Media Kelantan

October 12, 2008

Pegawai Perhubungan Awam/Media/Komunikasi

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 8:09 am

Apakah fungsi jawatan seperti tajuk di atas itu..Perlukah ia diperincikan secara jelas di sini?  Adakah skop kerja orang-orang ini perlu dinyatakan di sini?

Rasanya, si pemegang jawatan sedia maklum mengenai tugas yang diperlukan dilakukan tatkala ia dituntut..bermakna, apabila sampai masa kerja, ia perlu disempurnakan dengan sebaiknya..

Perkara sebaliknya berlaku dalam satu tugasan yang dibuat oleh para pengamal media di sini baru-baru ini..tidak berniat untuk membesar-besarkan cerita..tidak berniat menunding jari menyalah sesiapa..siapalah wartawan untuk bercakap..cuma ia wajar diberi perhatian, dengan harapan kesilapan yang sama tidak berulang..

Hanya dengan kesilapan yang sedikit, habis punah ‘mood’ wartawan untuk membuat liputan..majlis tidak lah segah mana, tapi mengapa masalah-masalah seperti komunikasi boleh berlaku..tugasan yang boleh dilangsaikan awal, terpaksa pula diheret begitu lama..walhal, jika diselami sebaiknya, masalah itu sepatutnya tidak berlaku..sedih juga apabila mengenang perkara tersebut..ada mulut daripada rakan wartawan yang mengeluh..

Wartawan bukan mahu meminta..bukan mahu dlayan seperti raja..bukan minta tempat duduk VVIP..bukan minta press kit..bukan minta makanan yang sedap..duit apatah lagi..sebaliknya hanya berniat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik..dalam bahasa mudah, hanya datang satu majlis untuk dapatkan berita, lepas tu boleh baik office, ketuk story…ini isi yang penting dalam skop kerja wartawan yang semua orang sedia maklum..wartawan tidak boleh sesuka hati untuk menghabiskan masa dalam satu-satu majlis..

Kerjasama yang baik dapat dibentuk apabila jalinan itu disambungkan..guna bahasa rojak..kau mudahkan kerja aku, aku mudahkan kerja kau..kita sama-sama untung..orang tua ada kata, bila tetamu daang rumah, perlu layan dengan sebaik-baiknya….semua agama menuntut perkara yang sama..hayati ia bersama untuk kebaikan semua..

Advertisements

Blog at WordPress.com.