Kumpulan Wartawan Kelantan (KAWAN) masih baru setahun jagung bernafas.. Jadi tidak banyak yang boleh diceritakan.
Anggota KAWAN terdiri daripada :-
Presiden : Wan Zulkifli Wan Yaacob
Naib Presiden : Lau Chit Fang
Setiausaha : Zabidi Ishar
Pen. Setiausaha : Nomie Raitini Rahman
Bendahari : Mohamad Rafizi Mohamed
Pen. Bendahari : Ang Wui Chong
Ahli Jawatankuasa :
1.Wan Faizal Ismayatim
2.Sharifah Mahsinah Syed Abdullah
3.Khairi Mohamad
4.Razman Abdullah
5. Zahari Razak
6. Azran Fitri Abdul Rahim
7. Lin Mei Li
8. Mohd Ishak Abdillah Ngah
9. Bong Shiau Wai
TUJUAN PENUBUHAN KAWAN
- Menyatukan semua pengamal media di Kelantan di bawah satu bumbung.
- Menyelaraskan semua aktiviti dan program pengamal media di Kelantan.
- Mewujudkan satu medium keseragaman tugas pengamal media di Kelantan.
- Mewakili pengamal media di Kelantan sebagai satu suara dalam hal-hal berbangkit.
Apa-apa pun kewujudan KAWAN adalah dengan harapan ia menjadi payung kepada semua pengamal media di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Sebarang maklum balas, boleh lontar di sini atau di mediakelantan@yahoo.com
@
Assalamualaikum,
Sudah lama tidak ketemui rakan-rakan media Kelantan sejak bersara dari jawatan wartawan tetap akhir 2004 lalu. Kalau adapun seorang dua rakan terdekat yang senasib kerana ditukar ke ibu pejabat (KL) di saat-saat akhir perkhidmatan. Tetapi mujurlah banyak rahmat di sebalik apa yang disifatkan sebagai suatu penganiayaan itu. Yang sebelum ini tak pernah bawa kereta sendiri dalam bandar metropolitan yang sesak dan jem dengan kenderaan itu kini dapat memandu sendiri, tetapi yang mahirnya di sekitar laluan dari rumah sewa ke pejabat, iaitu dari Pantai Dalam ke Jalan Riong of Jalan Bangsar dan sesekali mencecah ke PWTC. Hampir tempoh dateline persaraan lebih kerap naik turun ke ibu pejabat KWSP di Jalan Raja Laut. Salam untuk semua rakan media.
Comment by Mohamed Nasir Mat Hasswan — November 19, 2008 @ 9:56 am
Salam geng!
I miss all my media KB friends…
Good job on the blog. Tahniah diucapkan kepada management dan semua ahli Kawan. All the best. Take care guys.
P.S .. Macha bidi, hang secretary ka hang dok ligan secretary?…
Comment by Nelson — November 28, 2008 @ 9:20 pm