Media Kelantan

October 22, 2008

Sidang DUN Kelantan – Kontroversi III

Filed under: Pengumuman — mediakelantan @ 6:34 am

KOTA BAHARU, 22 Okt (Bernama) — Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan tidak membenarkan wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan hari ini selepas mendapati akhbar itu yang tidak menyiarkan sebarang ralat terhadap apa yang didakwanya sebagai laporan tidak tepat berhubung titah ucapan Sultan Kelantan yang disiarkan pada Selasa.

Speaker Dewan Mohd Nassuruddin Daud berkata beliau sudah membaca akhbar Berita Harian hari ini, dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung laporan akhbar itu semalam yang bertajuk Sultan Murka Kerajaan Pas Gagal Tadbir Kelantan.

“Mengikut Perkara 14 Peraturan Dewan saya mengambil keputusan agar wartawan daripada akhbar itu tidak dibenarkan membuat liputan sepanjang dewan bersidang,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri yang ketiga (Belanjawan) di sini, Rabu.

Semalam Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) mendesak supaya akhbar Berita Harian memohon maaf dan wartawannya ditegah daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri ekoran tajuk muka depan akhbar itu yang dianggapnya mencemarkan imej kerajaan dan Sultan Kelantan.

Syor Zainuddin itu disokong beberapa anggota PAS yang lain, sehingga memaksa Mohd Nassuruddin menenangkan keadaan dan memberi tempoh kepada akhbar itu untuk meminta maaf dalam siarannya esok, atau tindakan sewajarnya akan diambil.

Ekoran kenyataan Mohd Nassuruddin hari ini, wartawan Berita Harian Khairul Anuar Abdul Samad diarahkan oleh pihak keselamatan pejabat kerajaan negeri agar meninggalkan kawasan bangunan itu.

Ketika ditemui Bernama di luar sidang dewan, Khairul berkata beliau menerima keputusan itu namun tidak berpuas hati dengan keputusan melarang wartawan akhbar berkenaan membuat liputan sepanjang dewan bersidang.

“Selama ini kami membuat liputan mengenai perkara yang perlu dihebahkan oleh kerajaan negeri, dan kami juga melaporkan maklumat yang ingin disampaikan kepada rakyat. Keputusan ini (larangan membuat liputan persidangan) sebenarnya merugikan kerajaan negeri sendiri,” katanya.

Katanya beliau tiba untuk membuat liputan sidang dewan pada 9 pagi dan pihak keselamatan meminta beliau agar tidak berada di dalam bangunan kerajaan negeri mengikut arahan Speaker Dewan.

– BERNAMA

About these ads

4 Comments »

  1. salam,

    teringat masa zaman-zaman cover dewan n kene halau dengan manzaidi…tapi yang bestnya tak yah wat story terkejar2 coz pakai ber je…untung ada ber…

    Comment by mona ahmad — October 22, 2008 @ 8:09 am

  2. apa guna ada ber…serah je pada ber buat stori. Buat bh, teruskan perjuangan demi ismail mat..silap..demi..demi apa aaa..ah demi apa apa lah.

    Comment by peminat ber — October 22, 2008 @ 9:33 am

  3. Dulu Mona dan gandingannnya, Manzaidi kena `halau’, kini sejarah berulang, Khairl Anuar juga dar BH. Pengamal media harus ambil jalan tengah, tak guna `dok baloh’ dengan orang politik, mereka ni hanya nampak dirinya betul dan kesilapan ada pada pihak lain.

    Yang ambo kesalkan bukan sikap `pongoh’ dan gelojoh puak ADUN kerana siapa yang memegang kuasa itulah yang layak menjatuhkan hukum. (hukuman adil atau masuk akal ke tak, itu soal lain).

    Untuk pengetahuan para ADUN (dan lain-lain), masalah besar dihadapi wartawan ialah apabila maksud kandungan laporannya ditafsir oleh orang lebih pandai, editor atau sub-editor, pastu dibubuhnya tajuk yang `tersendiri’ , kandungan laporan tersebut sama je dengan akhbar lain !

    Tolonglah faham, ini dah masuk kategori `kejam’, orang lain buat silap org lain pula yang kena lipat. Gunalah budi bicara, maklumkan kepada Ketua Biro
    agar tak payah lagi hantar wartawan buat liputan kerana satu keputusan telah dibuat dalam dewan.

    Saya sifatkan `menjemput’ Khairul Anuar keluar di depan khalayak amatlah tidak profesional, tidak cakna rakyat, tidak ambil peduli maruah Khairul Anuar yang tidak melakukan kesilapan pada laporannya. Ini merupakan satu tindakan yang menjurus kepada menghina orang lain.

    Comment by Mat Fang — October 23, 2008 @ 3:51 am

  4. pengalama yang cukup mendewasakan..lebih baik berhadapan dengan situasi..daripada hanya berani cakap besar di sebalik tabir..

    Comment by alfred — October 23, 2008 @ 5:23 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

The Rubric Theme Blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: