Media Kelantan

October 11, 2008

Kisah Umi Azlim

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 4:50 am
Mohamad Lazim (kana) bersama-sama sudara pada majlis doa selamat untuk Umi Azlim di rumahnya

Mohamad Lazim (kana) bersama-sama sudara-mara pada majlis doa selamat untuk Umi Azlim di rumahnya

Apabila bercerita mengenai Umi Azlim yang malang ini, pasti dikalangan rakan-rakan media yang terlibat itu akan terkenang pada suatu masa yang cukup tragis tatkala cerita di ‘break’ kan..

Kisah pelajar Universiti Malaysia Sabah ini yang dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guanghzhao pada 15 Mei tahun lalu atas kesalahan menyeludup masuk heroin seberat 2,983 gram ini punya sejarah yang tersendiri..

Baru-baru ini, hukuman mati Umi Azlim diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup hasil rayuan yang dibuat daripada panel peguam yang dilantik..dan berkemungkinan besar hukuman itu akan dikurangkan lagi..bergantung kepada proses rayuan seterusnya..

Tiada yang lebih gembira bagi Mohammad Lazim Jusoh, bapa kepada anak ini apabila mendengar berita gembira tersebut meskipun ia tidak dapat dikongsi bersama dengan arwah isterinya, Umi Slaia Ibrahim yang pulang ke rahmatullah kerana mengidap penyakit kanser..

Rasa seronok juga ingin bercerita mengenai sejarah cerita besar ini..maklumlah peristiwa ini cukup menggegarkan arena kewartawanan Kelantan..malah kisah pelajar malang ini juga menjadi salah satu berita wajib yang perlu diperolehi oleh setiap petugas media di bumi Cik Siti Wang Kembang ini selepas ia di ‘break’ kan..pasti ada rakan-rakan yang tersenyum apabila mengenang kembali peristiwa tersebut..

Mau tidaknya, ada rakan wartawan yang terpaksa kembali ke pejabat semula walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam..hingar-bingar bunyi telefon bimbit berdering bertanya soalan yang sama..”Kau ada dapat story tu”..ada juga yang mahu ke rumah mangsa untuk mendapatkan story pada malam itu juga..tak kurang juga da yang tersenyum bangga taktala stori itu menjadi hidangan muka depan setiap akhbar..

Apa-apa pun, tanpa sedar, sumbangan media di sini dalam membuat liputan nasib yang menimpa Umi Azlim ini sedikit sebanyak membantu perjuangan Mohammad Lazim bagi mendapatkan pengadilan yang sewajarnnya untuk anaknya itu..Bapa ini percaya anaknya itu menjadi mangsa dalam sindiket yang menggunakan anaknya sebagai alat perantaraan..

Biasa lah, asam garam dunia wartawan..ada masa turun, ada masa naik..ada masa bertuah, ada masa sebaliknya..Bak kata seorang rakan wartawan ketika itu ” Udah la tu Yeob, renti-rentikanlah”..maka kisah ‘sejarah itu tidak perlulah dibincang dengan lebih panjang..takut ia akan membuka ‘luka’ yang lama..biar lah ia menjadi satu memori indah dalam setiap petugas media di sini..

7 Comments »

  1. udah-udah la tu yeop……………………….

    Comment by Zackkk — October 11, 2008 @ 11:16 am

  2. Alah, itu baru ujung kuku….ni nak citer sikit.. dulu lagi la, ada geng kita dulu yang nak langgar lori (bukan lori nak terlanggar dia) kerana kejar berita.. maklumlah, nun jauh di Ulu Legih, Jeli kejadiannya…sesetengah dari yang berkenaan dan terlibat secara langsung masih ada lagi di KB ni, maintain je nampak… dan masih bermaharajalela.. Oh ya, ada juga kes reporter menculik, bukan culik mangsa untuk nak mintak tebusan, tapi culik mak mangsa simbah asid tu untuk nak dapat story scoop, hahaha.. ada juga time dah balik umah, relax tengok buletin utama, baru tau kena scoop…berkejar la ke opis cari story tu balik.. benda kat kelantan ni pulak bukan boleh pandang sebelah mata, simbah asid, simbah asid lagi, kes kena kekah kat ghimau, kes kena langgar ketapi (ada sorang reporter tu pun nyaris2 jugak dilanggar keretapi di Kuala Krai gara-gara ketaksuban nak feel story) ada jugak kes yang kena pijak dek gajah, ayah pin (Kerajaan Langit) dikatakan dok kat Tumpat, misteri tanam batang pisang, misteri pokok menangis dan lain2 lagi tu,huh.. cuba cek archive story lama2…percayalah..
    TAPI, beza dulu dengan sekarang, scoop tetap scoop, kecuali kak mah dan abang lan harakah tu, semua mainstream paper pun terlibatlah, tapi reporternya petang-petang masih lagi boleh minum sesama, lepak, dulu masa KB Mall belum ada, boleh pakat gi lepas PCB beramai2 lagi, relax je.. konsepnya mudah, aku pernah kena dengan mereka, dan mereka juga pernah kena dengan aku.. so bila masing2 boleh faham yang satu tu, mudah la coz masing2 tak simpan dalam hati… Itulah, senang kerja, hati kita, dia mereka, semua orang, pun senang.. tapi itu cerita dulu-dulu la…

    Comment by anelka — October 11, 2008 @ 11:50 am

  3. nampak macam meriah je bila entry ni dimasukkan..terima kasih atas comment masing-masing..hehehehee

    Comment by mediakelantan — October 12, 2008 @ 3:08 am

  4. lebih seronok meraikannya bersama isteri baru

    Comment by wanfai — October 12, 2008 @ 8:51 am

  5. Aderr org dah guna nickname aku lah……..tapi memang tu jugak aku nak cakap…rentikanlah yob!!! he he…

    Comment by zackkk... — October 12, 2008 @ 10:37 am

  6. sorry zackkkk…. gue tak sengaja, ampun, hehe…

    Comment by anelka — October 14, 2008 @ 7:29 am

  7. yang penting story Umi Azlim menggegarkan hubungan persaudaraan antara rakan-rakanmedia di Kelantan……ni semua gara2 salah faham…..” skop punyer pasal”…… kakakkakkaka

    Comment by k@k beLL@ — October 22, 2008 @ 6:55 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: