Media Kelantan

October 14, 2008

Sesi Latihan Futsal Media Kelantan Football Club (MKFC)

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 7:19 am

Ribuan terima kasih kepada semua pemain Futsal MKFC yang menghadirkan diri semalam menjalani latihan pertama selepas berehat seketika pada bulan Ramadhan yang lalu..

Terdapat juga beberapa pemain seperti Fathil Asri, Hafiz Johari, yang tidak menghadirkan diri kerana masing-masing masih lagi bercuti sempena Aidilfitri..kelibat penyerang bermulut laser juga, Wan Faizal juga tidak kelihatan, dikatakan diarah membuat liputan sebuah majlis malam semalam.

Namun, semua itu tidak membantutkan sesi latihan malah ia masih berjalan seperti biasa malah latihan semalam turut diserikan dengan kemunculan semula pemain serba boleh MKFC, Zulhanifa Sidek dan pemain baru, Lee.

Dalam perlawanan latihan semalam antara pasukan jersi kuning dan merah, pasukan jersi Kuning yang diketuai oleh Azran diperkuatkan dengan kehadiran Zulhanifa yang bertindak sebagai perancang..Meskipun tanpa ayam tambatan mereka, Wan Faizal namun ia tidak mencacatkan rentak permainan mereka malah boleh dikatakan lebih baik daripada dulu dengan gerakan yang lebih kemas..hairan juga dilihat prestasi pasukan jersi kuning yang memuncak naik..

Awal permainan, gelanggang dikuasai oleh pasukan Azran yang menyerang bertubi-tubi dengan formula serangan dijana oleh Isma dan Zulhanifa dan berjaya mendahului sebanyak 4 gol tanpa balas..bagai terlena daripada tidur, pasukan merah diketuai Bob bangkit menjaring gol demi gol hasil gerakan berbahaya penyerang profilik mereka, Pokne yang dibantu oleh Ishak, Zaidi dan Hafiz..

Usah ditanya mengenai pasukan yang mana menang semalam kerana ia tidak penting..apa yang pasti, pasukan MKFC semakin melangkah mahu dengan rentak permainan yang lebih kemas..mungkin setelah beberapa sesi latihan dan beberapa siri perlawanan persahabatan, MKFC bersedia untuk turun semula menyertai sebarang kejohanan..

Tahniah semua..

14 Comments »

  1. Walaupun team aku menang 7-3, tapi aku tak puas hati la wanfai tak turun. Aku tak tau la team diaorg mmg semalam tak perform atau tak leh menang sebb dia takde. Tapi bagi aku, wanfai tu takde ape pun. Bawak 10 macam dia pun aku tak kisah huhuhu….

    Comment by Sinuzula — October 14, 2008 @ 10:19 am

  2. tahniah kepada pasukan MKFC. Kami berhasrat untuk menguji kemampuan anda nanti. Pihak kami akan menghubungi kalian untuk pertemuan sulung.

    Comment by kelab wartawan terengganu — October 14, 2008 @ 7:09 pm

  3. Untuk pengetahuan kelab wartawan terengganu, MKFC adalah juara seluruh Sungai Golok yang diadakan baru-baru ini. Jadi untuk itu kelab disinun supaya memastikan ketahanan mental dan fizikal harus diperkuatkan terlebih dahulu sebelum untuk mengetest keteroran MKFC…Apa pun juga kekuatan kaki juga perlu diambil kira kerana beberapa pemain MKFC adalah juga bekas juara tomoi yang semestinya semua faham “tiada kaki, tiada tomoi”. Selamat mencabar MKFC…

    Comment by Zackk... — October 14, 2008 @ 11:59 pm

  4. Menurut pengurus pasukan, Tarmizi, MKFC hanya pasukan biasa seperti bayi yang baru merangkak..

    Comment by mediakelantan — October 15, 2008 @ 4:13 am

  5. Si Tarmizi tu merendah diri orgnyer….biasalah pasukan under dog, tak ninggi diri..Aku suka ngan ustaz miji ni…tapi tu sebenarnya peringatan utk mana-mana pasukan nak cabar MKFC!

    Comment by zackk... — October 15, 2008 @ 7:33 am

  6. siapa agaknya gerangan sinuzula ni… tak sayang mulut agaknya

    Comment by wanfai — October 16, 2008 @ 6:09 am

  7. mungkin wan fai boleh turun minggu depan, baru tau sape sinuzula…

    Comment by mediakelantan — October 16, 2008 @ 6:22 am

  8. MKFC tu memanglah bagus tapi nak tanya kenapale u all tak de pemain perempuan? spt Dila ke, Cik Pah ke atau Fazlina, they all boleh mengugatkan pihak kawatganu tu…sure terleleh airliur budak ganu tu

    Comment by shazaimie — October 17, 2008 @ 3:48 am

  9. untuk pengetahuan shazaimie..pengurusan MKFC sememangnya tengah mencari pemain futsal wanita..satu team akan dibentuk jika pemain-pemainnya mencukupi..jadi kehadiran gender selain lelaki amat dialu-alukan..

    Comment by mediakelantan — October 17, 2008 @ 4:48 am

  10. KAWAT ADA TEAM FUTSAL PEREMPUAN .. JADI MKFC BERSIAP SEDIA TEAM WANITA ….

    Comment by kelab wartawan terengganu — October 18, 2008 @ 11:05 am

  11. kalau macam tu kita kena adakan perlawanan persahabatan team lelaki dengan team wanita… ahhh…

    Comment by wanfai — October 19, 2008 @ 1:18 pm

  12. leh tak lain kali akak nak pakai mini skirt cam maria sharapova pakai mase main tenis buat main futsal……?????

    Comment by k@k beLL@ — October 21, 2008 @ 10:20 am

  13. sya nk join ..im gurl

    Comment by farra — October 8, 2009 @ 4:39 pm

  14. sya fara,sya nk sgt join futsal .MKFC ad cri pemain kan…sy mmg x ad bkat,but im really want it…mnat y sgt mndlam…hehe..

    Comment by farra — October 8, 2009 @ 4:41 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: