Media Kelantan

December 16, 2009

TABIK LAOS

Filed under: Catatan Santai — mediakelantan @ 4:36 am

`Tak seko’ (tak sangka) skuad Malaysia yang selalunya jadi budak belasahan melangkah ke perlawanan akhir bola sepak sukan Sea. Ia berlaku stadium di Vietiane itu yang sendat dipenuhi penyokong tuan rumah.

Di Kelantan semua peminat sukan itu pastinya tidak melepaskan peluang melihat pasukan Malaysia beraksi, biar pun tidak ke Laos kerana adanya siaran langsung yang masuk ke peti televisyen setiap rumah.

Tak seko, tak pula terjadi apa-apa di stadium itu untuk lebih mengasyikkan tontonan dan menggamatkan laporan media.

Tak kedengaran letupan mercun dan tak ternampak kelibat mereka membakar kerusi stadium, memecahkan pagar atau melontar botol ke arah pasukan lawan di tengah padang.

Yelah, pasukan mereka kalah tetapi boleh tahan juga perangai penduduk di negara anjung candi itu.

-Kawan yang sekadar jadi perantara.

Advertisements

ZIARAH YB TOKWAN SMAIL

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 4:34 am

Di kalangan ahli politik di negeri ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (Pas)  Melor, Wan Ismail Wan Jusoh cukup akrab dengan rakan media.

Bekas ahli akademik yang pernah bertugas sebagai Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah melihat media perlu dimusuhi biarpun ada kalanya tidak menyenangkannya.

Wan Ismail tidak membataskan hubungan dengan media sekadar `sumber berita’ yang sesekali memberi kenyataan atau sesekali menjadi `bahan berita’ panas yang memaksakanya menyaman.

Namun beliau yang masih tetap menjadi sahabat bagi sebahagian daripada kita agak uzur kebelakangan ini akibat serangan hepatitis B semasa mengerjakan ibadat haji.

– Kawan sekadar mampu mendoakan kesejahteraannya.

SYABAS KAWAT

Filed under: Catatan Santai — mediakelantan @ 4:26 am

Kawan mengucapkan taniah kepada rakan-rakan di Terengganu yang memenangi Anugerah Kewartawanan Kawat-Exxonmobil 2009.

Syabas kepada jawatankuasa Kawat kerana tradisi tahunan itu dapat terus dijayakan dan majlis penganugerahan itu tentunya sentiasa dinanti-nantikan.

Ia mungkin seolah-olah bagai bonus tahunan kepada petugas-petugas media di negeri itu ketika mula melangkah ke tahun baru bersama azam baru.

Namun lebih daripada itu, anugerah seumpama itu biarlah dapat merangsangkan lagi untuk  meningkatkan mutu penulisan sejajar dengan perubahan zaman dan tuntutan keadaan.

Ia sekaligus diharap dapat membantu mengangkat kewibawaan petugas media di mata umum yang semakin kerap dipersoalkan. Memang sukar untuk menyuluh diri sendiri.

– Kawan yang tidak lupakan kawan.

Blog at WordPress.com.