Media Kelantan

September 18, 2008

Perhatian dan Pertolongan

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 9:04 am

Nampaknya blog ini sudah mula mendapat perhatian dan sambutan daripada semua terutamanya rakan-rakan media kelantan..masing-masing cukup seronok menghantar komen pada setiap ‘post’ yang dipaparkan..apa-apa pun terima kasih daripada administrator..

Seperkara yang turut ingin dinyatakan di sini, kepada semua rakan-rakan media Kelantan yang ingin menyumbang bahan kepada blog ini, amat dialu-alukan..pertolongan anda amat diperlukan bagi mengelak daripada blog ini daripada menjadi ‘kosong’ dan berzama-zaman tidak diupadatekan..sebahagian kepada corat-coret mengisi blog kita..story pun boleh..gambar pun boleh..untuk tujuan itu, bahan-bahan itu boleh dihantar ke

mediakelantan@yahoo.com

Administrator akan mempertimbangkan bahan-bahan itu untuk disiarkan denagn perlu mendapat kebenaran daripada PENTADBIRAN Kawan terlebih dahulu..

Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada semua yang melayari blog ini..

September 15, 2008

Media Kelantan Takluk Perairan

Filed under: Candid Camera — mediakelantan @ 9:24 am
Mendarat di Pulau Perhentian

Mendarat di Pulau Perhentian

Kelajuan 31 Knot menaiki Kilat 28

Kelajuan 31 Knot menaiki Kilat 28

Laksamana Komander Hafiz (kanan) memberi arahan

Laksamana Komander Hafiz (kanan) memberi arahan

14 September lalu, rakan media menerima pelawaan buat julung-julung kalinya daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ke-10 Tok Bali untuk melakukan pelupusan dua buat bot kapal di Perairan untuk dijadikan tukun tiruan.

Media juga berpeluang untuk berbuka bersama-sama 28 krew kapal KM Amanah yang dikepalai oleh Pegawai Pemerintahnya, Leftenan Koman der Maritim Engku Shuhaimi Engku Daek dan Ketua Penguatkuasa APMM Tok Bali, Komander Rozali Mohd. Said di kawasan perairan Pulau Perhentian.

Sejurus selepas itu, para media yang diketuai oleh Abe Nor mengambil alih kapal tersebut seterusnya menakluk kawasan perairan dari Tok Bali hingga ke Kuala Terengganu..

Percaya atau tidak..lu fikirlah sendiri..

September 11, 2008

Berbuka Puasa Media Kelantan

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 3:34 am
Gambar ihsan Hafiz Johari
Antara yang hadir..nampak juga Presiden Kawan

Antara yang hadir..nampak juga Presiden Kawan

Geng-geng yang tak sabar nak berbuka

Geng-geng yang tak sabar nak berbuka

Gang-gang 'Emas'

Gang-gang 'Emas'

Gang-Gang 'Segar'

Gang-Gang 'Segar'

Masing-masing melepaskan gian seharian

Masing-masing melepaskan gian seharian

Mungkinkah Fizi beralih angin ke akhbar itu..Wan Faizal pula naik berang

Mungkinkah Fizi beralih angin ke akhbar itu..Wan Faizal pula naik berang

September 8, 2008

Idola Klate

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 7:26 am
Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

Ambo baik sajo (itu agak ye Tok Guru cakap)

Ambo baik sajo (itu agak ye Tok Guru cakap)

Gambar ihsan – Hafiz Johari (Photographer Utusan/Kosmo!)

Siapa yang tak puasa ??

Filed under: Candid Camera — mediakelantan @ 7:09 am
Puas kena nasihat, tak nak dengar..siang-siang buat perangai

Puas kena nasihat, tak nak dengar..siang-siang buat perangai

Bagai Lalat Menghurung

Filed under: Candid Camera — mediakelantan @ 7:06 am
Lapar berita masing-masing..tengok la sendiri kawan-kawan

Lapar berita masing-masing..tengok la sendiri kawan-kawan ni

September 3, 2008

Mercun Kastam dan Skandal

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 4:55 am
Khusyuk masing-masing dengar cerita Tuan Azis

Khusyuk masing-masing dengar cerita Tuan Azis

Nasib la ada Kastam yang rajin nak buat PC pasal mercun biarpun sikit saja jumlah rampasannya..ada juga story nak buat untuk isi page..Terima kasih la kepada Pengarahnya, Aziz Yacob…bersemangat betul nak bagi PC..meskipun ada berbunyi di kalangan pegawainya..Sikit saja jumlah rampasan, pengarah nak jugak buat PC..

Berkejar la masing-masing ke Pejabat KDRM di Lubuk Bongor..mujur dekat..bila sampai je tadi, masing-masing muka ceria saja..macam tak puasa pulak..hehehe..bukan apa..dah masuk hari ke-3 Ramadhan, takkan letih lagi

PC punya PC…jumlah rampasan RM5,360..maklumat lain..bla..bla..bla..Tuan Azis memang banyak bercakap seperti biasa..budak-budak reporter lak memang suka layan dia bercakap..sampai pulak geng RTM..terlambat sikit..katanya ada meeting..dia orang nipun datang buat coverage bagi ucapan Salam Aidilfitri untuk kakitangan awam..Kak Num ni tak offer ke media pulak buat ucapan Selamat Hari Raya…ahahahaha..

Dah habis tugasan, masing-masing tak nak balik lagi..pelik la..apa yang ditunggu lagi..nak mercun agaknya..ikutla..si Pokne dengan Zul mula angkat kaki..Secara tidak semena-mena, datang seorang pegawai Kastam..perempuan tu beb..comel la pulak..tegur Pok Ne..borak punya la rancak macam dah lama kenal…rupa-rupanya, si Pokne ada ‘mata air’ budak Kastam..hhhaaa..kene scoop la korang..si Zul pun naik hairan…bila pulak dia orang berdua ni kenal..mungkin Pok Ne rajin cover Kastam sebab tula boleh kenal..biarla..kita doa mereka berdua bahagia..

Lensa Zul berjaya merakam detik manis ini

Lensa Zul berjaya merakam detik manis ini

September 2, 2008

Asignment di Bulan Ramadhan

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 4:46 am

Bila tiba bulan puasa, asignment pun macam ‘berpuasa’ gak..dalam diari tugasan tu pun, macam ade takde je ke mana nak pergi untuk hari-hari yang mendatang dalam bulan Ramadhan..paling busuk pun..majlis berbuka puasa..balik-balik, program ni la tiap-tiap..ada sampai langsung takde program atau aktiviti apa-ape pun..teruk juga gang media Kelantan nak cari story bagi mengisi page Local masing-masing..

Hari kedua berpuasa (hari nila), ade satu je asignment..kebetulan melibatkan Tok Guru Menteri Besar Kelantan..jadinya, semua reporter menyerbu ke sana..sambil masing-masing terpinga-pinga nak buat stori ape..tajuk asignment ye..SEMINAR Integriti..alahai..jemu orang nak bace bende ni..

Dengan masing-masing muka letih, duduk lah bersila kat luar Dewan Teratai tadi..Si Ishak, Nik Zaidi, Cik Pah, Mek Miza, Shiau Wei, Lin dan Kak Mah..tengah duk fikir apa soalan nak tanya pada Tok Guru..masing-masing dh keletihan macam tak berbuka semalam (kecuali Shiau Wei dan Lin)..si Khairul saja yang setia duduk dalam dewan mendengar ucapan Tok Guru yang panjang lebar..yang si Azran pulak..siap boleh datang lambat..baru hantar orang rumah kot…terlepas langsung program ini..nasib la kawan-kawan ada..hehehehee..

Bulan puasa ini menuntut para media menjadi lebih kreatif dan bijak untuk mencari story sendiri yang bercorak human interest..tapi nak buat benda ni pun bukan senang..kena lak berpuasa..letih wwooo..yang lebih bijak..kalau masing-masing berkongsi story..lagi best..all for one..one for all…hehehehhee..

ala..bulan puasa ni tak payah nak scoop..bak kata zabidi dalam dialek Perak..renti-rentikan la yeop..rentikan la..

Create a free website or blog at WordPress.com.