Media Kelantan

October 12, 2008

Pegawai Perhubungan Awam/Media/Komunikasi

Filed under: Diskusi — mediakelantan @ 8:09 am

Apakah fungsi jawatan seperti tajuk di atas itu..Perlukah ia diperincikan secara jelas di sini?  Adakah skop kerja orang-orang ini perlu dinyatakan di sini?

Rasanya, si pemegang jawatan sedia maklum mengenai tugas yang diperlukan dilakukan tatkala ia dituntut..bermakna, apabila sampai masa kerja, ia perlu disempurnakan dengan sebaiknya..

Perkara sebaliknya berlaku dalam satu tugasan yang dibuat oleh para pengamal media di sini baru-baru ini..tidak berniat untuk membesar-besarkan cerita..tidak berniat menunding jari menyalah sesiapa..siapalah wartawan untuk bercakap..cuma ia wajar diberi perhatian, dengan harapan kesilapan yang sama tidak berulang..

Hanya dengan kesilapan yang sedikit, habis punah ‘mood’ wartawan untuk membuat liputan..majlis tidak lah segah mana, tapi mengapa masalah-masalah seperti komunikasi boleh berlaku..tugasan yang boleh dilangsaikan awal, terpaksa pula diheret begitu lama..walhal, jika diselami sebaiknya, masalah itu sepatutnya tidak berlaku..sedih juga apabila mengenang perkara tersebut..ada mulut daripada rakan wartawan yang mengeluh..

Wartawan bukan mahu meminta..bukan mahu dlayan seperti raja..bukan minta tempat duduk VVIP..bukan minta press kit..bukan minta makanan yang sedap..duit apatah lagi..sebaliknya hanya berniat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik..dalam bahasa mudah, hanya datang satu majlis untuk dapatkan berita, lepas tu boleh baik office, ketuk story…ini isi yang penting dalam skop kerja wartawan yang semua orang sedia maklum..wartawan tidak boleh sesuka hati untuk menghabiskan masa dalam satu-satu majlis..

Kerjasama yang baik dapat dibentuk apabila jalinan itu disambungkan..guna bahasa rojak..kau mudahkan kerja aku, aku mudahkan kerja kau..kita sama-sama untung..orang tua ada kata, bila tetamu daang rumah, perlu layan dengan sebaik-baiknya….semua agama menuntut perkara yang sama..hayati ia bersama untuk kebaikan semua..

9 Comments »

  1. patut org2 ni ditransferkan je ke bahagian pengangkutan, jaga buku log keluar masuk bas bawak pekerja kilang… orang lain jadi PR dia pun nak jadi PR… menyusahkan orang! jadi PR ni keje jaga reporter… bukannya reporter tercongok kat dalam bilik PC, dia sibuk nak gi ikut menteri…

    lain kali kalau function start pukul 2 petang, kenapa tak panggil reporter datang pukul 7 pagi je… baru berpeluh satu badan sampai tak payah buat keje lain… akal takde!

    Comment by wanfai — October 12, 2008 @ 8:47 am

  2. marah betul wanfai ni..

    Comment by mediakelantan — October 12, 2008 @ 8:56 am

  3. Waa….betul-betul punya marah nampak…….apa pun…AKUUU PUNN MARAHHH….LAIN KALI JEMPUT JEE KITER ORANG PUKUL 5 PAGIIII…….UWAAAA!!!!

    Comment by zackkk... — October 12, 2008 @ 10:34 am

  4. salam semua… bukan nak tumpang menyibuk tapi kami setuju sangat dengan cadangan di atas. Wartawan selalu dihina, dikeji dan macam-macam. Orang macam itu patut kita humban dalam sungai kasi makan itu buaya lagi bagus. Apa pun, jangan tertekan. Semua itu adalah COBAAAAAAAAAAAAAAN.

    Comment by kelab wartawan terengganu — October 13, 2008 @ 7:12 pm

  5. Tidak mengapa..dah biasa kena dengan benda-benda macam ni..Kita wartawan tetap profesional jalankan tugas..berita tetap keluar..

    Comment by mediakelantan — October 14, 2008 @ 6:11 am

  6. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Wartawan ada etika, begitu juga dengan PR. Kerana kesalahan kecil segelintir PR yang mgkin tdak thu atau menganggap PR sebagai profession yang mudah, PR yang lain dipersalahkan. Common la….bukak sikit mata.

    Comment by zaraGOODpr — November 16, 2008 @ 3:09 pm

  7. […] yang aku nak tekan di sini..peranan PRO itu sendiri..organisasi ini bukan kali pertama ditegur mengenai masalah dalam penganjuran majlis..pernah berlaku sebelum ini, ditegur, masih juga ulang kesilapan yang sama..ini lagi pantang aku..buat benda salah berulang-ulang..naik letih bercakap..(untuk lanjut baca mediakelantan) […]

    Pingback by Aku dan Pegawai Perhubungan Awam « blog cabuk — May 10, 2009 @ 6:17 am

  8. kalau function kul 2 dtg kul 7 pagi xpe gak…kes kat sini jemput press datang kul 4 tapi bila smp function dah abis..”kami start kul 2 sebenarnya. xpe jom makan,” kata salah seorang pegawai….dia ingat kita dtg event dia tu nak makan je kot bukan nak buat story…

    Comment by abgzel — May 10, 2009 @ 11:11 pm

  9. sebab nila setitik ni lah semua pr di anggap sama.kita org ni media kelantan bukannya binatang faham.Ni sy tujukan kepada UMK.Aku marah masa Press night.Bg mkn mcm bg binatang mkn.Korang PR UMK memang bodoh.Semua ada PHD,Master tapi semua macam master of puppet.UMK untuk pengetahuan korang seluruh Media Kelantan BLACKLIST UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.HEY Fiza belajar sikit macam mana nak jaga MEDIA faham.

    Comment by BUDAK DEGIL — July 25, 2009 @ 4:38 pm


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: