Media Kelantan

August 30, 2009

Bubur Lambuk Adunan KAWAN dan CELCOM

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 7:38 am
Tags: , ,

Untuk makluman rakan-rakan semua..Celcom bersama-sama Kelab Wartawan Kelantan (KAWAN) akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersempena Ramadhan 1430 kali ini..

Selain majlis berbuka puasa, atucara majlis juga akan lebih meriah dengan slot penyediaan bubur lambuk disusuli pengagihannya kepada masyarakat setempat..

Berikut adalah perincian mengenai majlis tersebut..

Tarikh :  5 September 2009 bersamaan 15 Ramadhan

Tempat:  Masjid Kampung Tembesu, Limbat, Pasir Tumboh, KB

Masa/Atucara:  4 ptg – Pembahagian bubur lambuk kepada masyarakat.

                                4.30 ptg – Solat Asar berjemaah

                                6.30 ptg – Majlis Tahlil dan Takzirah

                                                  – Berbuka Puasa dan Solat Maghrib

 

Turut hadir adalah Naib Presiden Celcom Wilayah Timur, Datuk Sulaiman Ahmad dan Presiden KAWAN, Wan Zulkifli Wan Yaakob.

Bagi menjadikan pengisian atucara lebih bermakna, diharap kepada semua rakan-rakan dapat menghadirkan diri mengikut waktu yang ditetapkan di atas..ia juga sebagai tanda sokongan anda semua kepada program yang dianjurkan..

Kehadiran rakan-rakan media di sini sangat dialu-alukan…

Terima Kasih..

August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 9:46 am
Tags:

Kepada rakan-rakan media sekalian, esok Ramadhan datang lagi..bulan yang dirindui oleh rakan-rakan sekalian..bulan penuh barakah dan seribu kemuliaan..

Abang administrator mewakili KAWAN ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..penuhilah ia dengan pengisian ibadah..

Maaf juga dipinta atas segala kesilapan dan kekurangan Pengurusan Kawan dan Blog ini..halalkan makan dan minum..

Akhir kata, jangan tak puasa..hehehehe

August 9, 2009

Kenyataan dari Wakil Kerajaan Negeri Kelantan

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 8:27 am
Tags: ,

KOTA BHARU – Penganjur rombongan misi royalti anjuran kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakerawala, kira-kira 150 kilometer dari muara Pengkalan Kubor di Tumpat mendakwa faktor cuaca punca kelewatan bot nelayan yang dinaiki kumpulan media tiba di perairan negara.
Jawatankuasa penganjur, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, artikel Kosmo 7 Ogos lalu bertajuk ‘misi royalti bertukar misi maut’ membawa konotasi negatif kepada kejayaan misi royalti anjuran kerajaan negeri pada 4 hingga 5 Ogos lalu.
Menurutnya, peserta dimaklumkan perjalanan menaiki bot yang disewa mengambil masa lapan hingga sembilan jam untuk tiba ke kawasan pelantar Cakerawala.
“Namun perjalanan pulang mengambil masa lebih lama disebabkan hujan dan laut yang bergelora di awal pagi. Pihak bot cuba menghubungi APMM untuk mengetahui lokasi mereka dan bukan untuk mendapatkan bantuan.
“Kemudahan jaket keselamatan disediakan termasuk yang dipinjam daripada APMM. Berlaku silap faham mengenai jumlah jaket keselamatan yang terlebih bilangannya di atas bot nelayan yang tidak dinaiki oleh pihak media. Disebabkan faktor masa, ianya terlupa diserahkan kepada wartawan Kosmo dan Utusan yang mengikuti misi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, mereka sepatutnya bertegas dalam hal itu untuk mendapatkan jaket keselamatan dan bukan menyalahkan penganjur selepas misi selesai kerana mereka tidak menimbulkan isu itu ketika diperiksa Polis Marin.
Katanya, mungkin kerana permintaan mereka menaiki kapal APMM ditolak menyebabkan mereka tidak berpuas hati dengan pihak penganjur. Pihak jawatankuasa penganjur kesal terhadap laporan yang kurang tepat itu.
Dr Rosli berkata, pihak jawatankuasa penganjur mengucapkan terima kasih di atas sokongan pihak media, pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang membantu menjayakan misi itu.
“Kita mengharapkan Kerajaan Pusat menyegerakan pembayaran royalti ini. Tekong bot nelayan pun boleh mengesahkan pelantar Cakerawala terletak dalam perairan Kelantan berdasarkan sistem perhubungan mereka dan pengalaman mereka di laut, maka ia tidak memerlukan kajian terperinci menentukannya,” katanya.
Dalam laporan akhbar itu mendakwa penganjur hanya menyediakan bot nelayan bagi membawa kira-kira 30 petugas media daripada akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, China Press, Nanyang Siang Pau dan sekumpulan blogger ke pelantar itu.
Perjalanan mereka kononya hanya mengambil masa lapan jam pergi balik tetapi mendakwa ia berlanjutan hampir 28 jam perjalanan sebenar.
———————————————————————————————-

Kenyataan ini diperolehi oleh wartawan Sinar Harian..Kosmo! dan Utusan Malaysia cuba untuk menghubungi salah seorang Exco, namun gagal mendapatkan jawapan…

August 8, 2009

Kenyataan Rasmi KAWAN berhubung Misi Royalti Bertukar Misi Maut

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 5:51 am
Tags:

misi

 

Kelab Wartawan Kelantan (Kawan) kesal dengan cara pengendalian pihak kerajaan negeri selaku penganjur Misi Royalti Kelantan dalam mengatur perjalanan media ke kompleks pelantar utama Cakerawala, di Kawasan Pembangunan Bersama (JDA) di Telukan Siam baru-baru ini.

 Pihak media menerima pelawaan itu kerana awalnya dijangka cukup berfaedah untuk menyelami di sebalik isu tuntutan royaliti minyak yang kecor dijadikan isu politik.

 Juga untuk melihat dan merakan kerja-kerja pengukuran oleh juruukur khusus dibawa oleh kerajaan negeri dalam usaha menyakinkan bahawa kawasan pelantar itu berada dalam lingkungan perairan negeri serta mendapat penjelasan lanjut daripada kerajaan negeri sepanjang perjalanan.

 Namun ia bertukar menjadi suatu yang sia-sia dan membuang masa, malah cukup menyeksakan dan terdedah kepada bahaya di tengah laut begelora dalam perjalanan pergi balik sejauh kira-kira 90 batu nautika yang memakan masa selama lebih 26 jam.

 Apa yang boleh dirakam lebih awal hanyalah kisah perit perjalanan dalam bot nelayan dan gambaran pelantar minyak dari kejauhan pada lewat malam sebelum bertolak pulang.

 Catatan pengalaman pihak media yang seolah-olah memberi gambaran negatif terhadap misi yang dikepalai oleh Exco Kerajaan negeri, Datuk Husam Musa tidak harus dituding sebagai anti Pas dan anti kerajaan negeri.

 Pihak media bukan menjadi tali barut mana-mana pihak untuk untuk mencari peluang mengecam Pas dan kerajaan negeri tetapi berasaskan kemungkinan adanya nilai berita yang boleh dikutip berhubung isu itu.

 Tuduhan-tuduhan sedemikian jika terbit hanya membayangkan betapa kerajaan negeri, pemimpinnya atau pendokong parti sudah tidak lagi boleh ditegur.

 Tentunya tukang-tukang blog yang mendokong kerajaan negeri dan parti politik pemerintah tidak akan memaparkan rasa kecewa pihak media
sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan (Kosmo).

 Dua hari waktu tugasan terbuang kerana tidak akan sebarang kenyataan oleh kerajaan negeri selepas itu berhubung hasil kerja-kerja pengukuran jarak dan kenyataan oleh wakil kerajaan negeri.

 Ini kerana mereka pergi dalam bot berasingan milik Maritim Malaysia yang berkali ganda lebih pantas dan selamat sehingga tidak boleh dijejak.

Misi ini tidak harus ditukarkan sebagai misi pihak media untuk merasai pengalaman menjadi nelayan laut dalam atau menjadikan mereka sebagai kelompok yang dianggap `hero’.

Sewajarnya pemimpin-pemimpin negeri dan ahli politik turut dbiarkan merasaikan perjalanan hampir 28 jam ini dengan bot nelayan bersama media dan tidak sekadar 10 jam dengan bot milik Maritim malaysia.

 Tidak pula disedari rupanya, berhempas pulas hanya untuk merakamkan gambar pelantar minyak sudah menjadi suatu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara.

———————————————————————————————-

Untuk pengetahuan semua yang tidak mengetahui perkara ini, ia adalah rentetan daripada entry yang tertulis di blog Kickdefella yang mengulas mengenai berita tersiar di akhbar Kosmo! bertarikh 7 Ogos lalu..

Bacalah untuk renungan bersama..Terima Kasih..

August 5, 2009

Resepsi Hafiz, Shikin, Pokne dan Mimi

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 10:02 am
Tags:

resepsi007resepsi009

 

resepsi008

 

resepsi010

 

resepsi011

 

resepsi007

 

resepsi002

 

resepsi004

Blog at WordPress.com.