Media Kelantan

August 9, 2009

Kenyataan dari Wakil Kerajaan Negeri Kelantan

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 8:27 am
Tags: ,

KOTA BHARU – Penganjur rombongan misi royalti anjuran kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakerawala, kira-kira 150 kilometer dari muara Pengkalan Kubor di Tumpat mendakwa faktor cuaca punca kelewatan bot nelayan yang dinaiki kumpulan media tiba di perairan negara.
Jawatankuasa penganjur, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, artikel Kosmo 7 Ogos lalu bertajuk ‘misi royalti bertukar misi maut’ membawa konotasi negatif kepada kejayaan misi royalti anjuran kerajaan negeri pada 4 hingga 5 Ogos lalu.
Menurutnya, peserta dimaklumkan perjalanan menaiki bot yang disewa mengambil masa lapan hingga sembilan jam untuk tiba ke kawasan pelantar Cakerawala.
“Namun perjalanan pulang mengambil masa lebih lama disebabkan hujan dan laut yang bergelora di awal pagi. Pihak bot cuba menghubungi APMM untuk mengetahui lokasi mereka dan bukan untuk mendapatkan bantuan.
“Kemudahan jaket keselamatan disediakan termasuk yang dipinjam daripada APMM. Berlaku silap faham mengenai jumlah jaket keselamatan yang terlebih bilangannya di atas bot nelayan yang tidak dinaiki oleh pihak media. Disebabkan faktor masa, ianya terlupa diserahkan kepada wartawan Kosmo dan Utusan yang mengikuti misi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, mereka sepatutnya bertegas dalam hal itu untuk mendapatkan jaket keselamatan dan bukan menyalahkan penganjur selepas misi selesai kerana mereka tidak menimbulkan isu itu ketika diperiksa Polis Marin.
Katanya, mungkin kerana permintaan mereka menaiki kapal APMM ditolak menyebabkan mereka tidak berpuas hati dengan pihak penganjur. Pihak jawatankuasa penganjur kesal terhadap laporan yang kurang tepat itu.
Dr Rosli berkata, pihak jawatankuasa penganjur mengucapkan terima kasih di atas sokongan pihak media, pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang membantu menjayakan misi itu.
“Kita mengharapkan Kerajaan Pusat menyegerakan pembayaran royalti ini. Tekong bot nelayan pun boleh mengesahkan pelantar Cakerawala terletak dalam perairan Kelantan berdasarkan sistem perhubungan mereka dan pengalaman mereka di laut, maka ia tidak memerlukan kajian terperinci menentukannya,” katanya.
Dalam laporan akhbar itu mendakwa penganjur hanya menyediakan bot nelayan bagi membawa kira-kira 30 petugas media daripada akhbar Utusan Malaysia, Sinar Harian, China Press, Nanyang Siang Pau dan sekumpulan blogger ke pelantar itu.
Perjalanan mereka kononya hanya mengambil masa lapan jam pergi balik tetapi mendakwa ia berlanjutan hampir 28 jam perjalanan sebenar.
———————————————————————————————-

Kenyataan ini diperolehi oleh wartawan Sinar Harian..Kosmo! dan Utusan Malaysia cuba untuk menghubungi salah seorang Exco, namun gagal mendapatkan jawapan…

11 Comments »

  1. Pegawai Khas kepada bakal menteri besar kelantan, Dr. Rosli kata bawa tekong bot nelayan pun dapat mengesahkan pelantar cakerawala dalam perairan kelantan… kalau cam tu silaplah dr ajak puak-puak pemberita tali barut UMNO itu ke tengah laut… bawalah rombongan tekong bot nelayan dan tidak perlu lagi juru ukur profesional yang hebat itu….

    Comment by mat teropong media — August 9, 2009 @ 11:35 am

  2. bodoh betul husam lantik Dr. Rosli tu jadi pegawai khasnya..sebab si rosli tu sepatutnya bagitau husam tak payah bawa media atau bloggers tapi bawa tekong bot je..aku rase si rosli tu saja nak bagi husam habiskan duit bekalkan makanan utk org2 yang p tu…

    Comment by anti Dr. Rosli!! — August 9, 2009 @ 11:41 am

  3. Kawe cadangkan supaya semua ahli KAWAN pepakat reramai boikot semua xtvt dan sidang media Husam Musa sebagai pengajaran, supaya pegawai-pegawai serta balaci-balacinya termasuk beliau sendiri lebih menghormati rakan-rakan media.
    Sebelum ini pun sudah banyak kali tingkah laku Husam yang menjengkelkan ahli KAWAN tapi tiada tindakan diambil. Soalnya, mampu dan bolehkah seluruh ahli KAWAN berpakat…………..tepuk dada tanya selera!!!

    Comment by imam samudra — August 10, 2009 @ 3:28 am

  4. bila buat statement tak guna akal berfikir, nilah jadi ye..jadi bahan untuk orang bantai je..

    Comment by manlukeman — August 10, 2009 @ 5:38 am

  5. Tuan Syeikh (kikifedella) Pegawai di Perbadanan Menteri Besar Kelantan, pencacai utama Datuk Husam menulis betapa dia dan tentunya tukang-tukang canang (blog) lain rasa macam hero apabila pulang dari misi royalti ke pelantar minyak disambut oleh Nik Abdul Aziz.

    “Or more like a druken hero” katanya.. hehhe..dia tentunya bukan jenis `mabuk laut’ dan tidak lagi `mabuk darat’ macam dulu-dulu kot.

    Dia kata nak pergi lagi.bagi memenuhi misi moral?.ambil lebih banyak gambar pelantar kalau ada orang nak sumbang..haha mungkin jalan dekat ke syurga tu.

    Besar pahalanya buat tuan syeikh bermoral tinggi itu dengan tindakan-tindakannya yang semakin lebih kuah dari sudu tu.

    -Jebon yang juga bermoral tinggi.

    Comment by jebon — August 10, 2009 @ 9:30 am

  6. Aku penyokong kuat PR tetapi aku sedih bila ada orang macam sheih ni yang aku anggap seperti tidak boleh ditegur. Teguran wartawan itu sepatutnya dilihat dengan cara yang berhemah bukannya dianggap untuk merosakkan PR atau Husam. Kalu ye pun jadi ‘budak Husam’, Sheih sebagai org yg berpengalaman kena buat pertimbangan la….

    Comment by sang kelembai — August 10, 2009 @ 10:31 am

  7. Kenyataan dari blog: Perisik Rakyat http://perisik-rakyat.com/2009/08/misi-royalti-bertukar-misi-maut.html “Aku tak tau pulak kenapa Khairi dan wartawan Utusan memilih untuk menaiki bot nelayan yang memang bahaya ni… kamu yang membuat keputusan, jangan salahkan pihak lain. ”

    Kenyataan Dr. Rosli: “Katanya, mungkin kerana permintaan mereka menaiki kapal APMM ditolak menyebabkan mereka tidak berpuas hati dengan pihak penganjur.”

    Kenyataan aku: (tiru style Tokey Blog sikit) hahahahah, lain kali dapatkan betul2 fakta, jangan main hentam saja, ni bila kenyataan bercanggah nak salahkan saper? salahkan media? wakakakaka, jangan biarkan ketaksuban itu menguasai diri, kelak diri sendiri terbuta hati. Bila Ketaksuban menguasai mata hati, maka tiada besar antara yg hak dan batil.

    Comment by Penjelajah Blog — August 10, 2009 @ 12:11 pm

  8. Terima kasih kepad pak Sheikh yang akhirnya memahami apa yang cuba di sampaikan di dalam artikel Kosmo! Jumaat lalu. Pak Sheikh mengakui bahawa aspek keselamatan ketika belayar adalah penting (rujuk Kickdefella, entry Noordin Mat Top Masih Hidup? para ke 8). Macam tu la baru pejuang bangsa pak Sheikh. Kena terima jugak teguran orang. tak de sape dala dunia ni sempurna. Kadang2 teguran tu untuk membina bukan untuk menjatuhkan. Come on la Pak Sheikh, jangan cepat sangat melatah, tak elok…Orang tengok buruk la.

    Comment by sang kelembai — August 11, 2009 @ 6:39 am

  9. TAHNIAH kepada ahli-ahli KAWAN yang berjaya menunjukkan kesepakatan………….??????????
    demi kebenaran dan kehormatan serta maruah, ada kalanya kita perlu sepakat dan tegas!

    Comment by imam samudra — August 13, 2009 @ 2:57 am

  10. Xpayoh soho la kalu setakat kecek juta2 dlm blog gak,….doh sero hero gak panggil tv3@rtm wi statement citu..leh smua pakat tgk..sedap dop buruk ko ore,,,pah tu nok suruh hormat Pas membangun bersama Islam,,,tapi puak2 pas kecek hudoh belako…Husam n de geng pom ngo,,naik bot nelayan sekali la ni dop puok dia naik bot laju..kecek jah pandai belako…Steady bob kawe soko story demo…hidop Bob

    Comment by Tupesekaki — August 13, 2009 @ 4:22 am

  11. Maafla nk tanyo..tupeskaki nge bob ni supo ore srupo jah..xsyok la gini..nk bela buleh tp bui idea bernas gak skit..baru ore nk baco sedap skit.

    Comment by mat topeng — August 16, 2009 @ 6:35 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: