Media Kelantan

October 22, 2008

Sidang DUN Kelantan – Kontroversi III

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 6:34 am

KOTA BAHARU, 22 Okt (Bernama) — Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak membenarkan wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan hari ini selepas mendapati akhbar itu yang tidak menyiarkan sebarang ralat terhadap apa yang didakwanya sebagai laporan tidak tepat berhubung titah ucapan Sultan Kelantan yang disiarkan pada Selasa.

Speaker Dewan Mohd Nassuruddin Daud berkata beliau sudah membaca akhbar Berita Harian hari ini, dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung laporan akhbar itu semalam yang bertajuk Sultan Murka Kerajaan Pas Gagal Tadbir Kelantan.

“Mengikut Perkara 14 Peraturan Dewan saya mengambil keputusan agar wartawan daripada akhbar itu tidak dibenarkan membuat liputan sepanjang dewan bersidang,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri yang ketiga (Belanjawan) di sini, Rabu.

Semalam Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) mendesak supaya akhbar Berita Harian memohon maaf dan wartawannya ditegah daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri ekoran tajuk muka depan akhbar itu yang dianggapnya mencemarkan imej kerajaan dan Sultan Kelantan.

Syor Zainuddin itu disokong beberapa anggota PAS yang lain, sehingga memaksa Mohd Nassuruddin menenangkan keadaan dan memberi tempoh kepada akhbar itu untuk meminta maaf dalam siarannya esok, atau tindakan sewajarnya akan diambil.

Ekoran kenyataan Mohd Nassuruddin hari ini, wartawan Berita Harian Khairul Anuar Abdul Samad diarahkan oleh pihak keselamatan pejabat kerajaan negeri agar meninggalkan kawasan bangunan itu.

Ketika ditemui Bernama di luar sidang dewan, Khairul berkata beliau menerima keputusan itu namun tidak berpuas hati dengan keputusan melarang wartawan akhbar berkenaan membuat liputan sepanjang dewan bersidang.

“Selama ini kami membuat liputan mengenai perkara yang perlu dihebahkan oleh kerajaan negeri, dan kami juga melaporkan maklumat yang ingin disampaikan kepada rakyat. Keputusan ini (larangan membuat liputan persidangan) sebenarnya merugikan kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Katanya beliau tiba untuk membuat liputan sidang dewan pada 9 pagi dan pihak keselamatan meminta beliau agar tidak berada di dalam bangunan kerajaan negeri mengikut arahan Speaker Dewan.

— BERNAMA

Sidang DUN Kelantan – Kontroversi II

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 6:31 am

KOTA BAHARU, 22 Okt (Bernama) — Kelab Wartawan Kelantan (KAWAN) akan mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berhubung larangan wartawan akhbar Berita Harian membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung.

Presidennya Wan Zulkifli Wan Yaakob berkata badan itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Speaker namun berharap larangan itu dipertimbangkan untuk ditarik balik.

“Kita tidak mahu perkara ini dikeruhkan lagi. Kita akan mengadakan pertemuan untuk menerangkan perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau mengulas keputusan Speaker hari ini yang tidak membenarkan wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan Dewan selepas mendapati akhbar itu tidak menyiarkan “ralat” terhadap apa yang didakwanya sebagai laporan tidak tepat berhubung titah ucapan Sultan Kelantan pada perasmian persidangan Dewan yang disiarkan akhbar itu semalam.

Mohd Nassuruddin berkata beliau sudah membaca akhbar Berita Harian hari ini, dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung laporan akhbar itu semalam yang bertajuk Sultan Murka Kerajaan PAS Gagal Tadbir Kelantan seperti diminta.

Semalam Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) mendesak supaya akhbar Berita Harian memohon maaf dan wartawannya ditegah daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri ekoran tajuk muka depan akhbar itu yang dianggapnya mencemarkan imej kerajaan dan Sultan Kelantan.

Syor Zainuddin itu disokong beberapa anggota PAS yang lain, sehingga memaksa Mohd Nassuruddin menenangkan keadaan dan memberi tempoh kepada akhbar itu untuk meminta maaf dalam siarannya esok (hari ini), atau tindakan sewajarnya akan diambil.

Wan Zulkifli berharap pertimbangan dapat diberikan kepada akhbar Berita Harian yang selama ini memberikan liputan yang adil mengenai kerajaan negeri.

“Kita berharap perkara ini dapat diredakan dengan segera. Tindakan (larangan) itu dapat ditimbang semula oleh Dewan,” katanya.

— BERNAMA

Satu hari di ladang getah

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 5:26 am

” Kau nak g asigment ke, nak buat catwalk,” ..antara ayat pedas telinga yang didengari oleh seorang rakan kita apabila dihubungi oleh bos KL ketika membuat liputan kes ini…

Simpati dengan geng-geng kita masa buat kerja ni..kena naik bukit tegak..Tengok jela gambar ni..malas nak kata apa-apa..

Mugshot

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 5:08 am

Mohon bantuan kepada semua pengamal media di sini…dengan bantuan photographer anda, guna masa yang tak sampai lima minit, posing tegak..dapat tangkap gambar mugshot..TERBARU..mohon dihantar gambar mugshot setiap petugas..hantar ke mediakelantan@yahoo.com

Pertolongan ini diharap dapat disempurnakan dengan baik..Kerjasama anda semua amat dihargai..terima kasih

Blog at WordPress.com.