Media Kelantan

October 28, 2008

Futsal MKFC – Pasukan Kuning Lakar Sejarah Selepas 10 Perlawanan

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 1:16 pm
Members of MKFC

Members of MKFC

Kemenangan kedua berturut-turut berjaya dilakar oleh pasukan Kuning yang diketuai oleh Azran (Azran tak muncul semalam, kata kawan sepasukan sebab tu boleh menang) menewaskan pasukan Merah yan dikemudi oleh Bob dalam sesi perlawanan latihan mingguan MKFC malam semalam. Pasukan Kuning merekodkan gol 8 berbalas 6. Tahniah untuk pasukan ini yang terus menerus mempamerkan permainan yang memberansangkan.

Kesilapan pasukan Merah yang tidak menurunkan pemain-pemain utamanya terlebih dahulu menyaksikan pasukan Kuning mendominasi permainan dan terus memburu gol sebanyak mungkin untuk memberi kelebihan kepada mereka. Pada 30 minit pertama, pasukan Kuning mendahului 5 gol dengan rangkaian tiga rangkaian penyerang Wanfai, Isma dan Mie dibantu oleh Zulhanifa mengasak bertubi-tubi kelemahan pasukan Merah.

Kemenangan pasukan Kuning ini turut dibantu oleh persembahan terbaik oleh Lee yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Ketangkasan Lee menjaga gawang dengan tenang banyak membantutkan percubaan merbahaya pihak lawan. Sepakan deras dan tendangan padu dengan mudah ditampan. Apabila ditanya apa rahsianya, dengan slumber berkata “Kawe biaso kijo punggah beras”.. Lee sememangnya layak diberi pengiktirafan Tangan Ajaib.

 

Tangan Ajaib

Tangan Ajaib

 

Untuk rekod, penjaring gol terbanyak berjaya dirangkul oleh Isma disamping pemain paling konon-kononnya bernilai disandang oleh Wanfai. Perlawanan latihan semalam juga turut dihadiri oleh PRO 8 Briged yang tak kurang macho ye, Nazri.

MKFC masih lagi menunggu mana-mana pemain wanita yang sudi untuk turun berlatih bersama-sama (tapi lain court la main) sebagai persiapan membentuk satu pasukan yang mantap..Sekali lagi diulang, kedatangan anda amat dialu-alukan.

Advertisements

Blog at WordPress.com.