Media Kelantan

December 16, 2008

Mohon Maaf

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 8:08 am

Kepada semua pengunjung setia laman blog media kelantan, mohon ampun maaf sebab abang administrator dah lama tak ‘update’ blog..agak kekeringan idea selain tak menang tangan nak hadap benda lain..

Apa-apa pun, amanah untuk menjaga blog ini tetap dipegang..saya akan memastikan blog sentiasa dikemas kini dengan pelbagai entry yang menarik..

Jangan marah yee..

Advertisements

November 24, 2008

Laman Web rasmi JPS

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 5:33 am

web

http://infobanjir.water.gov.my/kelantanw.htm

Banjir banjir…ada rumah nak naik air..masa-masa ni la, semua geng media menjadi lebih rajin untuk membuka website ni..sesama la ye kita memerhatikannya..

(abg admin: dah takdak idea nak masuk entry apa..bedal je)

November 4, 2008

Alahai Nasib

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 7:46 am

klt_pecah4

(Guna intonasi Aziz Sattar ketika membaca surat daripada Cik Ros seperti dalam Pendekar Bujang Lapuk)

Alahai nasib tak baik..alkisah tersebut la kisah..pejabat Utusan Melayu (M) Berhad dan UtusanĀ  Media Sales (Umes) cawangan Kelantan dimasuk pencuri..kejadian dipercayai berlaku awal pagi..tak pun malam semalam..nak tau lebih lanjut, tanya pegawai penyiasat..

Maka hilang la dua komputer riba dan sebuah komputer..burner DVD pun hilang..radio buruk pun nak rembat..habis satu pejabat si pencuri ni geledah..lebih malang lagi, duit syling berjumlah RM2.50 pun dia nak kebas..

maka nak jadikan ceritanya, kejadian disedari oleh seorang wartawan yang menggunakan nama samaran Mikah..dialah orang pertama yang sampai pejabat..walaupun sedar pintu terbuka dengan keadaan pejabat masih gelap tapi dia tidak mengesyaki apa-apa..al terus dia pergi ke komputernya untuk membuat kerja-kerja seperti yang dminta oleh kawan-kawannya..

klt_pecah3

Selang beberapa minit, barula dia terperasan semua laci meja, almari terbuka..nampak pejabat seperti bersepah..lalu cuba si Mikah ini menghubungi kawannya, Azran untuk memberitahu akan keadaan ini..sahla..pejabat kita kena pecah..jerit kedua-dua ini sambil menyanyi lagu S.M Salim..Apa nak jadi, apa nak jadi, pejabat kita masuk pencuri..apa nak jadi..

October 29, 2008

Menjelang Jamuan Raya Kawan

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 4:56 am
Mesyuarat terakhir

Mesyuarat terakhir

Seperti yang diarah oleh saudara Naib Presiden 1, Isma, administrator perlu mengemas kini blog ini memaklumkan kepada semua rakan-rakan media mengenai majlis jamuan raya Kumpulan Wartawan Kelantan (KAWAN) yang akan berlangsung Jumaat ini, 31 Julai 2008 pukul 8 malam bertempat di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan.

Segala persiapan berjalan lancar dengan sokongan semua pihak AJK yang diketuai oleh Pengarah Program, Zabidi Ishar. Pelbagai pengisian malam itu nanti turut dirancang..cuma, nantikan ketibaan ye nanti..

Di sini ada beberapa maklumat yang perlu disampaikan kepada semua untuk pengetahuan bersama.

– Semua pengamal media (Melayu, Cina, India, Bumiputera sarawak dan Sabah, Serani, Peranakan, Mixed Blood) datang saja, berlenggang, tanpa perlu bayaran sesen pun.

– Semua media di sini, dijemput datang bersama keluarga (Suami, isteri dan anak-anak).

– Diwajibkan memakai baju Melayu lengkap bagi lelaki dan baju kurung atau yang sama dengan waktu bagi wanita.

– Ada hadiah misteri menanti rakan-rakan media yang hadir (rugi kalau tak datang)

October 26, 2008

Jamuan Raya Kumpulan Wartawan Kelantan (KAWAN)

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 7:19 am
Contoh pakaian untuk majlis Raya Kawan nanti

Contoh pakaian untuk majlis Raya Kawan nanti (Gambar Hiasan)

Adalah dengan ini, dengan senang hati..berbesar hati..mengumumkan..Kumpulan Wartawan Kelantan (KAWAN) akan mengadakan jamun raya untuk semua rakan media di negeri ini.

Tarikh: 31 Oktober 2008

Tempat: Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan (sila rujuk peta negeri bagi siapa yang tak tahu)

Pukul: 8.00 – 10.00 malam

Kedatangan: Dialu-alukan dan diwajibkan kepada semua pengamal media

Pakaian: Baju Melayu bagi kaum lelaki dan Baju kurung (tak kira apa jenis) untuk kaum wanita.

Minta kerjasama semua rakan rakan-rakan media bersama keluarga supaya berpakaian seperti yang dituntut bagi memeriahkan suasana pada malam itu nanti

sekian maklum

October 22, 2008

Sidang DUN Kelantan – Kontroversi III

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 6:34 am

KOTA BAHARU, 22 Okt (Bernama) — Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak membenarkan wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan hari ini selepas mendapati akhbar itu yang tidak menyiarkan sebarang ralat terhadap apa yang didakwanya sebagai laporan tidak tepat berhubung titah ucapan Sultan Kelantan yang disiarkan pada Selasa.

Speaker Dewan Mohd Nassuruddin Daud berkata beliau sudah membaca akhbar Berita Harian hari ini, dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung laporan akhbar itu semalam yang bertajuk Sultan Murka Kerajaan Pas Gagal Tadbir Kelantan.

“Mengikut Perkara 14 Peraturan Dewan saya mengambil keputusan agar wartawan daripada akhbar itu tidak dibenarkan membuat liputan sepanjang dewan bersidang,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri yang ketiga (Belanjawan) di sini, Rabu.

Semalam Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) mendesak supaya akhbar Berita Harian memohon maaf dan wartawannya ditegah daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri ekoran tajuk muka depan akhbar itu yang dianggapnya mencemarkan imej kerajaan dan Sultan Kelantan.

Syor Zainuddin itu disokong beberapa anggota PAS yang lain, sehingga memaksa Mohd Nassuruddin menenangkan keadaan dan memberi tempoh kepada akhbar itu untuk meminta maaf dalam siarannya esok, atau tindakan sewajarnya akan diambil.

Ekoran kenyataan Mohd Nassuruddin hari ini, wartawan Berita Harian Khairul Anuar Abdul Samad diarahkan oleh pihak keselamatan pejabat kerajaan negeri agar meninggalkan kawasan bangunan itu.

Ketika ditemui Bernama di luar sidang dewan, Khairul berkata beliau menerima keputusan itu namun tidak berpuas hati dengan keputusan melarang wartawan akhbar berkenaan membuat liputan sepanjang dewan bersidang.

“Selama ini kami membuat liputan mengenai perkara yang perlu dihebahkan oleh kerajaan negeri, dan kami juga melaporkan maklumat yang ingin disampaikan kepada rakyat. Keputusan ini (larangan membuat liputan persidangan) sebenarnya merugikan kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Katanya beliau tiba untuk membuat liputan sidang dewan pada 9 pagi dan pihak keselamatan meminta beliau agar tidak berada di dalam bangunan kerajaan negeri mengikut arahan Speaker Dewan.

— BERNAMA

Sidang DUN Kelantan – Kontroversi II

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 6:31 am

KOTA BAHARU, 22 Okt (Bernama) — Kelab Wartawan Kelantan (KAWAN) akan mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berhubung larangan wartawan akhbar Berita Harian membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung.

Presidennya Wan Zulkifli Wan Yaakob berkata badan itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Speaker namun berharap larangan itu dipertimbangkan untuk ditarik balik.

“Kita tidak mahu perkara ini dikeruhkan lagi. Kita akan mengadakan pertemuan untuk menerangkan perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau mengulas keputusan Speaker hari ini yang tidak membenarkan wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan Dewan selepas mendapati akhbar itu tidak menyiarkan “ralat” terhadap apa yang didakwanya sebagai laporan tidak tepat berhubung titah ucapan Sultan Kelantan pada perasmian persidangan Dewan yang disiarkan akhbar itu semalam.

Mohd Nassuruddin berkata beliau sudah membaca akhbar Berita Harian hari ini, dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung laporan akhbar itu semalam yang bertajuk Sultan Murka Kerajaan PAS Gagal Tadbir Kelantan seperti diminta.

Semalam Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) mendesak supaya akhbar Berita Harian memohon maaf dan wartawannya ditegah daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri ekoran tajuk muka depan akhbar itu yang dianggapnya mencemarkan imej kerajaan dan Sultan Kelantan.

Syor Zainuddin itu disokong beberapa anggota PAS yang lain, sehingga memaksa Mohd Nassuruddin menenangkan keadaan dan memberi tempoh kepada akhbar itu untuk meminta maaf dalam siarannya esok (hari ini), atau tindakan sewajarnya akan diambil.

Wan Zulkifli berharap pertimbangan dapat diberikan kepada akhbar Berita Harian yang selama ini memberikan liputan yang adil mengenai kerajaan negeri.

“Kita berharap perkara ini dapat diredakan dengan segera. Tindakan (larangan) itu dapat ditimbang semula oleh Dewan,” katanya.

— BERNAMA

Mugshot

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 5:08 am

Mohon bantuan kepada semua pengamal media di sini…dengan bantuan photographer anda, guna masa yang tak sampai lima minit, posing tegak..dapat tangkap gambar mugshot..TERBARU..mohon dihantar gambar mugshot setiap petugas..hantar ke mediakelantan@yahoo.com

Pertolongan ini diharap dapat disempurnakan dengan baik..Kerjasama anda semua amat dihargai..terima kasih

October 8, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 8:02 am

Di sini ingin diselitkan ucapan Salam Lebaran yang dibuat oleh rakan kita..seroang reporter akhbar berbahasa Cina..harap ia masih tidak terlambat..

kepada kawan-kawan sekalian,

tahun demi tahun,masa cepat berlalu,kawan tetap kawan,harap kawan tak lupa LIN.

LIN di sini nak ucap SELAMAT HARI RAYA kepada kawan kawan ya sudah lama kenal seperti z,is,betty,wan zul,pak ne,mimi,bang sir,kak na,abeng pi,rusni,mc sue dan jugak kepada kawan yang baru kenal macam syak,zizi,adik za,dla,hei yao qi lei,azran,bob,hakim,alina dan ramai lagi saya rindu kawan kawan di luar sana macam mona,haris,yuel,ricky,mira,norliza…….

sekali lagi…….maaf zahir dan batin,betul ke ucap mcm ni…aaaaahhh…sebut eja la SELAMAT HARI RAYAAAAA.

masa raya kalau ada open house jgn lupa ajak LIN tahu…..LIN akan cuba hadir,kan kita ni kawan……..

LIN dr NANYANG SIANG PAU base KELANTAN

September 18, 2008

Perhatian dan Pertolongan

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 9:04 am

Nampaknya blog ini sudah mula mendapat perhatian dan sambutan daripada semua terutamanya rakan-rakan media kelantan..masing-masing cukup seronok menghantar komen pada setiap ‘post’ yang dipaparkan..apa-apa pun terima kasih daripada administrator..

Seperkara yang turut ingin dinyatakan di sini, kepada semua rakan-rakan media Kelantan yang ingin menyumbang bahan kepada blog ini, amat dialu-alukan..pertolongan anda amat diperlukan bagi mengelak daripada blog ini daripada menjadi ‘kosong’ dan berzama-zaman tidak diupadatekan..sebahagian kepada corat-coret mengisi blog kita..story pun boleh..gambar pun boleh..untuk tujuan itu, bahan-bahan itu boleh dihantar ke

mediakelantan@yahoo.com

Administrator akan mempertimbangkan bahan-bahan itu untuk disiarkan denagn perlu mendapat kebenaran daripada PENTADBIRAN Kawan terlebih dahulu..

Sekali lagi, terima kasih diucapkan kepada semua yang melayari blog ini..

« Previous PageNext Page »

Blog at WordPress.com.