Media Kelantan

November 1, 2008

Jamuan Raya Kawan

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 8:22 am
Datuk Fatmi (paling kanan) menerima cenderamata daripada Kawan yang disampaikan oleh Presidennya, Wan Zul - Azran Tukang Senyum aja

Datuk Fatmi (paling kanan) menerima cenderamata daripada Kawan yang disampaikan oleh Presidennya, Wan Zul - Azran Tukang Senyum aja

Kumpulan Wartawan Kelantan menutup sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengadakan satu majlis meraikan ahli-ahlinya semalam. Meskipun lebaran sudah berakhir namun semangatnya masih dirasai dengan kehadiran semua rakan media yang segak dan anggun mnegenakan baju raya masing-masing.

Majlis yang berlangsung di Perdana Resort turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Fatmi Mohd Salleh.

Seperti biasa, majlis semalam diacarakan oleh abang pengacara gedik, Ishak berjaya menaikkan suasanan malam yang suram walaupun sebenar Ishak mengalami keuzuran..santai gediknya berjaya menceriakan suasana majlis yang turut diselang seli dengan acara nyanyian karaoke bebas oleh rakan-rakan media.

Tidak ketinggalan juga, kemenangan yang dicapai oleh Bob dan Shiela apabila masing-masing ditabalkan King and Queen of the Night..nyata sikap terbuka dan sporting pasangan ini mencuri tumpuan tetamu yang hadir..

Komitmen saudara Pengarah Program, Zabidi Ishar banyak membantu dalam melicinkan pelaksanaan majlis semalam..sikapnya yang terlalu relax juga membantu AJK lain dalam merencakan tugas..

Apa-apa pun sebarang kekurangan dan kelemahan dalam majlis semalam, abang admin mewakili pengarah program dan presiden menyusun 10 jari tangan dan kaki memohon ampun maaf..sesungguhnya yang baik itu datang dari Tuhan, yang buruk itu adalah kelemahan manusia itu sendiri..

Jika ada sumur diladang, boleh hamba menumpang padi..jika ada umur yang panjang, tahun depan berjumpa lagi..menjadi hasrat pentadbiran Kawan yang mahukan program seperti ini akan dijadikan sebagai acara tahunan dan terus menerus mengikta tali persabahabatan antara pengamal media di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Nota: untuk melihat lebih banyak gambar lagi, boleh selusuri page RAYA KAWAN POTRAIT’S di webpage ini..tq

14 Comments »

  1. Saya selaku pengkritik AF2 ingin memberikan sedikit komen mengenai performance wartawan yang berkaraoke pada malam jamuan Aidilfitri Media Kelantan di Perdana Resort, Jumaat lalu.

    BOB – suara paling hancus. Kenapalah awak sanggup memalukan diri sendiri
    malam tu. Tak tau la aku nak komen apa lagi. Lu memang paling hancus.

    Hakim – jelmaan Lotter AF2… suara ok sikit dari Bob. Hentikanlah tabiat
    berduet dengan bos kerana sikap mengampu itu tidak baik.

    Hafiz Kosmo – 2×5 dengan Bob, tapi style ada ala2 Herman Tino sikit.

    Fathil – Sepatutnya layak nyanyi lagu Bob Marley dengan Snoopdog je

    Azran – nyanyi macam orang takde perasaan

    Zaki (Bos Kosmo) – suara ok tapi bila berduet dengan Hakim, lagu terus hancus

    Wan Zul – memang ada gaya penyanyi lagu awal 80-an… x sangka Presiden
    Kawan ni memang berbakat. Macam Sohaimi Meor Hassan.

    Razman (Reuters) – memang layak diangkat sebagai man of the night sbb
    suara serak2 basah mengingatkan aku pada zaman rock
    dulu2… syabas bos bernama

    wawa dan sorang lagi reporter sinar ntah sape ntah nama dia – over siot

    Kak Bell – patutlah pegi audition nak jadi penyanyi sebelum ni x dapat

    Comment by Adlin Aman Ramli — November 2, 2008 @ 5:03 am

  2. Tolong jangan pedulikan komen diatas. Itu semua suara-suara dengki. Dah suara ko bagus pesal ko tak nyanyi..Bingai kedondong….

    Comment by lalalala.... — November 2, 2008 @ 8:33 am

  3. saya tertarik dgn komen terhadap saudara wan zul mengenai mutu nyanyian beliau itu. Jika tidak keberatan sudikah sdr wan zul utk berduet dgn saya dalam album baru yg akan dipasarkan tidak lama lagi. Sekiranya bersetuju sila hubungi saya di sony music kl dgn kadar segera. Terima kasih.

    Comment by sohaimi meor hass — November 2, 2008 @ 8:54 am

  4. bang sahak! Bang sahak! Inul kepingin duetnya sama kang mas sahak..inul dengar kang mas goyangnya..waduhh sekali! Bisa enggak kang mas!

    Comment by inul daratista — November 2, 2008 @ 8:59 am

  5. dalam ramai melontar pujian kepada si tok mandur program, yakni yang hensem lagi mengiurkan-Zabidi, ambo nak catatkan juga pujian kepada semua bapak-bapak yang bermesyuarat, bersengkang mata dan mulut dan nafsu selama 7 hari 7 malam merencana serta menjayakan Jamuan Raya Kawan.
    Tidak lupa juga kepada orang belakang Dato Fatmi yang merealisasikan sajian pelbagai rupa an rasa pada majlis tersebut, tidak lain tidak bukan-Zahari razak.
    Tanpa lembut bahasanya, tanpa bodek lentuknya mencari sponsor sudah tentu kita semua makan angin laut je malam tu……(catatan: Isma, bila nak pulangkan kepada ambo baju melayu yang demo pinjam pakai malam tu?)

    Comment by Mat Fang — November 2, 2008 @ 10:56 am

  6. tahniah kepada KAWAN … semoga kita akan terus berkawan

    Comment by kelab wartawan terengganu — November 2, 2008 @ 11:28 am

  7. Tak puas hati dengan keputusan pemilihan king og the night..disyaki wujud perwakilan hantu yang memilih Bob semata-mata mahu menggandingkannya dengan Shiela…
    Kenapa bakal abang ipar saya ismaNEVES tak menang sedangkan kehensemannya terserlah tambahan pula dengan kehadiran Ronaldo In The Making…

    Comment by Ayu Raudhah (Adik RozitaCHEwan) — November 2, 2008 @ 12:23 pm

  8. Saya dengan sukacita ingin menjemput sdr bob dan sdri sheila untuk berduet dalam album baru saya yang akan dipasarkan tiga bulan lagi iaitu berjudul “betul ke nak kawin ni”. Album ini juga dijangka meletup apabila sdr Wan Zul akan menyanyikan lagu “biarkan rambutku begitu”. Saya berharap ketiga-tiganya dapat menghubungi pihak sony music dengan segera.

    Comment by SOHAIMI MEOR HASSAN — November 2, 2008 @ 1:52 pm

  9. Pak ngah tertarik untuk mengambil Ketua Biro Kosmo Kota Bharu, Sdr Zaki untuk merakam album pertamanya. Album ini berkonsepkan nusantara yang menggabungkan hip hop dan tah pe pe iaitu konsep baru dalam lagu. Pak ngah juga akan mencipta satu lagu istimewa buatnya iaitu berkonsepkan dondang sayang berjudul “Pak Lang Datang Bawak Penyapu”…Hubungi pak ngah 0193221544667887…telefon segera.

    Comment by Pak Ngah — November 2, 2008 @ 1:58 pm

  10. tak sabar rasanya team kuning nak menang buat kali ketiga berturut-turut futsal malam ni… Team Kuning best of the world…

    Comment by wanfai — November 3, 2008 @ 8:53 am

  11. Saya selaku Pengarah Program Jom Raya Bersama Kawan mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media yang hadir pada majlis yang julung kali Kawan adakan tempoh hari.
    Junjungan kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK kecil program iaitu Sdr Azran, Isma, Wanfai, Hakim, Sheila, Pokne, Ishak, Bob, Ley Beras, Fathil, dua Hafiz dan yang lain tidak disebutkan nama kerana usaha bersungguh kalian untuk menjayakan program tersebut.
    Junjung hormat juga kepada Naib Presiden II Kawan, Mat Fang yang sangat prihatin dan hadir bagi mewakili kawan media berbangsa Cina yang tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain pada malam itu.
    Terima kasih juga buat isteri Mat Fang kerana memberi sokongan hadir pada majlis itu.
    Kawan juga tunduk hormat kepada Presiden Kawan dan keluarga tetapi tanpa kehadiran rakan-rakan media bersama keluarga masing-masing…tanpa anda semua, tiadalah majlis itu..anda semua sangat bergaya dengan baju berwarna warni..
    Saya dengan rendah diri mewakili kerabat AJK memohon maaf terutama daripada segi makanan yang mungkin agak tidak mencukupi dan berjanji ia menjadi iktibar bagi program berikutnya.
    Salah silap kami pada malam itu saya fohon ampun dan maaf.
    Yang benar,
    Zabidi Ishar
    Setiausaha Kawan dan Pengarah Program Jom Raya Bersama Kawan.

    Comment by ZABIDI BIN ISHAR — November 3, 2008 @ 11:07 am

  12. Ada tambahan kerana lupa yang amat sangat iaitu penghargaan tidak terhingga kepada Zahari Razak dan Cik Pah..Tanpa usaha kalian mungkin benar kata Mat Fang,kita hanya mampu makan angin pada malam itu.
    Terima kasih sungguh.

    Comment by ZABIDI BIN ISHAR — November 3, 2008 @ 11:09 am

  13. yo lah..tak dok orang laen ko nak jadi king of the nigth apa tah..pak cik pun tak tahu…apo yang pak cik tahu makan..makan..makan…tapi staff Nst hak ore panggil abang leman tu memang bijok lah dio malam tu.

    Comment by pclama — November 4, 2008 @ 1:22 pm

  14. Eh eh, tak tahupun acara meriah gitu sekali. Tak ajak kita sama, mentang-mentanglah kita ayam pencen. Malah, penubuhan Kawan dengan aktiviti yang banyak sekalipun kawe tak tahu. Maklumlah orang baru balik kena jadi buruh paksa di KL sebelum dicop ayam pencen.

    Comment by Mohamed Nasir Mat Hassan — November 19, 2008 @ 10:09 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: