Media Kelantan

November 18, 2008

Futsal MKFC Seperti Biasa

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 6:58 am

Keputusan seri dicatatkan semalam dalam sesi latihan bebas futsal MKFC malam semalam apabila pasukan Kuning dan Merah terikat dengan jaringan 12-12..

Dengan kehadiran ahli pasukan yang memberangsangkan termasuk abang admin sendiri, permainan yang ditonjolkan juga semakin mantap..daripada yang ada boleh digelar kaki bangku, semakin pandai menyepak, menggelecek seterusnya menjaringkan gol..mungkin disuntik dek kemenangan yang bergaya dicatatkan pada minggu lalu ketika menentang pasukan Klate Dot Net..

Kata sepakat dicapai semalam apabila mengiktiraf Hafiz (Bernama TV) dari pasukan Merah sebagai penjaring gol terbanyak dengan menyumbat 7 gol…semangat beliau banyak mempengaruhi ahli pasukan yang lain untuk bermain dengan lebih mantap lagi..

Untuk minggu ini juga persidangan meja empat segi (bukan dari abang admin) membabitkan ahli pasukan Kuning dan Merah juga bersetuju menghadiahkan Pemain Terburuk ekoran prestasi yang semakin merundum dari minggu ke minggu (hanya dia seorang saja)..pemain yang diberi anugerah untuk kali pertama adalah Azran dari pasukan Kuning..

Misteri juga berlaku dalam sesi latihan semalam apabila buat kali pertamanya penjaga gol harapan pasukan Merah, Bob tidak menunjukkan muka dan kaki di gelanggang latihan..puas ditelefon, teks khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar namun tidak berjawab, hanya sunyi dan sepi..ramai yang tertanya ke mana bob pergi di malam-malam hari itu..

5 Comments »

  1. tahniahlah kepada kedua-dua pasukan…ye ke azran mendapat pengiktirafan itu..cadangan kepada abang admin supaya sertakan sekali gambar azran tu sebagai menghargai pengiktirafan itu….

    p/s: lelong..lelong..lelong (azran faham2 je la)

    Comment by ismaNEVES — November 18, 2008 @ 8:58 am

  2. senyap je abg azran..xnk komen ker..muahahahaha…

    Comment by manlukeman — November 19, 2008 @ 5:27 pm

  3. apa pulak seri..senang2 jer bg seri..team merah menang 15-12..xreti kira ke?

    Comment by dewa20 — November 20, 2008 @ 9:10 am

  4. Setiap kali lawan mst lebih 10 gol…ni de mou ker mst lbh 10 gol..kelate patut wat selection player mkfc ni tok skuad futsal felda fam

    Comment by CikguR — November 20, 2008 @ 2:17 pm

  5. MU panggil bob balik..

    Comment by CikguR — November 20, 2008 @ 2:19 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: