Media Kelantan

October 20, 2008

Pesanan Buat Kawan-Kawan

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 6:08 am
Dah nampak duit, gini la jadinya

Dah nampak duit, gini la jadinya

Duit mu, duit ku juga

Duit mu, duit ku juga

(Gambar lakonan semula – Gambar hiasan)

Ada cerita yang kurang enak untuk dikongsi bersama semua..walaupun agak keberatan juga untuk dikhabarkan..tapi ia perlu sebagai peringatan kepada semua rakan-rakan media di sini..

Seorang rakan kita kehilangan wang bernilai hampir RM1k di di mejanya, pejabat sendiri..diulangi..di pejabat sendiri..tak tahu mana datang cekap si ‘tangan panjang’ yang buat kerja macam ini..mengikut Megat Selempar Angin Melintang Lalu Membujur Patah, si panjang tangan ini melakukan ‘operasi’ cukup licik..dalam beg duit yang berisi RM1k itu, tidak diambilnya sekali gus..sebaliknya berulang kali..pada mulanya, dia ambil RM100..kemudian baru dia rembat RM900 selebihnya..

Tergamak la betul..hasil titik peluh orang disebat orang..yang sedihnya ia berlaku di pejabat sendiri..yang boleh dianggap tempat selamat..rasanya..ini bukan kejadian yang pertama berlaku..pernah juga terdengar cerita yang sama sebelum ini..kalau tak silapnya

Moral of story..buat sesiapa yang rajin duduk di pejabat, perhatikan barang-barang anda..jangan dibiarkan lepa..yang paling penting..perhatikan siapa yang keluar masuk pejabat masing-masing..maklum la, pejabat media selalu mendapat kunjungan orang ramai..baik yang dikenali atau sebaliknya..mungkin si tangan panjang datang tanpa disedari..

Advertisements

Create a free website or blog at WordPress.com.