Media Kelantan

January 13, 2010

Alahai Dr. Rosli…

Filed under: Catatan Santai — mediakelantan @ 4:13 am
Tags:

Baru-baru ini,(sebelum peristiwa lebih kusut melingkari kehidupan peribadinya) kami terima mesej ringkas dr. Rosli Allani tentang sidang media yang akan dilakukan menyentuh `penjelasan’ dan `perletakkan jawatan’.

Awalnya kami menyangka beliau ingin menjelaskan mengenai kenyataannya berhubung cadangan Dewan Pemuda Pas menggesa bos PMBK meletakkan jawatan segera dan kenapa membatalkan mesyuarat dengan tiba-tiba.

Juga soal mengapa beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas dengan tiba-tiba.

Tentunya telahan kami kerana tekanan yang dihadapi apabila begitu berani membuat kenyataan yang mungkin ditepis dengan
keras oleh MB.

Rupanya kami salah jangkaan. Di Restoran New Horizon, dalam nada suara yang agak tersekat tetapi laju beliau membacakan kenyataan akhbar.

Beliau menjelaskan mengenai status perkahwinan keduanya yang di bawa ke mahkamah oleh mertua dan perletakkan jawatannya bagi menjaga maruah parti.

Sambil itu kerana tersentuh dengan laporan media berhubung kes yang dikatakan mengaibkannya, beliau akan menyaman Utusan Malaysia, Harian Metro, bapa mertua dan peguam yang mewakili.

Beliau kemudiannya meminta izin berlalu dan meninggalkan kami bersama dua meja penuh hidangan yang ditempah.

– Kawan jadikan majlis raikan saman dan mendoakan kebahagiannya.

January 11, 2010

Alahai Anual…

Filed under: Uncategorized — mediakelantan @ 6:10 am

Rakan kita Anual Bakhri yang banyak membantu, sudah tidak lagi menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan yang disandang sejak 1999. Beliau diminta berhenti.

Beliau sering memudahkan urusan terutama jika ingin menemuramah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Mat ketika kami memohon beliau mencuri sedikit ruang masa untuk kami mencelah di mana sahaja.

Bagi kami, Anual yang berambut ikal yang sedikit mencecah bahu dan mencintai dunia sastera itu terpaksa membayar harga yang tinggi
kerana politik, di sebalik kesetiaan yang dicurahkan.

Dalam bingkisan ringkas kepada seorang teman menyatakan sesuatu yang tersirat, beliau mencatatkan:

“Bila seluang menodak baung, banyaklah lukanya dan luka boleh datang juga dari dalam pukat manakala resam jerung di luar pula tetap menyambar.”

-Kawan lebih mendekati kawan semasa kehilangan.

December 16, 2009

TABIK LAOS

Filed under: Catatan Santai — mediakelantan @ 4:36 am

`Tak seko’ (tak sangka) skuad Malaysia yang selalunya jadi budak belasahan melangkah ke perlawanan akhir bola sepak sukan Sea. Ia berlaku stadium di Vietiane itu yang sendat dipenuhi penyokong tuan rumah.

Di Kelantan semua peminat sukan itu pastinya tidak melepaskan peluang melihat pasukan Malaysia beraksi, biar pun tidak ke Laos kerana adanya siaran langsung yang masuk ke peti televisyen setiap rumah.

Tak seko, tak pula terjadi apa-apa di stadium itu untuk lebih mengasyikkan tontonan dan menggamatkan laporan media.

Tak kedengaran letupan mercun dan tak ternampak kelibat mereka membakar kerusi stadium, memecahkan pagar atau melontar botol ke arah pasukan lawan di tengah padang.

Yelah, pasukan mereka kalah tetapi boleh tahan juga perangai penduduk di negara anjung candi itu.

-Kawan yang sekadar jadi perantara.

ZIARAH YB TOKWAN SMAIL

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 4:34 am

Di kalangan ahli politik di negeri ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Pas)  Melor, Wan Ismail Wan Jusoh cukup akrab dengan rakan media.

Bekas ahli akademik yang pernah bertugas sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah melihat media perlu dimusuhi biarpun ada kalanya tidak menyenangkannya.

Wan Ismail tidak membataskan hubungan dengan media sekadar `sumber berita’ yang sesekali memberi kenyataan atau sesekali menjadi `bahan berita’ panas yang memaksakanya menyaman.

Namun beliau yang masih tetap menjadi sahabat bagi sebahagian daripada kita agak uzur kebelakangan ini akibat serangan hepatitis B semasa mengerjakan ibadat haji.

– Kawan sekadar mampu mendoakan kesejahteraannya.

SYABAS KAWAT

Filed under: Catatan Santai — mediakelantan @ 4:26 am

Kawan mengucapkan taniah kepada rakan-rakan di Terengganu yang memenangi Anugerah Kewartawanan Kawat-Exxonmobil 2009.

Syabas kepada jawatankuasa Kawat kerana tradisi tahunan itu dapat terus dijayakan dan majlis penganugerahan itu tentunya sentiasa dinanti-nantikan.

Ia mungkin seolah-olah bagai bonus tahunan kepada petugas-petugas media di negeri itu ketika mula melangkah ke tahun baru bersama azam baru.

Namun lebih daripada itu, anugerah seumpama itu biarlah dapat merangsangkan lagi untuk  meningkatkan mutu penulisan sejajar dengan perubahan zaman dan tuntutan keadaan.

Ia sekaligus diharap dapat membantu mengangkat kewibawaan petugas media di mata umum yang semakin kerap dipersoalkan. Memang sukar untuk menyuluh diri sendiri.

– Kawan yang tidak lupakan kawan.

December 5, 2009

Catatan Santai

Filed under: Catatan Santai — mediakelantan @ 9:48 pm
Tags: , , ,
MEMBACA KEPALA ANGIN
oleh Tok Wer

23 November. Ketika kemuncak orang pergi mengerjakan haji dan Tuan Guru sepatutnya sudah berada di tanah tanah suci tetapi gara-gara geger isu tajaan beratus ribu buat keluarga, ia terpaksa dilupakan.
Tempat di pejabatnya di Kota Darulnaim, ditemani menantunya peneraju PMBK. Di luar ketika itu hujan renyai. Kelantan dilanda banjir sekali lagi, ia suatu yang lumrah.
Langit kerap mendung, hujan mencurah dan sungai yang melimpah membawa sama lumpur dan sampah.
Ketika itu, mungkin bukan soal tersebut yang paling meresahkan dan menyedihkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tergambar dari raut wajahnya.
Namun musibah `lumpur’ dan `sampah’ politik yang terus menakung dalam persekitaran kepimpinan dan pentadbirannya mula memercik dan mencemari maruah dan keberkatan yang dijulang tinggi dan diyakini.
Beliau mengadakan sidang media. Di tangannya tergenggam akhbar lidah rasmi parti itu yang memuatkan laporan bahawa beliau diiktiraf sebagai individu Islam ke-42 paling berpengaruh di dunia bagi tahun ini.
Ia dilaporkan berdasarkan buku hasil kajian oleh satu pusat kajian strategik berpengkalan di Jordan yang menyenaraikan tokoh-tokoh Islam paling berpengaruh dalam lapangan.
Tetapi ketika itu beliau memaklumkan bahawa menantunya, Abdul Ariffahmi A. Rahman telah diarahkannya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.
Ia susulan kepada laporan kemunculan SPRM di PMBK mendapatkan dokumen yang dikaitkan dengan dana.
Pelantikan menantunya ke satu tahap lagi pada September lalu, awal dipertahankannya sebagai seorang yang layak bersesuaian dengan kelulusan dan pengalaman dengan hujah berlandaskan agama dan politik.
Jangan samakan dengan soal kroni seperti pemimpin lain.
Namun Nik Aziz tidak dapat pertahan atas `kebenaran’ pandangannya. Ia suatu keputusan yang pastinya cukup sukar yang perlu dilakukan setelah menerima pandangan kepimpinan Pas Pusat setelah mereka menemuinya sehari sebelum itu.
Kedatangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama beberapa pemimpin lain bukan lagi untuk menjelaskan pelbagai isu yang tidak disenangi Nik Abdul Aziz berkait dengan kepimpinan Pusat.
Kali ini tentunya soal perlunya Nik Abdul Aziz membersihkan keadaan seperti mana pernah timbul kenyataan Nik Aziz bahawa ada kalangan pemimpin Pusat yang dikatakan membawa sampah ke dalam parti.
Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengaitkan segala persepsi buruk berhubung dengan menantu yang dilantiknya sebagai suatu fitnah mainan blog dan diperbesarkan oleh media.
Media pula digolongkan dalam kumpulan namimah yang cuba mengaibkan nama dan keluarganya.
Namun isu yang berbangkit sebelum ini mungkin bukanlah sangat kerana pelantikan dianggap tidak sah ekoran pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menyatakan menantu atau anggota keluarga tidak boleh dilantik.
Kalau bukan menantu tokguru pun ia tentunya dilaporkan.
Ada yang lebih besar dari isu di permukaan itu. Tentang bagaimana PMBk diuruskan. Soal hala tuju PBMK yang cuba dibawa dan sejauh mana ia melibatkan kepentingan rakyat daripada kepentingan pihak-pihak lain.
Setakat mana pula keuntungan yang boleh disandarkan harap kepada kerajaan dan negeri dengan sekian banyak aset berharga diberikan kepada perbadanan itu.
Ada yang melihat sejauh mana pula keuntungan dari segi politik bagi Pas dan mungkin orang-orang tertentu.
Apatah lagi ia melibatkan banyak perancangan projek besar yang masih belum jelas tahap pencapaiannya, sedangkan segala projek diwar-warkan begitu gah.
Dengan tunjangan kuasa, pengaruh dan kewangan, ada yang PMBK
boleh mencatur siapa yang bakal lebih dipercayai oleh Nik Abdul Aziz selaku bakal pengganti. Bahang konflik semakin meruap dan ramai yang menunggu dalam diam agar ia meledak.
Setiausaha Politiknya, Anuar Bakri Haron baru-baru ini mencatatkan
kata-kata Nik Abdul Aziz yang pernah didengarnya, seolah-olah mengingatkan sesiapa yang belum `matang’, jangan cuba bermain politik kuasa.
” Saya sudah tua sekarang ini dan hanya boleh membaca kepala angin.  Apakah akan bertukar menjadi ribut atau membawa sama hujan berdasarkan pengalaman saya.”
Nampaknya Nik Abdul Aziz seolah-olah tidak semudah itu lagi untuk membaca kepala angin sehingga tidak sedar ribut bakal melanda.

Ruangan Baru – Catatan Santai

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 3:42 am
Tags: ,

Sebahagian dalam memantapkan pengisian laman blog rasmi Media Kelantan, satu kolum baru akan diperkenalkan…Catatan Santai..

Di sini, penulisan artikel berbentuk santai sama ada dalam nada kritis dan kritik mahupun jenaka akan dimuatkan untuk santapan dan diskusi bersama pembaca serta pengunjung setia laman ini..

Bahan-bahan artikel untuk ruangan ini boleh disumbangkan oleh sesiapa khususnya rakan-rakan di kalangan Media Kelantan. Bagi menambahkan warna dan perasa, penulisnya, masing-masing bebas sama ada mahu menggunakan nama sendiri atau nama pena.

Sebarang bahan dan maklumat penulisan adalah hak mutlak administrator laman ini dan pertimbangan akan dibuat terlebih dahulu sebelum artikel yang dihantar boleh disiarkan..

Kepada yang berminat boleh menghantar bahan secara terus kepada administrator melalui emel di mediakelantan@gmail.com..

December 3, 2009

MB selar media aibkan diri, keluarganya

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 8:24 am
Tags: , , , ,

KOTA BHARU  – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahkan media yang didakwa telah mengadu domba melalui pelbagai laporan dengan niat hendak mengaibkan diri dan keluarganya.

Beliau menyifatkan tindakan media itu seperti golongan ‘namimah’ iaitu orang yang suka melaga-lagakan orang lain dan sukar untuk dimaafkan.

Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai cerita mengenai dirinya dan keluarganya dipaparkan di media kebelakangan ini.

“Surat khabar menimbulkan Nik Aziz (buat) begitu, menantunya begini, bini dia, menantu dia nak ambil harta Kelantan. Mereka ini puak ‘namimah’, namimah ini bukan saja berdosa dengan Tuhan tapi juga dengan orang.

“Kalau kita berdosa dengan Tuhan kita minta ampun dengan Allah saja, tapi berdosa dengan orang kita bukan saja kena minta ampun dengan Allah tapi juga dengan orang dan jelaskan apa yang dibuat,” katanya.

Berucap pada majlis pertemuan dengan Dewan Pemuda Pas Kelantan di sini petang ini, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak mungkin memaafkan pihak media yang disifatkan suka mengadu domba.

“Sekarang kalau datang dan beritahu saya minta maaflah tok guru, kalau saya beri bolehlah. Kalau tidak (cari) maaf sendirilah.

“Kuasa Allah beri kepada manusia untuk jaga lima perkara antaranya air muka dan harta. Bukan kuasa Magna Carta, bukan kuasa PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu),” katanya.

Beliau menarik perhatian laporan mengenai doanya terhadap Perdana Menteri misalnya difokuskan kepada bala sahaja dan tidak kepada perkara baik yang disebutnya.

“Mereka tumpu pasal bala, mereka tak sebut saya minta Allah perbetulkan fikiran Najib tentang pemberian royalti,” katanya.

rentetan daripada isu-isu sebelum ini…sumber: Utusan

November 30, 2009

MB lashes out at media

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 5:33 am
Tags: , ,

Nik Aziz says he’ll never forgive reporters who pit him against others

KOTA BARU: Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat said he will never forgive journalists who pit him against others saying that those involved would never go to heaven.

The PAS spiritual adviser, who sounded sore over the barrage of newspaper reports on his botched Haj pilgrimage trip, his deposed son-in-law Abdul Ariffahmi Abdul Rahman and the purported resignation of his protege Datuk Husam Musa, added that such journalists were only interested to run down his honour and dignity.

“Journalists can write anything they like but if they were to ask for my forgiveness it is okay if I forgive them but if I refuse to accept their apology they will suffer in their graves,” he told reporters after attending a marriage ceremony in Panchor here yesterday.

Nik Abdul Aziz also defended his action to ask the people of Kelantan to pray for the demise of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak if he had bad intentions to deny the people of the oil royalty.

“I cannot see anything wrong with my actions if Datuk (Seri) Najib Tun Razak has bad intention to deny the people of Kelantan what is rightfully theirs.

“I had asked the people to pray to remove such bad intentions from the Prime Minister and there is absolutely nothing wrong with that,” he added.

He also said that he was willing to confront any Ulama who had criticized him for his remarks on Najib.

Nik Abdul Aziz said it was perfectly all right to ask God to defend oneself from cruel people adding that even Prophet Mohamad had prayed to God to defend himself from tyranny.

“When I do something I have my arguments and I don’t do anything without any foundation,” he added.

sumber: Star

abang administrator: dibuka untuk diskusi bersama..

Sambutan Aidiladha KAWAN

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 5:22 am
Tags: ,

 

Buat pertama kalinya, Kelab Wartawan Kelantan (Kawan) menganjurkan majlis korban pada hari raya kedua- Aidiladha di Pintu Gang, di sini.

Majlis tersebut dihadiri oleh Presiden Kawan, Wan Zulkifli Wan Yaacob dan para pengamal media di negeri ini bersama penduduk kampung.

 

Mujurlah penduduk kampung membantu menyembelih dan melapah bagi mempercepatkan agihan daging dan penyediaan juadah, jika tidak sampai ke petanglah bagi menyiapkan segalanya.

Seekor lembu ditumbangkan, selain diagih-agihkan, jamuan diadakan pada sebelah tengah hari di rumah petugas Utusan, puan Hapizah Aziz dengan jemputan terdiri daripada penduduk setempat.

 

Lembu sasa itu adalah sumbangan syarikat Digi Telecommunication (Digi), pengendali telekomunikasi terkemuka. Majlis diadakan bagi memupuk hubungan di antara wartawan, penduduk setempat dan Digi.

Sementara itu, Pengurus Digi Wilayah Timur, Jennifer Neal berkata, pihaknya menyumbang 10 ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha di negeri ini.

Beliau berkata, sebanyak lima ekor lembu itu dikorban di Masjid Ismail Petra, Tanah Merah manakala empat ekor lagi akan dikorbankan di Dataran Air Muleh, Pasir Mas.

 

Menurutnya daging korban itu juga akan diagih-agihkan kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan rumah-rumah kebajikan. Selain aktiviti kebajikan katanya, Digi melaksanakannya sebagai tanggungjawab sosial untuk masyarakat.

Katanya, langkah itu diharapkan dapat mengeratkan hubungan silatulrahim sesama anggota masyarakat kerana keseluruhan korban itu dilakukan secara gotong-royong.

 

Next Page »

Blog at WordPress.com.