Media Kelantan

October 9, 2008

Futsal Mania Kick Back

Filed under: Aktiviti kawan — mediakelantan @ 3:25 am
see the leg..

see the leg..

Monday Nite Futsal Mania kembali lagi…setelah sebulan berehat, menyimpan tenaga, membesarkan perut, kini rakan-rakan media merangkap pemain futsal media Kelantan bersedia untuk menendang bola lagi…inilah gelanggang untuk membakar semua lemak yang terdiri daripada lemang, rendang, ketupat, nasi dagang yang terkumpul sepanjang awal Syawal yang lalu..

Seperti biasa, agenda futsal tetap diteruskan pada setiap malam Isnin.bermula minggu hadapan 13 Oktober bersamaan 13 Syawal…tepat jam 9.00 malam, bertempat di Futsal Arena, Padang Tembak, Pengkalan Chepa, sesi perlawanan latihan akan bermula..semua pemain rata-rata menunjukkan kesungguhan untuk turun bermain sekali gus penuh komited untuk berlatih bagi persediaan menghadapi sebarang perlawanan persahabatan mahupun kejohanan..

Setakat ini, dua pasukan yang agak mantap telah dibentuk dibawah seliaan pengurus pasukan, Tarmizi  dan jurulatih Wak Rosni ..pasukan yang memakai jersi Nike Kuning diketuai oleh Azran manakala Bob mengepalai pasukan yang bakal memakai jersi Nike Merah…

Khabar angin juga bertiup kencang apabila dikatakan Bidi mahu mengambil alih peranan jurulatih kerana berpendapat corak permainan kedua-dua pasukan masih lagi ditahap yang kurang memuaskan..tidak kira sesiapa pun jua yang memaikan peranan, diharap pasukan media Kelantan akan terus cemerlang mempamerkan aksi.

Terbaru untuk pengetahuan semua, hasil pemerhatian di blog rakan media di negeri lain, Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT), terdapat ura-ura yang mereka ingin ke negeri pantai timur, Kelantan dan Pahang bagi mengadakan siri perlawanan persahabatan futsal..jika ia benar, maka pasukan Kawan perlu bersedia untuk menghadapi kunjungan tersebut.

Apa-apa pun, kepada rakan-rakan yang lain yang mahu turut serta, kehadiran anda amat dialu-alukan..sama ada menjadi sebahagian daripada pemain atau sekadar untuk menjadi penyokong di luar gelanggang..

Majulah sukan untuk kempiskan perut..

4 Comments »

  1. seperti biasa, abang administrator sembang je lebih…. tapi tak nampak batang hidung kat gelanggang futsal sampai ke sudah… kalau tak percaya tengok la nanti

    Comment by wanfai — October 12, 2008 @ 8:40 am

  2. Semua komitmen pemain dituntut..tiada pengecualian

    Comment by mediakelantan — October 12, 2008 @ 8:54 am

  3. Errr…baik aku ngan si abg administrator ni main congkak je lah!!…amacam abangg!!!

    Comment by zackkk... — October 12, 2008 @ 10:39 am

  4. congkak sesuai untuk pemain yang ada masalah gaot iaitu sejenis penyakit yang menyerang selepas makan daging dan seafood

    Comment by wanfai — October 13, 2008 @ 8:30 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: