Media Kelantan

October 22, 2008

Sidang DUN Kelantan – Kontroversi II

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 6:31 am

KOTA BAHARU, 22 Okt (Bernama) — Kelab Wartawan Kelantan (KAWAN) akan mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berhubung larangan wartawan akhbar Berita Harian membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung.

Presidennya Wan Zulkifli Wan Yaakob berkata badan itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Speaker namun berharap larangan itu dipertimbangkan untuk ditarik balik.

“Kita tidak mahu perkara ini dikeruhkan lagi. Kita akan mengadakan pertemuan untuk menerangkan perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau mengulas keputusan Speaker hari ini yang tidak membenarkan wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan Dewan selepas mendapati akhbar itu tidak menyiarkan “ralat” terhadap apa yang didakwanya sebagai laporan tidak tepat berhubung titah ucapan Sultan Kelantan pada perasmian persidangan Dewan yang disiarkan akhbar itu semalam.

Mohd Nassuruddin berkata beliau sudah membaca akhbar Berita Harian hari ini, dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung laporan akhbar itu semalam yang bertajuk Sultan Murka Kerajaan PAS Gagal Tadbir Kelantan seperti diminta.

Semalam Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) mendesak supaya akhbar Berita Harian memohon maaf dan wartawannya ditegah daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri ekoran tajuk muka depan akhbar itu yang dianggapnya mencemarkan imej kerajaan dan Sultan Kelantan.

Syor Zainuddin itu disokong beberapa anggota PAS yang lain, sehingga memaksa Mohd Nassuruddin menenangkan keadaan dan memberi tempoh kepada akhbar itu untuk meminta maaf dalam siarannya esok (hari ini), atau tindakan sewajarnya akan diambil.

Wan Zulkifli berharap pertimbangan dapat diberikan kepada akhbar Berita Harian yang selama ini memberikan liputan yang adil mengenai kerajaan negeri.

“Kita berharap perkara ini dapat diredakan dengan segera. Tindakan (larangan) itu dapat ditimbang semula oleh Dewan,” katanya.

— BERNAMA

8 Comments »

  1. Saya perwakilan dari Berita Harian mencadangkan Wan Zul mempertahankan jawatan Presiden Kawan pada pemilihan parti akan datang…. mohon sokongan…

    Comment by wanfai — October 22, 2008 @ 6:57 am

  2. yer…idup bapak sasterawan…amboi kau wan fai mentang2 ko tak de dewan ari nih..sian krull tau..dan sian abg mail tau..err sian beyi jugak tau..

    Comment by peminat ber — October 22, 2008 @ 9:37 am

  3. walaupun takde kat dewan, tapi aku memantau dari jauh… mohon sokongan

    Comment by wanfai — October 22, 2008 @ 10:36 am

  4. saya perwakilan dari tv9, ntv7, rtm, tv3 dan semua tv yang ada di malaysia ini menyokong cadangan wanfai untuk mengekalkan wan zul sebagai presiden… hidup kawan…

    Comment by dewa24 — October 22, 2008 @ 10:56 am

  5. wanfai ni..bunyi macam nak bodek je..

    Comment by Mikah — October 22, 2008 @ 11:12 am

  6. bukan bodek, tapi menyokong kepimpinan yang berani… harap jawatan presiden tidak dipertandingkan… kami tak mahu peralihan kuasa… kalau jawatan lain boleh…

    Comment by wanfai — October 22, 2008 @ 11:21 am

  7. Raja adil, Raja disembah..Raja zalim, Raja disanggah

    Comment by mediakelantan — October 23, 2008 @ 4:53 am

  8. berani kerana benar, takut kerana salah..bangga keberanian Presiden Kawan..

    Comment by alfred — October 23, 2008 @ 5:20 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: