Media Kelantan

November 11, 2008

MKFC Menang Bergaya

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 6:50 am

kkb_futsal-media

PASUKAN  Kelantan.net FC menjadi mangsa pertama skuad  Media Kelantan FC (MKFC) dalam siri perlawanan persa habatan futsal di Arena Futsal Pengkalan Chepa, semalam.

Kemenangan bergaya MKFC dengan jaringan 16-13 keatas  Kelantan.net FC  sebagai penyuntik semangat pemain untuk  menempuh cabaran perlawanan persahabatan yang seterus nya.

Skuad MKFC bermula garang menerusi dua penyerangnya  iaitu Zulhanifa Sidek dan Mohd. Raziqin Azid apabila masing  -masing menyumbang dua gol bagi meletakkan pasukan  itu  didepan dengan kedudukan 4-0.

Serangan bertali arus dengan beberapa rembatan kencang  oleh Wan Faizal dan Isma Mohd turut membuahkan hasil   pasukan MKFC sehingga  berjaya mendahului dengan selesa 6-0  sebelum tamat separuh masa pertama.

Ketangkasan penjaga gol MKFC, Khari Mohamad juga me mainkan peranan penting untuk menghampakan percubaan  pasukan lawan.

Namun pada separuh masa kedua, kebangkitan mula di pamerkan oleh pasukan Kelantan.net FC yang berjaya me rapatkan jurang gol untuk menjadikan kedudukan 6-4.

Begitupun, pemain MKFC tidak mematahkan semangat dan  terus melancarkan serangan dan akhirnya mereka menamatkan  perlawanan dengan kemenangan 16-13.

Sementara itu Pengurus pasukan MKFC, Azran Fitri Rahim  berkata, kemenangan itu adalah hasil usaha dan kerjasama  pemain MKFC yang giat melakukan latihan pada setiap hari  Isnin.

“Walaupun dihimpit dengan kesibukan, pemain masih lagi  mampu turun padang untuk menjalani latihan dan semangat  kesukanan sebegini harus dipupuk,” katanya.

Tambahnya, kepada pasukan yang berminat untuk me ngadakan perlawanan persahabatan dengan skuad MKFC bo lehlah menghubungi ditalian 09- 7461619.

11 Comments »

  1. tahniah kepada team MKFC kerana berjaya menundukkan team Kelantan.net FC…
    tahniah………tahniah……..satu permulaan yang baik……harapkan kekalkan prestasi itu untuk menempuh perlawanan yang akan datang….muahh.

    Comment by peminat MKFC — November 12, 2008 @ 2:26 am

  2. chewahh..ajakla lg team ni..dia mesti nak balas dendam dek kekalahan yg agak memalukan ini..abg adm xmain lg tuhh..aritu xnak main..mcm2 alasan..dahla bola tu disembunyikan dlm keta..taktik licik..tp ini membuktikan tanpa perancangpun (kunun2nye la) kita tetap menang bergaya..kehkehkeh..

    Comment by dewa20 — November 12, 2008 @ 7:07 am

  3. tahniah … tunggu kehadiran kami ke kota bharu. Atau, jika tuan tidak sabar, jemputlah datang ke Terengganu. Kita lawang!

    Comment by kelab wartawan terengganu — November 12, 2008 @ 5:38 pm

  4. terima kasih pada media ganu..abang admin mana reti main futsal

    Comment by mediakelantan — November 13, 2008 @ 8:04 am

  5. alah..abang admin tak reti ke..takut bini..jgn sampai bola kelab bini belah sudah..dah takde duit nak beli

    Comment by ismaNEVES — November 13, 2008 @ 10:18 am

  6. rindu dengan komen Rozita..mungkin skrg tgh sibuk shooting ni…byk hari dia tak call ni…

    Comment by ismaNEVES — November 13, 2008 @ 10:20 am

  7. aik..abg admin pulak yg kena

    Comment by mediakelantan — November 14, 2008 @ 6:55 am

  8. Jangan lupa malam nie berlatih……………………..kita ade perlawanan persahabatan selepas ini. Harap2 kepada semua pemain dapat hadir…….kehadiran anda amat dialu-alukan.

    Comment by Coach MKFC — November 17, 2008 @ 1:52 am

  9. Patutla mene,,,import keeper n striker MU..bilo pulok keeper MU debob lagu tu..

    Comment by CikguR — November 18, 2008 @ 2:21 am

  10. cikgu r cuti sekolah dah nie… meh la join kita orang beraksi… kalau berani le…

    Comment by tukang canang — November 18, 2008 @ 11:43 am

  11. Lepas raya aji,,,kawe keno kursus 3minggu..6 dis baru abis..gomo la dulu,nati kawe join..

    Comment by CikguR — November 20, 2008 @ 2:13 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: