Media Kelantan

November 25, 2008

Yang Hebat, Yang Punca dalam Futsal MKFC

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 2:49 am

HEBAT…Melayu kata.. MAGNIFICENT..orang putih kata..itulah gambaran yang boleh diberikan kepada dua pemain hebat MKFC yang menyarung jersi pasukan Kuning, Azran dan Haspaizi..kedua-dua pemain ini mempamerkan peningkatan mutu permainan yang mendadak dalam sesi latihan bebas malam semalam..secara automatik, mereka layak bergelar pasangan pemain terbaik kali ini..

Azran yang bertindak sebagai pemain tengah pasukan Kuning menjadi pemangkin kepada serangan pasukan ini..beberapa hantaran cantiknya kepada penyerang kembar, Wanfai dan Isma berjaya disudahi dengan jaringan gol..buat julung-julung kalinya, selepas mengharungi beberapa sesi latihan bebas, Azran juga berjaya menjaring gol..satu keajaiban..

Haspaizi pula bertindak sebagai penjaga gol bertindak tangkas dengan menampan kemas cubaan berbahaya daripada pasukan Merah yang diterajui oleh pakar sepakan deras, Rahman dan penyerang bidan terjun, Bob..meskipun bertubuh agak besar, Haspaizi seakan-akan ‘anjal’ untuk menahan sepakan-sepakan daripada pasukan lawan..

n1399808484_16690_5213

Kebiasaannya kedua-dua pemain ini digelar oleh rakan sepasukan sebagai punca..tapi bertukar menjadi Hero..ada juga bunyi-bunyi pemain punca semalam adalah Wanfai…dia langsung tak berjaya menjaringkan gol biarpun penjaga gawang pasukan lawan, Hakim, hanya bertubuh kecil saja..sebab katanya dia hanya makan burger saja sejak dari tengahari sebagai alas perut bawak ke malam…kira lapar, tak boleh nak masin sangat la..

Sesi perlawanan semalam diakhiri dengan pasukan Kuning berjaya menundukkan pasukan Merah dengan defisit satu gol..(abang admin tak sempat kira berapa jumah jaringan keseluruhan)..untuk keputusan tidak rasmi (harap maklum), Bob ditabalkan sebagai penjaring gol terbanyak semalam dengan jumlah 6 gol…

Pemain-pemain MKFC juga diberi amaran keras oleh penyelaras latihan, Rahman supaya menurunkan berat badan masing-masing yang dilihatnya sudah terlebih daripada yang sebaiknya..ia ekoran pasukan MKFC kekurangan pemain yang mempunyai daya kepantasan yang diperlukan dalam permainan futsal..setiap pemain yang terlebih berat perlu menurunkan berat badan masing-masing di bawah 65 kilogram dalam tempoh 2 minggu sebagai persiapan perlawanan pra-musim liga media tahun depan…

Majulah Sukan Untuk Turunkan Berat Badan..

4 Comments »

  1. Azran patut kena kad kuning semalam kerana menghalang pergerakan penyerang lincah pasukan merah, bob. Malangnya, pengadil gagal mengesan insiden tersebut….

    Comment by Tarabas — November 25, 2008 @ 4:43 am

  2. Bob berjaya membuktikan beliau pemain paling versatil dan bernilai dalam pasukan red roses kerana disamping cemerlang mengawasi gawang beliau juga mampu menjaringkan gol-gol penting. Ketajamannya perlu diberi perhatian oleh pasukan Yellow Submarine…Ura-ura beliau akan diserapkan ke bahagian serangan MKFC dan akan melepaskan tanggungjawab penjaga gawang kepada pemain lain…

    Comment by Gong Chan — November 25, 2008 @ 4:47 am

  3. liat paizi nak lepas gol..kaget aku tiba2 jd handal..tgk azran sepak bola, kecut perut aku..

    Comment by manlukeman — November 25, 2008 @ 6:16 am

  4. cubalah korang pelbagaikan kegiatan sukan, ni dari awal sampai leni, takde lain…futsalllll memanjang, tak boring ke orang baca? Meh sini, kita pakat lawan boling pula pada 7hb Disember ni kat Pacific Bowl, pakat hantar team setiap media, tengok siapa jaguh longkang. Lapor diri segera kepada Saudari Normie Sinar Harian. Yang terlewat tu bayar sendiri. hadiah lumayan gilerrrr……..jangan lupa juga lawat blog kami di http://www.sportnityclub.wordpress.com…….cau…..

    Comment by sportnityclub — November 30, 2008 @ 8:51 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: