Media Kelantan

November 18, 2008

Sembang Kedai Kopi

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 10:59 am

Satu pagi yang penuh dingin itu, tiga rakan media baru saja tiba di Mahkamah Kota Bharu untuk membuat satu liputan kes berprofil tinggi..seperti biasa, sebelum memulakan tugas masing-masing, perut perlu diisi bagi menjana tenaga..kalau tidak pasti berkerut dahi sepanjang prosiding mahkamah dek menahan lapar yang tertamat sangat dalam bilik berhawa dingin..

Jadinya, bergerak tiga sekawan ini ke kantin mahkamah seperti biasa untuk melampiaskan nafsu pagi hari itu..yang sorang order, tea o ais limau, orang yang kedua order teh tarik dan yang ketiga pula order milo..makanan juga diambil untuk mengisi perut..

Satu lagi peel petugas media adalah perlu menambah menu sarapan dengan ‘membaca’ surat khabar..wajib ni, kalau tidak makanan yang dijamah depan mata pasti tidak merasa kenyang..nah, minyak turun lagi, tajuk utama rata-rata akhbar pada hari itu..bersembang lah tiga sekawan ini membicarakan topik ini denagn panjang lebar..

Sembang kedai kopi itu berpanjangan sampai menyentuh kemudahan jalan raya di negeri ini..yang semua sedia maklum, agak kurang memuaskan..ada lubang sana, ada lopak situ, ada yang sempat di jajahan itu, bermacam-macam la..

Secara tiba-tiba, ada seorng hamba Allah ini yang tidak tahu mana datangnya (walhal duduk dibelakang) menyampuk dan membantah apa yang diperkatakan oleh 3 sekawan ini..katnya dulu lain sekarnag lain..dah masuk bab politik pula..seperti mahu ajak berdebat isu yang diutarakan..mahu atau tidak, seorang daripada rakan media ini yang cukup terkenal dengan kelantangannya turut membalas apa yang diperkatakan oleh hamba Allah ini dengan panjang lebar..

Terjadila perang mulut antara 2 orang ini untuk menegak pendirian masing-masing yang dikira mungkin berlatarbelakang politik yang berlainan..dia betul, dia salah..dia bagus, dia tak elok..dia hebat, dia pandai cakap saja..macam-macam la isi-isi yang dibahaskan samapi tidak mampu ditulis disini..

Bagaimanapun, perang mulut ini berjaya diberhetikan oleh 2 rakan media yang lain dari[pada berlarutan menjadi lebih parah..takut ada kes baru pula di mahkamah nanti…kedua-duanya profesional, memendam isi hati masing-masing..dan sempat juga bersalaman di hujung sembang kedai kopi itu sambil diperhati sendiri oleh abang admin..

Seronok juga mengenang peristiwa ini..ada sampai kawan yang lain juga nak tergelak mendengar berita ini..tapi bahaya juga rupanya sembang kedai kopi ni, boleh bawak bergaduh kalau silap haribulan..

6 Comments »

  1. haa.. pangkah lagi… pangkah lagi… – ini adalah antara kata-kata yang kedengaran pada pagi yang panassss tu…

    Comment by mywanfai — November 19, 2008 @ 11:21 am

  2. mendela wanfai..abg admin dh tulis pagi yang dingin, ko kate panas..ko ni, org tua bercakap, jangan menyampuk..muahahahahaa..

    Comment by manlukeman — November 19, 2008 @ 5:30 pm

  3. aku ada kat tempat kejadian… aku tau la panas ke sejuk

    Comment by mywanfai — November 20, 2008 @ 4:28 am

  4. hahahaha … lawang jangan tak lawang … gomo jange dok gomo

    Comment by kelab wartawan terengganu — November 21, 2008 @ 5:48 am

  5. Isma tolong jgn dengar gossip i tu..u pun tau kan bila i beli keta tu..harap u memahami

    Comment by RozitaCHEwan — November 22, 2008 @ 5:43 pm

  6. aik..nape lak rozita che wan ada kt entry ni..musykil aku..

    Comment by manlukeman — November 24, 2008 @ 5:44 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: