Media Kelantan

December 16, 2009

ZIARAH YB TOKWAN SMAIL

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 4:34 am

Di kalangan ahli politik di negeri ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Pas)  Melor, Wan Ismail Wan Jusoh cukup akrab dengan rakan media.

Bekas ahli akademik yang pernah bertugas sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah melihat media perlu dimusuhi biarpun ada kalanya tidak menyenangkannya.

Wan Ismail tidak membataskan hubungan dengan media sekadar `sumber berita’ yang sesekali memberi kenyataan atau sesekali menjadi `bahan berita’ panas yang memaksakanya menyaman.

Namun beliau yang masih tetap menjadi sahabat bagi sebahagian daripada kita agak uzur kebelakangan ini akibat serangan hepatitis B semasa mengerjakan ibadat haji.

– Kawan sekadar mampu mendoakan kesejahteraannya.

November 30, 2009

Sambutan Aidiladha KAWAN

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 5:22 am
Tags: ,

 

Buat pertama kalinya, Kelab Wartawan Kelantan (Kawan) menganjurkan majlis korban pada hari raya kedua- Aidiladha di Pintu Gang, di sini.

Majlis tersebut dihadiri oleh Presiden Kawan, Wan Zulkifli Wan Yaacob dan para pengamal media di negeri ini bersama penduduk kampung.

 

Mujurlah penduduk kampung membantu menyembelih dan melapah bagi mempercepatkan agihan daging dan penyediaan juadah, jika tidak sampai ke petanglah bagi menyiapkan segalanya.

Seekor lembu ditumbangkan, selain diagih-agihkan, jamuan diadakan pada sebelah tengah hari di rumah petugas Utusan, puan Hapizah Aziz dengan jemputan terdiri daripada penduduk setempat.

 

Lembu sasa itu adalah sumbangan syarikat Digi Telecommunication (Digi), pengendali telekomunikasi terkemuka. Majlis diadakan bagi memupuk hubungan di antara wartawan, penduduk setempat dan Digi.

Sementara itu, Pengurus Digi Wilayah Timur, Jennifer Neal berkata, pihaknya menyumbang 10 ekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha di negeri ini.

Beliau berkata, sebanyak lima ekor lembu itu dikorban di Masjid Ismail Petra, Tanah Merah manakala empat ekor lagi akan dikorbankan di Dataran Air Muleh, Pasir Mas.

 

Menurutnya daging korban itu juga akan diagih-agihkan kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan rumah-rumah kebajikan. Selain aktiviti kebajikan katanya, Digi melaksanakannya sebagai tanggungjawab sosial untuk masyarakat.

Katanya, langkah itu diharapkan dapat mengeratkan hubungan silatulrahim sesama anggota masyarakat kerana keseluruhan korban itu dilakukan secara gotong-royong.

 

September 7, 2009

Majlis Bubur Lambuk Celcom – Kawan

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 5:27 am
Tags: , ,

Berlangsung sudah majlis yang dirancang ini dengan penuh lancar.. meriah dengan ramai yang hadir..

Jutaan terima kasih kepada pengurusan Celcom dan diketuai oleh Naib Presiden Celcom Wilah Timur, Datuk Sulaiman Ahmad yang sudi bersama Kelab Wartawan Kelantan untuk menganjurkan majlis ini..

Kpada yang hadir, ribuan terima kasih diucapkan..jangan serik-serik lagi datang..teruslah beri sokongan anda kepada komuniti ini..

Jom..layan gambar..

lambuk10

lambuk11

lambuk9

lambuk

August 5, 2009

Resepsi Hafiz, Shikin, Pokne dan Mimi

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 10:02 am
Tags:

resepsi007resepsi009

 

resepsi008

 

resepsi010

 

resepsi011

 

resepsi007

 

resepsi002

 

resepsi004

December 16, 2008

MFKC – Kuning Terus Gah

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 8:18 am

img_0253

img_0341

img_0301

img_0307

img_0315

img_0246

img_0233

Hari ini biar gambar ceritakan segalanya..abang administrator malas nak tulis apa-apa..hehehehe

November 25, 2008

Yang Hebat, Yang Punca dalam Futsal MKFC

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 2:49 am

HEBAT…Melayu kata.. MAGNIFICENT..orang putih kata..itulah gambaran yang boleh diberikan kepada dua pemain hebat MKFC yang menyarung jersi pasukan Kuning, Azran dan Haspaizi..kedua-dua pemain ini mempamerkan peningkatan mutu permainan yang mendadak dalam sesi latihan bebas malam semalam..secara automatik, mereka layak bergelar pasangan pemain terbaik kali ini..

Azran yang bertindak sebagai pemain tengah pasukan Kuning menjadi pemangkin kepada serangan pasukan ini..beberapa hantaran cantiknya kepada penyerang kembar, Wanfai dan Isma berjaya disudahi dengan jaringan gol..buat julung-julung kalinya, selepas mengharungi beberapa sesi latihan bebas, Azran juga berjaya menjaring gol..satu keajaiban..

Haspaizi pula bertindak sebagai penjaga gol bertindak tangkas dengan menampan kemas cubaan berbahaya daripada pasukan Merah yang diterajui oleh pakar sepakan deras, Rahman dan penyerang bidan terjun, Bob..meskipun bertubuh agak besar, Haspaizi seakan-akan ‘anjal’ untuk menahan sepakan-sepakan daripada pasukan lawan..

n1399808484_16690_5213

Kebiasaannya kedua-dua pemain ini digelar oleh rakan sepasukan sebagai punca..tapi bertukar menjadi Hero..ada juga bunyi-bunyi pemain punca semalam adalah Wanfai…dia langsung tak berjaya menjaringkan gol biarpun penjaga gawang pasukan lawan, Hakim, hanya bertubuh kecil saja..sebab katanya dia hanya makan burger saja sejak dari tengahari sebagai alas perut bawak ke malam…kira lapar, tak boleh nak masin sangat la..

Sesi perlawanan semalam diakhiri dengan pasukan Kuning berjaya menundukkan pasukan Merah dengan defisit satu gol..(abang admin tak sempat kira berapa jumah jaringan keseluruhan)..untuk keputusan tidak rasmi (harap maklum), Bob ditabalkan sebagai penjaring gol terbanyak semalam dengan jumlah 6 gol…

Pemain-pemain MKFC juga diberi amaran keras oleh penyelaras latihan, Rahman supaya menurunkan berat badan masing-masing yang dilihatnya sudah terlebih daripada yang sebaiknya..ia ekoran pasukan MKFC kekurangan pemain yang mempunyai daya kepantasan yang diperlukan dalam permainan futsal..setiap pemain yang terlebih berat perlu menurunkan berat badan masing-masing di bawah 65 kilogram dalam tempoh 2 minggu sebagai persiapan perlawanan pra-musim liga media tahun depan…

Majulah Sukan Untuk Turunkan Berat Badan..

November 18, 2008

Futsal MKFC Seperti Biasa

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 6:58 am

Keputusan seri dicatatkan semalam dalam sesi latihan bebas futsal MKFC malam semalam apabila pasukan Kuning dan Merah terikat dengan jaringan 12-12..

Dengan kehadiran ahli pasukan yang memberangsangkan termasuk abang admin sendiri, permainan yang ditonjolkan juga semakin mantap..daripada yang ada boleh digelar kaki bangku, semakin pandai menyepak, menggelecek seterusnya menjaringkan gol..mungkin disuntik dek kemenangan yang bergaya dicatatkan pada minggu lalu ketika menentang pasukan Klate Dot Net..

Kata sepakat dicapai semalam apabila mengiktiraf Hafiz (Bernama TV) dari pasukan Merah sebagai penjaring gol terbanyak dengan menyumbat 7 gol…semangat beliau banyak mempengaruhi ahli pasukan yang lain untuk bermain dengan lebih mantap lagi..

Untuk minggu ini juga persidangan meja empat segi (bukan dari abang admin) membabitkan ahli pasukan Kuning dan Merah juga bersetuju menghadiahkan Pemain Terburuk ekoran prestasi yang semakin merundum dari minggu ke minggu (hanya dia seorang saja)..pemain yang diberi anugerah untuk kali pertama adalah Azran dari pasukan Kuning..

Misteri juga berlaku dalam sesi latihan semalam apabila buat kali pertamanya penjaga gol harapan pasukan Merah, Bob tidak menunjukkan muka dan kaki di gelanggang latihan..puas ditelefon, teks khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar namun tidak berjawab, hanya sunyi dan sepi..ramai yang tertanya ke mana bob pergi di malam-malam hari itu..

November 11, 2008

MKFC Menang Bergaya

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 6:50 am

kkb_futsal-media

PASUKAN  Kelantan.net FC menjadi mangsa pertama skuad  Media Kelantan FC (MKFC) dalam siri perlawanan persa habatan futsal di Arena Futsal Pengkalan Chepa, semalam.

Kemenangan bergaya MKFC dengan jaringan 16-13 keatas  Kelantan.net FC  sebagai penyuntik semangat pemain untuk  menempuh cabaran perlawanan persahabatan yang seterus nya.

Skuad MKFC bermula garang menerusi dua penyerangnya  iaitu Zulhanifa Sidek dan Mohd. Raziqin Azid apabila masing  -masing menyumbang dua gol bagi meletakkan pasukan  itu  didepan dengan kedudukan 4-0.

Serangan bertali arus dengan beberapa rembatan kencang  oleh Wan Faizal dan Isma Mohd turut membuahkan hasil   pasukan MKFC sehingga  berjaya mendahului dengan selesa 6-0  sebelum tamat separuh masa pertama.

Ketangkasan penjaga gol MKFC, Khari Mohamad juga me mainkan peranan penting untuk menghampakan percubaan  pasukan lawan.

Namun pada separuh masa kedua, kebangkitan mula di pamerkan oleh pasukan Kelantan.net FC yang berjaya me rapatkan jurang gol untuk menjadikan kedudukan 6-4.

Begitupun, pemain MKFC tidak mematahkan semangat dan  terus melancarkan serangan dan akhirnya mereka menamatkan  perlawanan dengan kemenangan 16-13.

Sementara itu Pengurus pasukan MKFC, Azran Fitri Rahim  berkata, kemenangan itu adalah hasil usaha dan kerjasama  pemain MKFC yang giat melakukan latihan pada setiap hari  Isnin.

“Walaupun dihimpit dengan kesibukan, pemain masih lagi  mampu turun padang untuk menjalani latihan dan semangat  kesukanan sebegini harus dipupuk,” katanya.

Tambahnya, kepada pasukan yang berminat untuk me ngadakan perlawanan persahabatan dengan skuad MKFC bo lehlah menghubungi ditalian 09- 7461619.

November 6, 2008

KAWAN lawat Ketua Polis Kelantan

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 8:48 am
Bersama Geng Kawan

Bersama Geng Kawan

Hari terakhir sebelum Ketua Polis (KP) Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, gang Kawan sempat melawat beliau..terikat dengan kerja, tidak sempat untuk menjenguk beliau lebih awal.

Bagaimanapun, KP selamat menjalani pembedahan ‘engoram’ (tak tau la betul ke tak aku taip ni) atau orang klate panggil tembak belon untuk mengurangkan kesakitan yang dihadapinya..

Beliau juga sempat menasihatkan Bidi, Ishak dan Azran supaya berhenti merokok bagi mengelak daripada terkena sepertinya…beliau juga memuji Hafiz dan Hakim kerana tidak merokok (hehehehee)..bagos katanya, rokok membahayakan kesihatan..

Ekoran itu,  kedengaran KP berkata untuk berhenti merokok dan berjanji tidak akan menyentuh rokok serta menghisap walaupun sebatang atau separuh..bersungguh nampaknya..

jadi, anda yang lain, bila lagi ?????

November 4, 2008

FUTSAL MKFC – KUNING catat kemenangan ketiga berturut-turut

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 8:35 am

futsal

PADANG TEMBAK _ Pasukan Kuning terus menunjukkan keunggulannya apabila mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut ke atas musuh tradisinya Merah pada pertemuan di Arena Futsal malam kelmarin.

Skuad yang mendapat jolokkan ‘Yellow Submarine’ itu menewaskan Merah dengan 16-15.

Kemenangan itu dicatatkan hasil daripada kerjasama dan semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh setiap anggota pasukan terutama Lee Beras.

Kehadiran Rahmang Sinar tidak mampu untuk menyekat kemaraan Kuning dari terus merobek pintu gol lawan.

futsal3

Pasukan yang dikepalai oleh Isma Neves telah menunjukkan kecemerlangan dari awal lagi, selepas mendahului dengan jaringan lima gol berbalas kosong.

Bagaimanapun corak permainan ‘Kijang Merah’ sedikit berubah dengan kehadiran perancang utama mereka, Mikah pada pertengahan permainan tetapi ia masih tidak mampu untuk menahan asakan bertali arus dari pasukan kegemaran kumpulan The Beetles.

Gandingan Isma Neves, Wanfai dan Zul berjaya mengkucar kacirkan dan membuatkan Bob gelisah sepanjang perlawanan. Bob dikatakan mengalami kecederaan betis dan meminta bantuan daripada Sheila untuk pulih secepat mungkin bagi menghadapi perlawanan seterusnya yang akan berlangsung di Alliance Arena minggu depan.

Difahamkan Pok Neng dan Hafiz tidak dapat menahan sebak kerana terlalu kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan mereka.

Penjaring terbanyak malam tadi ialah Zul dengan tujuh gol dan tiada calon untuk pemain terbaik kerana semua pemain kuning telah menunjukkan prestasi terbaik sehingga sukar untuk panel penilai yang diketuai oleh Peter Butler untuk memilih.

zul-baru11

Dalam pada itu, seorang pemerhati bola sepak tempatan, Wak Bakar berpendapat Yellow Submarine boleh mencatat kemenangan lebih besar sekiranya Kijang Merah tidak menggunakan taktik kotor.

“Ambo tengok ke… tak dak gapo-gapo pasukan kuning… eh silap pasukan merah nie… cuma die gune taktik kotor yang dirancang oleh ketua pasukannya Bob.

“Dia sengaja cepatkan game sebab ke boleh pinjam pemain kuning dulu, lepas player kuning letih baru player dia sampai, ambo tengok nie adil tak aci la main lagu tu,” katanya sambil bersin.

Beliau turut mengesyorkan kepada pasukan merah supaya mengugurkan Rahmang kerana tidak cergas dan mengalami masalah berat badan walaupun menjaringkan lima gol.

“Ambo tengok ke… Rahmang nie boleh main… gaya ada tapi badan besar sangat… terutama kat punggung.

“Satu lagi ambo minta supaya Bob meletak jawatan kerana gagal membimbing anak buahnya… tidak ada disiplin langsung, tak dok gapo-gapo…,” katanya.

habis.

Next Page »

Blog at WordPress.com.