Media Kelantan

October 11, 2008

Kisah Umi Azlim

Filed under: Santai/Cuci Mata — mediakelantan @ 4:50 am
Mohamad Lazim (kana) bersama-sama sudara pada majlis doa selamat untuk Umi Azlim di rumahnya

Mohamad Lazim (kana) bersama-sama sudara-mara pada majlis doa selamat untuk Umi Azlim di rumahnya

Apabila bercerita mengenai Umi Azlim yang malang ini, pasti dikalangan rakan-rakan media yang terlibat itu akan terkenang pada suatu masa yang cukup tragis tatkala cerita di ‘break’ kan..

Kisah pelajar Universiti Malaysia Sabah ini yang dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guanghzhao pada 15 Mei tahun lalu atas kesalahan menyeludup masuk heroin seberat 2,983 gram ini punya sejarah yang tersendiri..

Baru-baru ini, hukuman mati Umi Azlim diringankan kepada hukuman penjara seumur hidup hasil rayuan yang dibuat daripada panel peguam yang dilantik..dan berkemungkinan besar hukuman itu akan dikurangkan lagi..bergantung kepada proses rayuan seterusnya..

Tiada yang lebih gembira bagi Mohammad Lazim Jusoh, bapa kepada anak ini apabila mendengar berita gembira tersebut meskipun ia tidak dapat dikongsi bersama dengan arwah isterinya, Umi Slaia Ibrahim yang pulang ke rahmatullah kerana mengidap penyakit kanser..

Rasa seronok juga ingin bercerita mengenai sejarah cerita besar ini..maklumlah peristiwa ini cukup menggegarkan arena kewartawanan Kelantan..malah kisah pelajar malang ini juga menjadi salah satu berita wajib yang perlu diperolehi oleh setiap petugas media di bumi Cik Siti Wang Kembang ini selepas ia di ‘break’ kan..pasti ada rakan-rakan yang tersenyum apabila mengenang kembali peristiwa tersebut..

Mau tidaknya, ada rakan wartawan yang terpaksa kembali ke pejabat semula walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam..hingar-bingar bunyi telefon bimbit berdering bertanya soalan yang sama..”Kau ada dapat story tu”..ada juga yang mahu ke rumah mangsa untuk mendapatkan story pada malam itu juga..tak kurang juga da yang tersenyum bangga taktala stori itu menjadi hidangan muka depan setiap akhbar..

Apa-apa pun, tanpa sedar, sumbangan media di sini dalam membuat liputan nasib yang menimpa Umi Azlim ini sedikit sebanyak membantu perjuangan Mohammad Lazim bagi mendapatkan pengadilan yang sewajarnnya untuk anaknya itu..Bapa ini percaya anaknya itu menjadi mangsa dalam sindiket yang menggunakan anaknya sebagai alat perantaraan..

Biasa lah, asam garam dunia wartawan..ada masa turun, ada masa naik..ada masa bertuah, ada masa sebaliknya..Bak kata seorang rakan wartawan ketika itu ” Udah la tu Yeob, renti-rentikanlah”..maka kisah ‘sejarah itu tidak perlulah dibincang dengan lebih panjang..takut ia akan membuka ‘luka’ yang lama..biar lah ia menjadi satu memori indah dalam setiap petugas media di sini..

Blog at WordPress.com.