Media Kelantan

November 4, 2008

FUTSAL MKFC – KUNING catat kemenangan ketiga berturut-turut

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 8:35 am

futsal

PADANG TEMBAK _ Pasukan Kuning terus menunjukkan keunggulannya apabila mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut ke atas musuh tradisinya Merah pada pertemuan di Arena Futsal malam kelmarin.

Skuad yang mendapat jolokkan ‘Yellow Submarine’ itu menewaskan Merah dengan 16-15.

Kemenangan itu dicatatkan hasil daripada kerjasama dan semangat juang yang tinggi ditunjukkan oleh setiap anggota pasukan terutama Lee Beras.

Kehadiran Rahmang Sinar tidak mampu untuk menyekat kemaraan Kuning dari terus merobek pintu gol lawan.

futsal3

Pasukan yang dikepalai oleh Isma Neves telah menunjukkan kecemerlangan dari awal lagi, selepas mendahului dengan jaringan lima gol berbalas kosong.

Bagaimanapun corak permainan ‘Kijang Merah’ sedikit berubah dengan kehadiran perancang utama mereka, Mikah pada pertengahan permainan tetapi ia masih tidak mampu untuk menahan asakan bertali arus dari pasukan kegemaran kumpulan The Beetles.

Gandingan Isma Neves, Wanfai dan Zul berjaya mengkucar kacirkan dan membuatkan Bob gelisah sepanjang perlawanan. Bob dikatakan mengalami kecederaan betis dan meminta bantuan daripada Sheila untuk pulih secepat mungkin bagi menghadapi perlawanan seterusnya yang akan berlangsung di Alliance Arena minggu depan.

Difahamkan Pok Neng dan Hafiz tidak dapat menahan sebak kerana terlalu kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan mereka.

Penjaring terbanyak malam tadi ialah Zul dengan tujuh gol dan tiada calon untuk pemain terbaik kerana semua pemain kuning telah menunjukkan prestasi terbaik sehingga sukar untuk panel penilai yang diketuai oleh Peter Butler untuk memilih.

zul-baru11

Dalam pada itu, seorang pemerhati bola sepak tempatan, Wak Bakar berpendapat Yellow Submarine boleh mencatat kemenangan lebih besar sekiranya Kijang Merah tidak menggunakan taktik kotor.

“Ambo tengok ke… tak dak gapo-gapo pasukan kuning… eh silap pasukan merah nie… cuma die gune taktik kotor yang dirancang oleh ketua pasukannya Bob.

“Dia sengaja cepatkan game sebab ke boleh pinjam pemain kuning dulu, lepas player kuning letih baru player dia sampai, ambo tengok nie adil tak aci la main lagu tu,” katanya sambil bersin.

Beliau turut mengesyorkan kepada pasukan merah supaya mengugurkan Rahmang kerana tidak cergas dan mengalami masalah berat badan walaupun menjaringkan lima gol.

“Ambo tengok ke… Rahmang nie boleh main… gaya ada tapi badan besar sangat… terutama kat punggung.

“Satu lagi ambo minta supaya Bob meletak jawatan kerana gagal membimbing anak buahnya… tidak ada disiplin langsung, tak dok gapo-gapo…,” katanya.

habis.

20 Comments »

  1. I tau kemampuan ismaNEVES yang memang cemerlang..i pernah ikut dia pergi training di Old Trafford…best sgt2 pegi dgn dia

    Comment by RozitaCHEwan — November 4, 2008 @ 10:04 am

  2. Yea ke..i tgk Isma Neves dah pancit semalam….

    Comment by pclama — November 4, 2008 @ 1:19 pm

  3. Kekalahan pasukan merah a.k.a RedRoses disebabkan beberapa faktor yang telah dikenalpasti. Antaranya disebabkan tiga pemain utamanya tidak dapat diturunkan iaitu Fathil dan Hafiz yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan negaramasing-masing. Fathil dipanggil menyertai latihan pusat Pasukan Nepal manakala Hafiz menyertai pasukan negaranya Sri Lanka dalam kelayakan Piala Asia. Sementara itu, Ishak gagal diturunkan kerana pegawai perubatan pasukan mengesahkan beliau diserang demam panas. Bagaimanapun pihak pengurusan pasukan berpuas hati dengan persembahan pemain yang baru sahaja dibeli Rahman Daud dengan nilai perpindahan USD11.5 juta dari sebuah kelab di Zimbabwe. beliau berjaya menjaringkan 5 gol untuk debut pertamanya bersama RedRoses. Rembatan-rembatan padunya dilihat mampu menyumbang lebih banyak gol pada perlawanan yang akan datang. Walaubagaimanapun, RedRoses perlu memperkemaskan lagi bahagian benteng pasukan serta meningkatkan skil individu untuk kejayaan dimasa depan. pasukan Yellow Submarine mungkin akan menghadapi masalah dikemudian hari sekiranya terus menerus menggunakan khidmat Wanfai yang dilihat semakin merosot persembahannya dan IsmaNeves yang gagal mempamerkan kehebatan dalam dua perlawanan berturut-turut. Untuk maklumam semua. RedRoses dan Yellow Submarine akan berpadu tenaga di bawah nama MKFC pada perlawanan menentang kakitangan PTPL pada 10 Oktober ini. Saksikan perlawanan penting ini yang bakal menjanjikan persembahan yang menghiburkan. Sekian…

    Comment by Bob the Great — November 5, 2008 @ 4:36 am

  4. Sebenarnya kemenangan team kuning disebabkan adanye unsur `tali barut’ kerana ketika perlawanan sedang berlangsung `keeper’ yg sepatutnya menjadi keeper team merah dipinjamkan secara tergesa-gesa kpd team kuning dan kononnya secara tidak sengaja berjaya melepaskan lima gol yg dikategorikan sebagai gol mudah @ `gol bodo’.
    Keadaan ini perlu ditentukan pd perlawanan seterusnya kerana hasil siasatan mendalam didapati memang sah ada unsur khianat. Dgr critanye lg si penjaga gol terbabit sudah dibelanja sakan oleh team merah kerana berjaya menjalankan `aksinye’ dgn begitu mengkagumkan..cehhh.
    Nextime team merah jgnla lg gunakan taktik kotor ini demi mencari populariti sementara. Sekian. Teriam kasih.

    Comment by dewa20 — November 5, 2008 @ 4:47 am

  5. Dewa 20! tolong check balik komen anda. Saya rasa anda sudah tersilap fakta. Keeper team kuning yang dipinjamkan kepada team merah menyebabkan beberapa gol mudah dijaringkan. Seawal permain 5 gol di bolosi dan dihujung permainan juga beberapa gol mudah@gol yang tak boleh diterima akal juga dilepaskan untuk memberikan kemenangan kepada Yellow Submarine. Walaupun terdapat unsur2 kompolot dan aktiviti menjual permainan, namun semangat juang RedRoses begitu mengagumkan. Walaupn ketinggalan 5-0 namun kebangkitan sehingga mendahului dengan 12-7 begitu fantastik. Namun, atas beberapa faktor yang telah disebutkan tadi, RedRoses terpaksa tunduk dengan Yellow Submarine dengan perbezaan jaringan 1 go sahaja walaupun Yellow submarine telah menurunkan pasukan terkuat dan skuad utamanya.

    Comment by Bob the Great — November 5, 2008 @ 5:13 am

  6. tahniah….tahniah..tahniah… kepada abe zul setelah dinobatkan penjaring terbanyak kali ini………abe zul memang neves (bukan ismaneves yerr) …..semoga abe zul kekalkan anugerah itu dan prestasi untuk membantu team `Yellow Submarine’….muahhhhh-muahhh

    Comment by peminat abe zul — November 5, 2008 @ 5:37 am

  7. Untuk perhatian semua, sapa kata ismaNEVES gagal mempamerkan kehebatannya..i tau kehebatannya yang sungguh memang hebat

    Comment by RozitaCHEwan — November 5, 2008 @ 6:38 am

  8. Yer lerrrrr ……saya percaya yang ismaNEVES hebat……kakak saya pun cakap gitu kat dia…….sape si mulut tiada insurans tuuuu nanti kena bakar kannnnn….pandai-pandainya cakap bukan2 kat abg isma.

    Comment by adik rozitaCHEwan — November 5, 2008 @ 9:18 am

  9. ala bob kalah cakap lah kalah, dah team kuat tak kuat bawa la sape pun rahman dagu pun tak leh buat… syabas yellow submarine teruskan usaha anda…

    Comment by aku yg hebat — November 5, 2008 @ 1:47 pm

  10. Ambo dengar ade player baru (team merah) rembat kepala team mate sendiri…
    sapo rembat tu..dan sapa yg kena…mesti sakit kannnnn?? adehhhhh

    Comment by adik ipor rozitaCHEwan — November 6, 2008 @ 1:44 am

  11. sori bob..sebenarnye keeper dr team kuning yg menyelinap masuk ke dlm team merah sehingga membawa kekalahan..taktik yg cukup hancik..

    Comment by dewa20 — November 6, 2008 @ 7:58 am

  12. pesanan terakhir kepada pemain MKFC tuuu untuk berjuang pada perlawanan persahabatan dengan pasukan PTPL…mulai hari ne…..balik umah joging dua keliling rumah…..makan kena jaga….jgn makan bukan2 yang boleh memudaratkan sehingga masuk hospital….lepastu jaga kaki jangan sampai inject…yang keeperrr balik berlatih sendiri…….atau cuba tangkap ayam betina kee…… bagi nak memperkemaskan tangkapan bola…………………ingattuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu siapa menunjukkan prestasi menurun…saya buang daerah.

    Comment by Coach MKFC — November 6, 2008 @ 8:46 am

  13. sunyi je entry futsal ni..xde sape2 nk komen ke

    Comment by mediakelantan — November 7, 2008 @ 2:33 am

  14. ada pembelot di dalam pasukan merah..

    Comment by mr bal — November 8, 2008 @ 9:50 am

  15. Buat pemain-pemain MKFC, perlawanan sulung setelah beberapa bulan berehat perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjaga nama baik pasukan. Kita akan pastikan PTPL serik untuk ajak kita bermain. Diharapkan semua pemain mempamerkan aksi yang terbaik malam perlawanan tu nanti. Beberapa strategi baru akan digunapakai dalam menghadapi PTPL dan akan dibentangkan oleh Pengurus Pasukan pada malam perlawanan tersebut. Perlawanan berlangsung pada pukul 9 malam bertempat di Kota Bharu Arena Futsal, Pengkalan Chepa. Semua dijemput hadir. Masuk adalah percuma. Bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan kita. Yang pompuan pun bleh datang, takpe tak haram pun tengok laki main bola…

    Comment by Bob the Great — November 8, 2008 @ 9:53 am

  16. PENGUMUMAN…pasukan rumah merah dan rumah kuning akan bergabung menentang pasukan PTPL malam Isnin nanti di bawah nama pasukan MKFC…so diharapkan semua pemain dapat menunjukkan disiplin dengan datang awal pada malam itu nanti…tolonglh patuhi masa kali ini dan diminta dpt hadir selewat-lewatnya 8.30mlm…semua dah besar-besar belaka dan jgnlah malukan MKFC kali ini..dah banyak kali diingatkan dan diharapkan semua faham…

    Comment by ismaNEVES — November 8, 2008 @ 4:05 pm

  17. Ambo suka tengok pasukan kuning main…menang sokmo..so kepada pasukan kuning kekalkan kejuaraan mu..

    Comment by Awang Adek — November 9, 2008 @ 11:51 am

  18. PENGUMUMAN KEDUA …kepada pasukan rumah merah dan rumah kuning
    perlawanan malam ini adalah menentang Kelate.dot.net…bukan PTPL yerrrr…sebab pasukan PTPL membatalkan perlawanan ini lewat semalam sebab alasan2 tertentu…. so diharapkan semua pemain dapat menunjukkan disiplin dengan datang awal pada malam itu nanti…tolonglh patuhi masa kali ini dan diminta dpt hadir selewat-lewatnya 8.30mlm…semua dah besar-besar belaka dan jgnlah malukan MKFC kali ini..dah banyak kali diingatkan dan diharapkan semua faham.

    tindakan sewajarnya akan diambil jikalau ade pemain tidak mematuhinya……………….

    Comment by zulBLUES — November 10, 2008 @ 5:04 am

  19. MALAM INI……. PASUKAN MKFC VS KELATE.DOT.NET

    Comment by zulBLUES — November 10, 2008 @ 5:06 am

  20. Dengan keadaan masih dihantui kecederaan saya maybe xleh turun sbg player kali ini dan akan melihat saja perlawanan..mengikut doktor sy perlu direhatkan selama seminggu lagi untuk betul2 pulih..hrp peminat dlm n luar jgn hampa kerana ramai lg star dr MKFC akan menunjukkan belang2 masing..harap maaf.

    Comment by dewa20 — November 10, 2008 @ 7:17 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: