Media Kelantan

January 13, 2010

Alahai Dr. Rosli…

Filed under: Catatan Santai — mediakelantan @ 4:13 am
Tags:

Baru-baru ini,(sebelum peristiwa lebih kusut melingkari kehidupan peribadinya) kami terima mesej ringkas dr. Rosli Allani tentang sidang media yang akan dilakukan menyentuh `penjelasan’ dan `perletakkan jawatan’.

Awalnya kami menyangka beliau ingin menjelaskan mengenai kenyataannya berhubung cadangan Dewan Pemuda Pas menggesa bos PMBK meletakkan jawatan segera dan kenapa membatalkan mesyuarat dengan tiba-tiba.

Juga soal mengapa beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas dengan tiba-tiba.

Tentunya telahan kami kerana tekanan yang dihadapi apabila begitu berani membuat kenyataan yang mungkin ditepis dengan
keras oleh MB.

Rupanya kami salah jangkaan. Di Restoran New Horizon, dalam nada suara yang agak tersekat tetapi laju beliau membacakan kenyataan akhbar.

Beliau menjelaskan mengenai status perkahwinan keduanya yang di bawa ke mahkamah oleh mertua dan perletakkan jawatannya bagi menjaga maruah parti.

Sambil itu kerana tersentuh dengan laporan media berhubung kes yang dikatakan mengaibkannya, beliau akan menyaman Utusan Malaysia, Harian Metro, bapa mertua dan peguam yang mewakili.

Beliau kemudiannya meminta izin berlalu dan meninggalkan kami bersama dua meja penuh hidangan yang ditempah.

– Kawan jadikan majlis raikan saman dan mendoakan kebahagiannya.

January 11, 2010

Alahai Anual…

Filed under: Uncategorized — mediakelantan @ 6:10 am

Rakan kita Anual Bakhri yang banyak membantu, sudah tidak lagi menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan yang disandang sejak 1999. Beliau diminta berhenti.

Beliau sering memudahkan urusan terutama jika ingin menemuramah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Mat ketika kami memohon beliau mencuri sedikit ruang masa untuk kami mencelah di mana sahaja.

Bagi kami, Anual yang berambut ikal yang sedikit mencecah bahu dan mencintai dunia sastera itu terpaksa membayar harga yang tinggi
kerana politik, di sebalik kesetiaan yang dicurahkan.

Dalam bingkisan ringkas kepada seorang teman menyatakan sesuatu yang tersirat, beliau mencatatkan:

“Bila seluang menodak baung, banyaklah lukanya dan luka boleh datang juga dari dalam pukat manakala resam jerung di luar pula tetap menyambar.”

-Kawan lebih mendekati kawan semasa kehilangan.

Blog at WordPress.com.