Mat Ibrahim Saufi memberitahu jika dia mati, maka kebumikanlah dia di padang yang lapang.

Kepada Radzi Nahar, Pak Mat Ibrahim Saufi memberitahu jika dia mati, maka kebumikanlah dia di dalam kawasan masjid.

Tidak lama kemudian, Pak Mat Ibrahim Saufi pun meninggal dunia. Soalannya, bagaimana Ahmad Sapuan, Mohd Ariffin dan Radzi Nahar nak kebumikan jenazah bapanya sedangkan bapanya itu membuat tiga permintaan supaya dikebumikan di tiga tempat berbeza?…

– jawapan yang betul dari kedua-dua soalan di atas akan menerima hadiah misteri

– sila rujuk laman web ini untuk maklumat lanjut mengenai hadiah, http://mywanfai.wordpress.com/

October 20, 2008

Pesanan Buat Kawan-Kawan

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 6:08 am
Dah nampak duit, gini la jadinya

Dah nampak duit, gini la jadinya

Duit mu, duit ku juga

Duit mu, duit ku juga

(Gambar lakonan semula – Gambar hiasan)

Ada cerita yang kurang enak untuk dikongsi bersama semua..walaupun agak keberatan juga untuk dikhabarkan..tapi ia perlu sebagai peringatan kepada semua rakan-rakan media di sini..

Seorang rakan kita kehilangan wang bernilai hampir RM1k di di mejanya, pejabat sendiri..diulangi..di pejabat sendiri..tak tahu mana datang cekap si ‘tangan panjang’ yang buat kerja macam ini..mengikut Megat Selempar Angin Melintang Lalu Membujur Patah, si panjang tangan ini melakukan ‘operasi’ cukup licik..dalam beg duit yang berisi RM1k itu, tidak diambilnya sekali gus..sebaliknya berulang kali..pada mulanya, dia ambil RM100..kemudian baru dia rembat RM900 selebihnya..

Tergamak la betul..hasil titik peluh orang disebat orang..yang sedihnya ia berlaku di pejabat sendiri..yang boleh dianggap tempat selamat..rasanya..ini bukan kejadian yang pertama berlaku..pernah juga terdengar cerita yang sama sebelum ini..kalau tak silapnya

Moral of story..buat sesiapa yang rajin duduk di pejabat, perhatikan barang-barang anda..jangan dibiarkan lepa..yang paling penting..perhatikan siapa yang keluar masuk pejabat masing-masing..maklum la, pejabat media selalu mendapat kunjungan orang ramai..baik yang dikenali atau sebaliknya..mungkin si tangan panjang datang tanpa disedari..

October 16, 2008

Hati-Hati – Hak Sebagai Pengguna

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 5:58 am
Mereka yang terkena

Mangsa dengan bouncer ye

Ingat beli barang di sebuah hyper market di sini semuanya bagus, tapi ada juga yang tak kena..

Kasihan melihat rakan kita yang merasa dirinya tertipu..nak tergelak sampai pecah perut sebenarnya pun ada..beli barang, harapkan elok tapi dapat yang dah punah..

Ceritanya, kawan kita ni nak beli antena TV..yang murah je..lagipun hyper market ni pun memang jual barang murah..berlegar-legar la dia sekitar hyper market ini mencari barang itu..dah jumpa barang tersebut, belek-belek la mana yang elok…dengan modal RM25, maka dapat la kawan kita barang yang dihajat..

Bila bawak balik pejabat, ingat nak pasang la di TV..sekali buka kotak, kawan kita dapat barang untuk DISPLAY..punyalah nak tergelak kawan-kawan yang lain..dengan barang tak berbungkus elok, arial pun dah patah, sah la kawan ni dapat barang punah..

Berpatah balik la dia bersama seorang bouncer yang diupah untuk menukar barang tersebut..mana tau kot-kot tak dapat tukar, boleh la si bouncer ni bakar hyper market ni..mujur la budak sales ini memberi lampu hijau untuk menukar barang itu..takut agaknya tengok badan bouncer..

Pengajarannya..bila nak beli barang di sini..sebelum balik, elok periska terlebih dahulu..punggah kotak, bukak, periksa baik-baik..

Sperkara lagi yang menjadi persoalan, adakah hyper market ini menjual barang DISPLAY..hairan betul..kalau betul, kita perlu gunakan HAK sebagai PENGGUNA..

sekian..

Next Page »

Blog at WordPress.com.